Showing posts with label buduh. Show all posts
Showing posts with label buduh. Show all posts

Wednesday, May 16, 2012

Cikgu & Soalan Buduh

Di hari guru yang separa mulia ni buat aku nak kuarkan satu post khas. Teringat 1 basic rule before kita mengajar ialah: there are no such students yang bodoh maka setiap soalan yang ditanya walau se-ridiculous mana sekalipun ia tak akan pernah dikira as soalan buduh. Dah namanya pun pelajar so mereka masih dalam proses pembelajaran lagi tu dan kau pulak cikgu then ajar ar students kau benda yang mereka tak faham tu. Ada paham..?



Last few week aunt aku gi umrah so one evening ni dia call rumah kami dan bercakap ngan my 6 years old niece. Habis cakap then niece aku tu tanya "Apsal kat Mekah masih siang sedangkan kat sini dah malam..?" Wow bijak soalan anak buah aku sorang ni. Memperlihatkan deria otaknya cukup bernas untuk bertanyakan soalan cam tu. So kami sekeluarga terangkan ar.



Cuma masalahnya korang percaya tak kalau aku kata yang aku pernah dengar soalan yang sama dari mulot seorang lelaki yang berusia 23 tahun. Memula aku ingatkan dia bergurau tapi rerupanya dia memang tak tahu kenapa peristiwa cam tu berlaku. 


Membuatkan jauh di dalam hati aku memberi beberapa persoalan cam: Dia tahu ke yang bumi ni bulat or dia percaya bahawa dunia ni sebenarnya rata dan kalau kita berterusan berlayar kat lautan then kita akan jumpa penghujung dunia as cam dalam Pirates Of Carribean tu.


Dia tak pernah ambik subjek Geography ke masa sekolah dulu or dalam kelas masa subjek tu dia tidur ker or cikgu dia lupa ajar ke benda basic bahawa bumi ni berbentuk sfera..?








































Ketika berhadapan dengan manusia cam tu then aku cukup yakin bahawa memang ada manusia yang betul-betul bodoh dalam dunia ni. So x leh nak salahkan cikgu gak. Hmmmm.

Wednesday, May 9, 2012

Apsal Kau Asyik Nanggis Je Haa?

Korang pasti pernah tengok drama, drama bersiri or filem di mana watak utama perempuannya menanggis sama ada disebabkan kekejaman emak dan kakak tiri, dibuli penjahat, dirogol bapak tiri, ditipu oleh kawan baik, kekasih curang ngan perempuan lain, or paling koman jadi mangsa keadaan. Bila si heroin tu mengalirkan air matanya buat ko rasa cam rasa sedih tu berpindah pada kau sehingga tanpa sedar air mata ko pun mengalir gak bak Niagara Falls.


Kemudian babak demi babak berlalu then korang mulai perasan yang si heroin ni kerja dia asyik nak menanggis jer sepanjang masa. Dari benda besar sehingga ke benda yang remeh temeh pun leh buat dia nanggis. Tengok matahari terbenam, dia nanggis. Dapat birthday card, dia nanggis. Lelaki yang dia suka bagitahu perasaan pada dia pun dia nanggis. Cuci pinggan mangkuk pun dia nanggis. Membuatkan korang mempersoalkan either kelenjar air mata dia ada masalah ker? 

Memang ar kali pertama tengok rasa sedih, kesian, terharu tapi bila setiap scene pasti nak nanggis jer then ia dah membencikan. Minah ni tak pandai berlakon aksi lain selain menanggis ker? Bawah mata dia dah merah kembang dah sebab menanggis jer all the time. Kalau dia nanggis guna air mata Eye Mo then rasanya dah kaya raya dah syarikat Eye Mo tu.















Tak dapat imagine kalau orang cam tu betul-betul wujud kat dunia realiti then apalah yang akan terjadi pada dia ek? Either dah lama kena pelempang or mata dia dah buta cam Kassim Selamat dah.. Hmmmm..

Tuesday, May 8, 2012

Somebody That I Used To Know

Korang ada dengar lagu Gotye: Somebody that I used to know x? Aku dapat tahu kewujudan lagu tu pon tru ASTRO Channel 705. Aku suka ngan muziknya yang leh buat badan aku bergerak tanpa perlu dipaksa dan liriknya pulak sangat best dan rasanya cukup sesuai ngan aku. Hmmm..


Pernah tak korang kuar ngan kawan or awek then terjumpa sorang ni so ko borak-borak pendek then blah. So kawan/awek ko tanya siapa orang tu so korang jawapan pendek 'Somebody that I used to know..' ngan harapan kawan/awek ko faham makna jawapan tu tanpa perlu ko perjelaskan dengan lebih detail.

...

It happens 2 years ago ar yang aku almost in relationship with someone tapi bersyukur gak ia tak menjadi ar. Ia baru awal-awal ar but something pelik tentang dia. Ada masa dia berjaya buat aku yakin bahawa dia ialah the one that right for me tapi pada masa yang lain dia treat aku cam like a stranger and it make me feel so rough. Lebih sucks bila ada masa dia buat cam there nothing happens and we are nothing. Tapi kemudian dia akan kembali baik dan ia  terus berulang-ulang cam dia ada 2 identiti berbeza.




Tapi selamat gak ia just bertahan beberapa bulan jer tapi ia still an ache yang aku x akan lupa sampai bila bila ar..




BTW ini lirik lagu tu:

Now and then I think of when we were together
Like when you said you felt so happy you could die
Told myself that you were right for me
But felt so lonely in your company
But that was love and it's an ache I still remember

You can get addicted to a certain kind of sadness
Like resignation to the end, always the end
So when we found that we could not make sense
Well you said that we would still be friends
But I'll admit that I was glad it was over

But you didn't have to cut me off
Make out like it never happened and that we were nothing
And I don't even need your love
But you treat me like a stranger and I feel so rough
No you didn't have to stoop so low
Have your friends collect your records and then change your number
I guess that I don't need that though
Now you're just somebody that I used to know

Now you're just somebody that I used to know
Now you're just somebody that I used to know

Now and then I think of all the times you screwed me over
Part of me believing it was always something that I'd done
But I don't wanna live that way
Reading into every word you say
You said that you could let it go
And I wouldn't catch you hung up on somebody that you used to know
















Hmmmm..

Sunday, April 29, 2012

Anak Ikan & Pelacur

I dont have a plan to get married.
Nor to have a relationship with anyone.
Whether to fall in love.
So what I need is a pet.


Aku perlukan haiwan peliharaan  yang boleh hidup berdikari.
Ada atau tanpa aku ia masih boleh hidup.
Dan aku tak mahu haiwan peliharaan yang perlu hidup dalam air.
Tanpa air ia akan mati.
Atau perlu disimpan dalam sangkar bertujuan agar ia tak lari.






Dan aku tak nak haiwan yang banyak cakap or suka mengongkong hidup aku.
























Dan kemudian mungkin aku perlukan anak ikan or pelacur untuk memenuhi keperluan 'lain' aku. Hmmm..

Friday, April 27, 2012

Malaysians & Accident

Senario: Dua buah kereta mengalami kemalangan kecil di sebuah jalan raya di sebuah negeri di Malaysia. 
Soalan: Apakah yang akan berlaku selepas 30 minit kemalangan tersebut berlaku?
Jawapan: Kawasan tersebut akan menjadi seperti sebuah tapak pesta yang penuh dengan manusia dan kenderaan memasing. Hmmmm


Satu habit rakyat Malaysia yang aku cukup-cukup tak suka ialah each time berlaku kemalangan then waktu tu ar ramai yang bawak kereta slow-slow, ada yang sanggup parking jauh-jauh semata-mata nak tengok kemalangan tu or turun kereta just nak tahu apa yang berlaku waktu tu. Tengok kiri kanan dah macam inspektor polis try nak solve punca kemalangan tu dah.

Masalahnya bukan sorang dua yang buat macam tu. Tapi banyak. Kereta dah parking jauh-jauh. Kalau orang tak tahu then guaranty mereka akan syak ada pesta Jom Heboh tengah held kat situ. Mana tak nya. Manusia bukan main ramai lagi. Dari tua muda tanpa kira bangsa berkumpul sana. Sehingga rasanya dalam puluhan orang tu dah tak tahu siapa sebenarnya accidents masa tu or mereka sendiri tak tahu kenapa mereka berkumpul sana ramai-ramai sebab pasti ada yang just sekadar ikut-ikut. Kereta berhenti so mereka berhenti gak ar. Orang keluar berkumpul so diaorang pun berkumpul sekali tanpa tahu apa sebenarnya berlaku. Hmmm..

Aku sendiri pernah accidents disebabkan penonton-penonton kemalangan ni. Senang-senang je nak jadi polis traffic nak tahan-tahan orang so aku terus jer break emergency dan accident sekali. Hampeh..














So Malaysians tolong ar jangan jadi pemerhati or nak jadi inspektor penyiasat. Dan jangan ambik nombor ekor guna plat kereta mereka yang accident tu ek...

Monday, April 9, 2012

Burung & Hantu

Dah lama x nampak burung hantu. Lebih dari 7 tahun rasa and suddenly pagi ni tadi entah apsal ada sekor datang ke rumah. Saiznya pun agak besar gak. Berdiri kat wayar telefon. Buat aku rasa cam ada harapan jer pada usia 27 tahun ni yang membuktikan bahawa I am not a muggle and I dont mind to be a mud blood rather. 





























































Hantu punya budak.











Hmmmm

Tuesday, April 3, 2012

Rakyat Yang Buduh







Aku malas nak cakap panjang, Kalau aku kata rakyat Malaysia or specifiknya orang Melayu ni Buduh then mereka akan kata aku ni bukan Malaysia or bukan orang Melayu ker? Jadi apsal ko percaya mati-mati bila kuar video kata ada Malaikat yang berbaring di atas Kaabah dan ko sangat taksub dan share video tu kat FACEBOOK dan dengan manicanya kata itu ini sekaligus memperlihatkan kebodohan ko?






Stupid Malaysians. Itupun nak dijadikan issue besar. Tak pernah dengar photoshop ke bahalul?

Hutang

Hutang ialah sesuatu yang seharusnya tak berlaku dalam hidup. Chop: hutang di sini bukan merujuk kepada hutang pelajaran, rumah, kereta etc ar. Sebab kalau kita betul-betul tahu apa sumber kewangan diri kita sendiri then tak mungkin kita akan berhutang. As emak aku selalu kata: kalau gaji kita RM100 then perbelanjaan kita lebih dari RM100 then kita seorang yang bodoh. Sama gak ngan orang yang tak ada simpanan dalam hidup ialah seorang yang bodoh gak. Hmmm..


Aku bukan jenis manusia yang berhutang. Berhutang adalah pilihan terakhir aku sama cam aku jadikan profession cikgu ialah pilihan kerja terakhir aku selepas sex for pay (TOLOL). Tapi aku x kisah orang nak berhutang ngan aku. Sebab bagi aku kalau kewangan aku stabil dan kawan aku pada masa tu pulak ada masalah then aku tak kisah nak pinjam. 

Cuma masalahnya orang yang kaki pinjam ni ada satu pola yang sama most all the time: waktu nak pinjam bukan main berbudi bahasa lagi. Aku ni kawan terbaik ar. Aku savior ko ar. Aku ni sahabat dunia akhirat ar. Semuanya terbaik 7 petala langit adalah milik aku ar. Tapi bila part nak bayar balik hutang plak ar bab paling gramatis. Aku plak yang terpaksa merayu sana sini. Kau ttiba leh tak kenal siapa aku. Mana kawan terbaik dunia akhirat dulu? Mana savior ko dulu tu?









Eh, bodoh ar manusia cam ni. Cuba ar ko hutang ngan Along dan buat perangai yang sama. Aku nak tengok sapa merayu siapa waktu tu..











Aku pun bodoh gak kot sebab bagi peluang ngan orang cam kau.

Sunday, April 1, 2012

Proposal Melayulah Sangat

Last night aku tengok drama Melayu sampai habis. Yap, ini bukan typing error dan ini aku yang menulis. Aku bukan dirasuk or ini bukan gak lawak April Fool etc. Aku tertarik sebab iklannya yang agak lawak lakonan Kamal Adli dan Sara Ali. Basicnya jalan cerita just biasa-biasa jer. Couple nak kawen-Jumpa Wedding Planner-Laki jatoh hati ngan wedding planner. Simple.


Cuma part yang paling aku tak leh terima dan ialah bab ending bila si lelaki ni nak bagitau yang dia suka kat girl tu dan dengan resah gelisahnya dia carik kiri kanan 'sesuatu' yang boleh dia jadikan as cincin dan lastly dia ambik aluminium paper dan jadikan cincin dan propose ngan melutut dan tanya girl "Sudikah awak bla bla bla" dan si perempuan pun jawab "Ssaya setuju.." Buat aku mempersoalkan "Ini cerita Melayu ker?"


Teringat minggu sebelumnya masa Awal propose Scha live kat TV. Buat aku mempersoalkan perkara yang sama gak..










...






Proposal, perkahwinan, makanan, pakaian, percakapan, seni bina, cara hidup keseluruhannya. Kawen ngan gown dan coat serta bouquet of flower yang akan dicampak ke arah belakang. Makan burger, pizza, cupcake, muffin. Kalau kata tak makan nasi sehari cam pelik it seem orang Kelantan lah tu. Baju Melayu maknanya hari Raya or masa akad nikah jer. Perempuan pakai baju kurung plak soo kampung. Rumah senibina Melayu? Erk etc.






Pendek katanya kita adalah Mat Salleh yang terperangkap dalam kulit yang sedikit gelap, rambut yang hitam, bermata dark hazel aka dalam diri seorang Melayu.














Yap, aku setuju pada statement racist: tak akan Melayu hilang di dunia..

Sunday, March 18, 2012

Membeli Barang Yang Memalukan

Apakah barang yang akan membuatkan korang rasa malu nak beli sama ada pada masa nak ambik dari shelves or pada masa nak buat pembayaran di kaunter? Kalau korang lelaki please jangan kata tuala wanita melainkan korang lahir or berada pada tahun 1920-an where setiap barang 'peribadi' khas untuk wanita adalah terlalu taboo untuk para lelaki dan masyarakat secara keseluruhannya. 


Tadi aku gi Guardian Pharmacy then dalam tu ada ar sorang mamat ni ngan muka yang pelik ar. Beberapa kali mundar mandir kat satu shelf ni. Dan dipendekkan cerita masa nak bayar ni dia plak kat depan aku ngan sorang girl ar (aku rasa wife dia kot) so dia letak barang dia kat kaunter ngan keadaan yang tersusun. Beberapa barang diletakkan di atas satu box ni. Kedian pekerja scan 1-1 barang so lastly box tu pun nampak ar. Rerupanya ada 2 kotak lubricant. Lepas bayar dia terus blah laju.

Realitinya x ada apa-apa salah pun kan kalau setakat nak beli lubricant tu. Bukannya dia guna lubricant tu untuk culik dan rogol kanak-kanak pun. Dan dia beli 2 kotak mungkin sebab dia pengguna yang kerap etc. Cuma yang lawaknya dia seems nak menyembunyikan barang yang dia nak beli sebab malu kot. Lubricant konotasinya memang just for sex je ar kan...? Nak guna apa lagi? Melincir engine kereta ker?








Buat aku teringat satu cerita Indon ni ada sorang girl nak beli condom then dia pakai hoodie ngan cermin mata hitam besar lagi. Then bila sampai kaunter, tanpa ditanya terus dia kata tu bukan dia punya. Kawan yang pesan. Wakaka.. Lawak


















Korang pernah tak pergi kedai runcit mamak then beli tuala wanita then dia akan bungkuskan ngan news paper..? Matlamatnya?

Wednesday, March 14, 2012

Lawak Berak Keras

Setiap kali aku berak keras then aku pasti akan terfikir sesuatu yang akan membuatkan akhirnya pasti akan buat aku ketawa sesorang. Aku selalu terfikir "Agak-agaknya inilah feel a guy being fucked by other guy. Ia bermula dengan kesakitan pada punggung tapi berakhir dengan kepuasan yang maksima. Hmmmm"















Plus tak lupa ia juga meninggalkan effect 'ruang rongga yang berangin yang menyegarkan' 















Wakaka

Wednesday, March 7, 2012

Saya Menjual Bayi

Aku x suka ngan idea orang-orang tertentu yang menjual kittens dengan harga yang agak tinggi. It seems like cam aktiviti menjual bayi manusia. Cuma ia datang dalam keadaan ia sekadar seekor kucing yang tak pandai berkata-kata. Just imagine kalau dia adalah manusia perempuan yang digunakan untuk mengandung dan setiap kali ia beranak so anak dia akan dijual dan mengandung lagi dan dijual lagi berulang-ulang kali.


Seolah-olah manusia cuba menjadikan manusia dan haiwan ni cam sama jer. Buktinya cam satu lagi ni. Pernah x korang tengok cara orang yang nak buang anak kucing? Diaorang letak dalam kotak dan letak kat satu tempat then blah tanpa rasa bersalah. Sama je kan cara orang buang bayi? Letak je kat mana-mana then blah tanpa rasa bersalah.






















Manusia..

