Wednesday, February 1, 2012

Bicycle for 1st timer

Tadi petang my 6 years old niece nak sangat datok dia tanggalkan 2 roda tambahan pada basikal dia. Sebab abang dan kekawan jiran tetangga dia semua dah guna basikal roda dua je sedangkan dia masih lagi guna basikal roda 4 tuh. So dia sedaya upaya nak menjayakan misi mengayuh basikal tu tapi masalahnya dia tak berani dan tak pandai nak mengimbangkan badan dia. Sejam lebih gak aku, abang dia dan jejiran kecik yang lain cuba ajar dia but fail sehingga dia menanggis. Hmmm..


Buat aku teringat masa aku first time belajar naik basikal dulu. Waktu tu aku tak sure aku darjah berapa. Between darjah 1-3 cam tu ar. Sebab waktu tu kami sekeluarga masih tinggal kat flat polis di Sarikei lagi. So petang tu Uda aka abang aku dan jejiran anak-anak polis main basikal ar. 

Dan what Uda did ialah dia just tolak then aku terus mengayuh dengan jayanya. Memang happy ar masa tu sebab berjaya dengan sekali percubaan jer. Then ambik feel Erra ngan Awie dalam Sembilu ar: merasa angin yang menyapa pipi secara sepoi-sepoi bahasa SEHINGGALAH kat satu simpang ni. Kalau aku pusing kanan aku akan ke jalan besar tapi kalau lurus ada longkang dan aku ngan bangangnya masa tu tak tahu mana letak benda bernama BREK nih.
.






Basikal tu pulak agak tinggi dan berlakulah peristiwa yang kurang best pada hari pertama belajar basikal iaitu masuk longkang cam nangka busok ar aku. So aku nanggis ar keluar dari longkang dan balik rumah dan aku marah-marah ngan Uda sebab dia tak ajar aku mana area BREAK. Wakaka..






Akibatnya it takes years untok aku tak sentoh basikal lagi. Fobia wei..






Lawak plak bila ingat balik. Bukan pada 1st timer belajar berbasikal jer tapi juga pada setiap 1st timer dalam banyak-banyak benda yang buat pertama kali kita cuba. Banyak benda berlaku yang akan buat kita ketawa sesorang kan no matter ia good or worst as pepatah Melayu ada kata "Tempat jatoh lagikan dikenang inikan pula tempat ketawa" Kan?

















Tapi no matter how bad the 1st time experience tu berlaku yang buat kita gave up buat kali kedua dan seterusnya but kalau kita benar-benar mahukan sesuatu tu then kita akan terus cuba dan cuba lagi banyak kali sehingga berjaya. That how life suppose to be. Jangan sesekali gave up pada kehidupan. Kan?

No comments: