Thursday, February 2, 2012

Aku Tak Puas Hati Tentang ....

Apa perkara yang berlaku dalam kehidupan seharian korang yang hari-hari korang  nampak, dengar, alami yang korang sangat tak puas hati yang sangat-sangat yang korang rasa orang lain pun sebenarnya tak puas hati gak ngan perkara yang sama gak tapi tak pernah sorang pun terdetik nak menyuarakannya such as fungsi koc wanita pada train komuter yang LOL aku sangat-sangat tak puas hati sampai bila-bila. Hmmm..


Aku layan-layan facebook or iklan-iklan kat tenet then aku terjumpa beberapa lawak yang mengesahkan aku yang sebenarnya seluruh dunia sedang share ketidakpuasan hati yang sama yang aku alami dan aku sampaikan ke dalam beberapa sub topik ni.



A. PEN HIGHLIGHT

Korang mesti pernah berada dalam keadaan masa tengah study then ada kekawan or sesapa saja akan kuarkan beberapa pen highlight yang pelbagai warna then start mengariskan nota-nota penting pada buku nota dia. Kalau setakat 1-3 baris ayat dalam satu muka surat tu di-highlight-kan then okey ar untok menunjukkan yang bahagian tu sangat penting tapi masalahnya mostlynya student hanya akan meninggalkan 1-3 ayat jer dalam satu muka surat tu yang TAK di highlightkan aka semua nota dalam buku tu penting.


Masalah utamanya bagi aku ialah colornya yang sangat terang tu sangat meng-annoying-kan mata aku. Dan ia jugak menjadikan permukaan kertas tu kembang sebab keseluruhan kertas tu dah basah. Plus ia gak meninggkalkan kesan tak best untuk ditengok or menghilangkan mood nak membaca pada helaian belakang kertas tu. Or worst kebiasaannya orang jenis suka guna highlighter ni sangat ketagih untuk menconteng buku teks sekolah yang perlu dipulangkan hujung tahun, buku yang dipinjam dari library include buku yang dia pinjam dari kita. Damn..



B. SELEKOH JALAN

Korang mesti pernah pergi mana-mana kat area pejalan kaki then bila sampai satu persimpangan then ada kesan manusia terlebih malas yang meninggalkan jejak tapak kaki diaorang aka merencatkan pertumbuhan rumput yang tumboh kat sana (sila tengok gambar kalau statement aku terlalu sukar untok difahami)


Aku tak puas hati tentang 2 perkara dalam bab ni:
Pertama: Apsal manusia yang ada kaki ni sangat malas nak bergerak lurus then belok 90 darjah then meneruskan perjalanan cam biasa tapi sebaliknya refer untuk berjalan atas rumput sekaligus merosakkan rumput tu then membebel kata orang tak nak jaga lanskap tempat tu. Btw apa matlamat malas tu? Nak menjimatkan masa ker or sesaja sebab orang lain pun guna laluan yang sama gak.

Second: Apsal orang yang bina laluan jalan kaki ni bina laluan yang bersudut 90 darjah kalau dia tahu sifat zahir manusia memang malas nak jalan lurus? Then apsal tak buat je ar laluan yang melencong terus dari awal kan? Hmmm



C. PENJAHAT FILEM/DRAMA

Apsal setiap kali dalam filem or drama bila part penjahat dah berjaya tangkap hero or heroin then plan nak bunuh tapi tak bunuh terus sebaliknya akan ambil masa yang agak lama untuk sesi bercakap dan ketawa gaya orang jahat.

Then bila dah beberapa saat before penjahat nak tarik picu pistol or nak menjatuhkan benda berat ke atas hero or menengelamkan heroin ke dalam air yang ada jerung then miracle datang cam suddenly polis datang etc. Buat kita menyumpah seranah kata "Tu ar buduh sangat, tak nak tembak awal-awal tapi refer nak cakap panjang lebar plak. Kan dah melepas..!!" 

I dont know why walau dalam cerita yang penjahat tu sangat bijak sekalipun but still bila part cam tu dia refer untuk berceramah tak tentu pasal daripada terus tempak hero tu. Sedangkan kalau watak tu tak penting tak pulak terfikir nak banyak cakap tapi terus mati oin few second jer. 

Or apsal penjahat sangat liat nak mati? Walau kena tembak, kena langgar kereta, terjun bangunan 50 tingkat still leh hidup lagi. Memang tak mati-mati lebih-lebih lagi kalau cerita tamil. Hmmm..











...bersambung...

2 comments:

Unknown said...

kahkahkah betollah yg pistol tu~ dn yg jalan tu jgk, sian rumput~

Aj Abdullah said...

setujukan bab tu? heran, susah sangat ke terus bunuh tanpa banyak cakap. kang dah terlepas, padan muka.. wakaka