Friday, March 2, 2012

Reason Sembahyang Jumaat

Aku ada 1 soalan yang berbunyi: Apakah sebab sebenar seseorang pergi ke masjid pada hari Jumaat?


a) Untuk merehatkan mata aka tidur
b) Untuk melihat seni reka dan struktur bangunan masjid
c) Untuk bertemu rakan sebaya di samping berkongsi maklumat terkini
d) Untuk mengenalpasti warna dan rekaan baju Melayu yang sesuai untuk raya nanti
e) Untuk mengisi masa lapang sebab masa rehat pada hari Jumaat sangat panjang












or aku rasa sebab utama orang pergi ke masjid pada hari Jumaat ialah sebab datok dia dulu pernah dan selalu pergi  masjid pada Hari Jumaat dan bapak dia pulak selalu suroh pergi masjid hari Jumaat masa kecik-kecik so dia pun perlu pergi masjid gak pada Hari Jumaat supaya dia boleh suroh anak cucu dia jugak untuk pergi ke masjid pada hari Jumaat sebagai satu rutin tipikal generasi lelaki Melayu dalam keluarga tu. Hmmm..


Sebab bagi aku most of orang yang pergi ke masjid hari Jumaat sebenarnya tak tahu kenapa dia perlu berbuat begitu.It seem ia dah ada dalam otak diaorang bahawa setiap kali Jumaat perlu pergi masjid sama cam dalam otak bebudak kecik dah set bahawa setiap hari Sabtu mesti tengok NTV7 start dari jam 7 malam sebab ada Shin Chan dan kemudian Doraemon.

Dibuktikan bila setiap minggu ada je jenis manusia yang datang then terus gi kat dinding or tiang-tiang dan tidur dan bila start sembahyang-mereka sembahyang dan balik or ada yang datang imam baca khutbah mereka tertoleh kiri kanan atas bawah tengok masjid, tengok orang lalu lalang jer or ada gak yang datang untuk berbual-bual luar masjid cam nothing happens inside masjid tu dan hanya masok bila dah nak sembahyang. Dan tak terkecuali mereka-mereka yang datang pada masa dah nak start sembahyang dan masa imam bagi salam then mereka terus blah. Pendek kata mereka ni jenis paling akhir datang dan paling awal balik. 

Jadi apa matlamat sembahyang Jumaat ni sebenarnya? Sekadar nak buang masa dan habiskan minyak kereta jer ker? Sama cam orang-orang yang berpuasa pada bulan Ramadhan tapi tak tahu sebab sebenar mereka perlu berpuasa. So as 1 bulan berakhir apa yang mereka dapat hanya lapar dan dahaga (dan kalau bernasib baik then berat badan bertambah) sahaja.. Rugi kan?













So apa jawapan korang? Please kata korang pilih D as jawapan.

Tuesday, February 21, 2012

Rumah Tinggal

Aku sekarang ni (pada masa aku tengah type post ni) tengah layan cerita Haunted Changi, sebuah filem bertemakan paranormal yang dibikin around 2011 di Singapura. Yap, Changi tu terletak di Singapore okey. Ia mengisahkan a group of teenagers yang merakam perjalanan pengembaraan paranormal mereka di Hospital lama Changi yang cukup terkenal serata Asia as a haunted place ar. Hmmm..


Kalau orang yang kenal aku pasti tahu bahawa aku ialah seorang lelaki yang penakot nak mampos tapi dalam masa sama aku suka mencabar sisi penakut aku tu. Contoh cam aku takut pada ketinggian so aku selalu cabar diri aku untok naik bangunan tinggi guna laluan yang merbahaya or aku takut pada paranormal stuff but aku leh jer pergi 'tempat-tempat' yang orang tak berani nak pergi sebab ramai yang kata tempat tu ada 'something'..

I dont know why aku suka cabar diri aku pada perkara cam tu. It seems kalau kita berada kat satu tempat asing then kita perlu sesat dulu untuk tahu tempat tu secara keseluruhan then kalau kita tak berani nak sesat then selamanya kita akan stuck di situ jer.


...


Aku suka pada rumah lama yang ditinggalkan terutama jenis rumah zaman British dulu-dulu disebabkan rekaan seni bina dia sangat vintage yang cool. Ada 1 tempat di Kuching ni namanya Jalan Bukit Hantu (dude, nama tempat pun dah bagitahu apa yang ada kat situ rite?) di mana zaman dulunya ia menempatkan rumah-rumah pekerja kerajaan tapi as time goes by ia dah ditinggalkan.

Pemandangannya sangat cantik. Just imagine kawasan berbukit bukau most permukaanya hanya pokok-pokok besar dan rumput permaidani (tak ada kawasan semak samun or lalang sangat) yang selang beberapa meter ada rumah-rumah lama tu secara berasingan. 

Most of the time aku mempersoalkan gak dalam diri apsal rumah-rumah tu masih cukup terjaga ngan dinding still ngan cat putih bersih, tak ada sampah sarap dan kawasan sekitar rumah tu terpelihara sangat sedangkan tak mungkin pihak pembandaran ada masa nak bersihkan sebab kawasan tu hutan dan tak didiami sesiapa.



