My 10 years old nephew baca buku cerita tentang Puteri Santubong-Puteri Sejinjang tentang 2 orang puteri kayangan yang di turunkan ke Bumi untuk menjaga negeri Sarawak. Dipendekkan cerita satu hari kedua-dua puteri ni bergaduh as nenek aku kata disebabkan oleh fakta both x boleh menerima hakikat bahawa yang sorang tu lebih cantik dari yang sorang lagi (meanwhile dalam buku sekarang kata bergaduh sebab berebut lelaki. Hmmm) sehingga last-last both disumpah menjadi Gunong Santubong dan Gunong Sejinjang (tak lupa Pulau Kera) sekaligus menjadi penjaga gunong-gunong lain di Sarawak.
Lastly my nephew buat kesimpulan bahawa cerita tun nonsense. Gosh siapa nak percaya pada puteri kayangan or gunong yang selama ni depan rumah kamiorang ialah seorang puteri yang disumpah? Lain ar kalau ada arkeologi buat cari gali then akan jumpa tulang yang maha besar menyerupai sorang perempuan bersimpuh then it will turn a bit logic gak ar. Buat aku ketawa sebab masa aku kecik dulu aku dan adik beradik bukan main percaya lagi cerita nenek kami tu. Hmmm..
....
Aku pernah cakap-cakap ngan kawan aku kata kalau dia bukan sorang Muslim or dia sekadar Muslim yang hanya pada nama jer then kalau aku kata ada sorang laki ni dia claim dia naik ke langit guna berkepala manusia dan berbadan kuda plus bersayap then dia gak kawen ngan perempuan yang umor 9 tahun bla bla bla then korang akan kata ngan pasti yang lelaki tu bawah pengaruh ganja etc dan seorang pedofilia aka fanatik seks ngan budak-budak bla bla bla.
Then kalau aku kata bahawa lelaki itu ialah Muhammad S.A.W aka Nabi utusan Allah then effectnya either saki baki Iman dalam diri korang yang tipis tu akan terlucut sepenuhnya or Iman korang akan bertambah kuat.
Korang masih ingat selepas peristiwa Isra dan Mikraj ketika Nabi Muhammad mengumpulkan orang Mekah dan kata bahawa dia baru sahaja naik ke langit ke-7 menaiki seekor Buraq dan pergi ke Masjidil Aqsa dalam tempoh 1 malam dan effectnya ada yang beragama Islam terus murtad sebab merasakan Muhammad adalah penipu tapi sebaliknya Abu Bakar dengan yakin berkata kepada semua bahawa dia percaya dan beriman kepada setiap apa yang dikatakan Nabi Muhammad.
...
Aku terbaca dalam novel American Gods by Neil Gaiman kata kalau Jesus benar-benar turun ke bumi dan berjalan kat jalan kaki di Amerika then percayalah most American tak akan buat apa-apa or tak peduli sedikitpun. Sebab mereka tak akan percaya bahawa that is the real Jesus sebab dah terlalu banyak Jesus look a like yang lain sebelum tu.
...
1 thing about IMAN is not just only about trust jer or percaya sahaja tapi sebaliknya ia adalah tentang penyerahan diri sepenuhnya kepada apa yang kita percaya.
...
Islam ialah antara agama yang terbanyak bilangan penganutnya di dunia. Tapi antara banyaknya penganut Islam tu berapa banyak yang tahu cara sembahnyang? Dan antara yang tahu sembahyang tu pulak berapa banyak yang sembahyang? Dan dalam yang bersembahyang tu pulak ada berapa yang tahu kenapa dia sembahyang? Yap tak terlupa dalam banyak-banyak umat Islam satu dunia tu berapa ramai pula yang sekadar sembahyang seminggu sekali waktu Jumaat or sekali setahun masa sembahyang Raya Aidilfitri jer?
Dan bila salah seorang dari mereka itu keluar dari Islam dan menyebar keburukan Islam: tentang lelaki yang berkhayal terbang ke angkasa dan mengahwini kanak-kanak perempuan berumur 9 tahun lalu semua penganut Islam yang hanya sembahyang seminggu sekali or setahun sekali itu pun mengamuk sana sini.
Sedangkan yang keluar itu sekadar Islam pada nama sahaja dan sembahyang entah ada sekali setahun dan tanpa tahu tujuan sebenar dia sembahyang. Hmmm
No comments:
Post a Comment