...



Setiap kali aku masuk rumah tinggal ni then otak aku pasti terfikir: rumah ni mesti ada cerita sendiri aka it seem cam cuba nak bagitahu kita sesuatu (or at least otak aku je cuba nak buat-buat cerita). Mana taknya kekadang kalau masok satu rumah tu it seems like apsal pemilik rumah ni cam berebut sangat nak pindah ngan banyak lagi barang-barang berguna ditinggalkan or apsal satu bilik ni cam terbakar ngan kesan hitam asap memenuhi ruang bilik dan kat center tu ada meja kecil dan di atasnya ada bible?

Ada satu hari ni aku dan sorang kawan ni gi satu tempat ni ar. Kat tempat tu ada beberapa blok hostel dan satu blok tu dikosongkan. Siap setiap pintu masok each dorm dipaku ngan kayu palang. Even dari luar blok tu dah tulis besar-besar dilarang masok. Ada urban legend kata pernah ada student bunuh diri dari tingkat atas blok tu. Dan bila kami masok dan rasa goosebumps memang ada. Bila kuar dari tempat tu kami share kata kalau kami tak dengar cerita pelik-pelik orang tentang blok tu then mesti kami tak akan fikir dan takut kan?





Or otak kotor aku pun selalu fikir gak what if kalau ada 'sesuatu' yang ikut sekali aku balik nanti? Wakaka




















Teringat aku Malaysia pernah kuarkan filem tajok Misteri Istana Lama yang guna pendekatan paranormal ngan video cam amature then ada ar beberapa rakyat Malaysia ni marah-marah bagi komen kat satu blog ni "Kata cerita realiti, dalam filem tu ada yang mati tapi apsal mamat tu leh kuar tv plak tadi? Dasar penipu filem Melayu nih..!!"

Buat aku terfikir either rakyat Malaysia tersebut sangat BODOH or dia sangat-sangat BODOH...!!

Thursday, February 16, 2012

Cool Jobs?

Apa yang menjadikan korang mendefinisikan sesuatu pekerjaan tu as a cool jobs?
a) Pekerjaan yang buat korang bangga ngan pakaian seragam korang dan setiap kali korang dan group of rakan-rakan berjalan satu baris dalam pakaian seragam tu buat orang lain menoleh dan melihat ngan pandangan cemburu.
b) Pekerjaan yang orang sangat jarang-jarang pernah dengar apa nama pekerjaan tu (dan ia sangat susah disebut or nak dieja) dan vacancy kerja tu pulak bukan calang-calang orang leh buat sehingga buat orang lain rasa tergamam dan respect korang.
c) Pekerjaan yang buat korang lebih banyak masa minum kopi, lepak before lunch and after lunch, lepak minum petang, banyak meeting dan banyak makan masa meeting aka pendek katanya 8 jam lebih banyak dihabiskan kat kedai makan daripada di office. Hmmm
d) Pekerjaan yang orang lain tahu yang kerja tu tak bergaji besar, tak ada career masa depan, tapi korang tak pedulik sebab korang rasa kerja tu sangat cool bagi korang..


Bagi aku contoh pekerjaan yang cool ialah cam: vampire assistant (fantasinya),copy writer (yap, Razzy kerja ko sangat cool), coffee barista, baker, graphic designer, pelukis, penulis, assistant kedai buku, assistant kedai cd etc adalah sangat cool.

Then korang persoalkan "Aj, itu cool ker? Pilot, engineer, doktor bedah saraf, angkasawan bla bla bla barulah cool..!!"

Suka hati aku ar, aku punya definisi then aku punya suka ar..

Then korang balas balik "Aj, I tho ko punya previous job dulu as a library assistant, cikgu sekolah swasta, mr operator, penceramah kat PLKN and assistant manager kat cinema tu bukan dalam list cool job ko gak ker...?"



erk, itu...



Korang sambong balik "Ko pun pernah kerja kat Jabatan Ketua Menteri Sarawak gak kan? That cool what?"










Hmmmm..












What can I say? Cool job kekadang cepat membosankan especially bila ia dah terlalu cool sangat.




















BTW hari ni aku memasukkan satu aku kerja as a cool job iaitu TOURGUIDE. Yap, wishing me all the best sebab petang ni aku nak dapatkan kerja tu.. Hohoho

Friday, February 10, 2012

Cerita Dalam Gambar

Okey aku mengaku yang aku malas nak tulis panjang lebar so aku upload gambar yang aku snap then aku cuba untok buat caption yang seringkas yang mungkin umtok mengambarkan kemalasan diri aku. Hmmm..


Aku tak tahu apa matlamat buku ini disebarkan kepada khalayak kanak-kanak sekolah rendah. Kalau ia bermatlamatkan untuk memperkukuhkan landasan politik satu-satu parti politik tu semata-mata then aku kurang setuju.



Tapi dalam banyak-banyak helaian tu aku paling suka mukasurat ni. Entah apsal aku pon tak tahu. Yang pasti kalau aku tengah moody ke then aku layan muka surat ni then rasa moody tu terus hilang. Hmmmm..



Bapak aku ialah Die Hard Fan Barisan Nasional. Buktinya? Since dari pilihanraya dahulu lagi dia tak pernah turunkan bendera Barisan Nasional walaupun untok 5 minit jer. Mungkin menurunkan bendera tu seems cam menghina kredibiliti parti tu kot. But he still refer tengok bendera tu koyak rabak ke? Hmmm..



Sama ada aku seorang yang tak perasan statue-statue haiwan yang sedia ada yang lain or sememangnya ini adalah satu-satunya statue yang memperlihatkan seekor singa yang berPENIS cukup big and hard as rock. Membuatkan aku rasa cam ... ermmm... jealous..





















Still caption aku agak panjang gak.. Kan?

Thursday, February 9, 2012

Customer Are Always SUCK..!!

Korang dah layan video pekerja KFC yang membelasah customer yang lebih kurang situasinya: customer beratur panjang-sampai kaunter pekerja bagitau makanan dah habis-customer membebel-pekerja marah. Realitinya pekerja dan customer tu orang yang baik-baik jer tapi sebab that day ialah bad day diaorang so mereka gadoh ar. Bagi ramai customer akan kata yang ianya salah pekerja tu sebab customer always right.. Bagi aku naaaaa..


Korang pernah kerja customer service yang fokus kerja tu just serve customer either with product or services lebih dari 8 jam sehari, 6 hari seminggu tak?

Kalau korang pernah ada experience tu then korang pasti akan kata yang customer tu or mana-mana customer sangat-sangat SUCK dan deserve diberi layanan sedemikian plus korang sangat berterima kasih pada pekerja KFC tu sebab dah mewakili semua pekerja-pekerja yang hidup mati hanya nak layan perangai sebijik cam setan tu. Hmmm..

Tapi kalau korang tak pernah then apa yang aku leh kata ialah: yap customers are always rite. Hmmm..


...


Aku pernah buat beberapa kerja yang berasaskan customer service nih. Kerja terakhir aku as 'pekerja wayang' yang kekadang kerja 14-15 jam sehari, 6 hari seminggu then ngan moto bahawa we are servant that serve king aka pekerja ni ialah hamba abdi yang melayan karenah dan keperluan raja. Kalau jadi customer of course la happi hapi cuma yang extra merana tu servant laa..

Just imagine kalau kaunter jual tiket jer dalam sehari tu nak serve beratus customer yang setiap satu berperangai pelik nak mampus then emosi kita turut lari sekali ar. Kalau sorang dua je yang mintak diskaun or tanya review filem or kata duit tak cukop or asyik bergayut ngan handphone mahal lah sangat tu or berlagak nak mampus or kata curik duit etc then it still okey tapi masalahnya almost semua perangai sama jer.

Kalau boleh cakap lepas then dah lama keluar word buduh, caki maki, carut marut etc or hentak kepala customer kat dinding or leh pancitkan tayar dia ke.. Hmmm..


...


Previous-previous tu plak pernah kerja jadi 'operator' kat TM. Yap, korang tahu service TM teruk tapi percayalah kalau korang jadi customer service representative TM then korang akan terasa bahangnya bila dalam sehari mesti ada berbelas customer yang kata diri datin or perangai burok cam datin caki maki korang kat telefon. What can u do? Tekan butang mute then makan keropok ke, baca magazine ke or beborak ngan kekawan sampai dia letih.

Plus info tambahan: kalau korang nak letakkan 100% beban kesalahan pada operator tu then korang buta tuli ar. Operator just buat report then hantar pada bahagian yang akan handle aduan tu before assign contractor untuk solve masalah tu. Then korang tanya "So...?". Masalahnya sorang operator sehari dalam jawab around 60-70 calls then buat report yang jumlahnya berganda then dalam sehari keseluruhan operator menghasilkan beribu-ribu report. Fikir sendiri.


(tapi tak dapat dielak gak yang memang ada pekerja TM yang malas buat kerja. Hmmm)


But motto TM are more realistic ar bila mereka kata: customer has a right aka pengguna ada hak untuk tahu apa hak mereka.


...



Bila melibatkan customer service then pendirian aku cuma satu jer: aku nak bagi service sepertimana aku nak aku nak dilayan. Aku nak orang layan aku baik then aku layan orang sebaiknya. Hmmm..














Aku pernah pergi 1 KFC ni, beratur panjang then bila sampai kaunter then aku order dan pekerja tu ngan senyuman kata "Sori encik, kami cuma ada wedges jer lagi. Itu pun satu jer.." Buat aku heran, modus operandi utama KFC bukan jual ayam ker? Naseb baek aku tak lepas mulot then kalau tak mesti  muka aku plak yang kena belasah kang. Hmmmm..

Thursday, February 2, 2012

Aku Tak Puas Hati Tentang ....

Apa perkara yang berlaku dalam kehidupan seharian korang yang hari-hari korang  nampak, dengar, alami yang korang sangat tak puas hati yang sangat-sangat yang korang rasa orang lain pun sebenarnya tak puas hati gak ngan perkara yang sama gak tapi tak pernah sorang pun terdetik nak menyuarakannya such as fungsi koc wanita pada train komuter yang LOL aku sangat-sangat tak puas hati sampai bila-bila. Hmmm..


Aku layan-layan facebook or iklan-iklan kat tenet then aku terjumpa beberapa lawak yang mengesahkan aku yang sebenarnya seluruh dunia sedang share ketidakpuasan hati yang sama yang aku alami dan aku sampaikan ke dalam beberapa sub topik ni.



A. PEN HIGHLIGHT

Korang mesti pernah berada dalam keadaan masa tengah study then ada kekawan or sesapa saja akan kuarkan beberapa pen highlight yang pelbagai warna then start mengariskan nota-nota penting pada buku nota dia. Kalau setakat 1-3 baris ayat dalam satu muka surat tu di-highlight-kan then okey ar untok menunjukkan yang bahagian tu sangat penting tapi masalahnya mostlynya student hanya akan meninggalkan 1-3 ayat jer dalam satu muka surat tu yang TAK di highlightkan aka semua nota dalam buku tu penting.


Masalah utamanya bagi aku ialah colornya yang sangat terang tu sangat meng-annoying-kan mata aku. Dan ia jugak menjadikan permukaan kertas tu kembang sebab keseluruhan kertas tu dah basah. Plus ia gak meninggkalkan kesan tak best untuk ditengok or menghilangkan mood nak membaca pada helaian belakang kertas tu. Or worst kebiasaannya orang jenis suka guna highlighter ni sangat ketagih untuk menconteng buku teks sekolah yang perlu dipulangkan hujung tahun, buku yang dipinjam dari library include buku yang dia pinjam dari kita. Damn..



B. SELEKOH JALAN

Korang mesti pernah pergi mana-mana kat area pejalan kaki then bila sampai satu persimpangan then ada kesan manusia terlebih malas yang meninggalkan jejak tapak kaki diaorang aka merencatkan pertumbuhan rumput yang tumboh kat sana (sila tengok gambar kalau statement aku terlalu sukar untok difahami)


Aku tak puas hati tentang 2 perkara dalam bab ni:
Pertama: Apsal manusia yang ada kaki ni sangat malas nak bergerak lurus then belok 90 darjah then meneruskan perjalanan cam biasa tapi sebaliknya refer untuk berjalan atas rumput sekaligus merosakkan rumput tu then membebel kata orang tak nak jaga lanskap tempat tu. Btw apa matlamat malas tu? Nak menjimatkan masa ker or sesaja sebab orang lain pun guna laluan yang sama gak.

Second: Apsal orang yang bina laluan jalan kaki ni bina laluan yang bersudut 90 darjah kalau dia tahu sifat zahir manusia memang malas nak jalan lurus? Then apsal tak buat je ar laluan yang melencong terus dari awal kan? Hmmm



C. PENJAHAT FILEM/DRAMA

Apsal setiap kali dalam filem or drama bila part penjahat dah berjaya tangkap hero or heroin then plan nak bunuh tapi tak bunuh terus sebaliknya akan ambil masa yang agak lama untuk sesi bercakap dan ketawa gaya orang jahat.

Then bila dah beberapa saat before penjahat nak tarik picu pistol or nak menjatuhkan benda berat ke atas hero or menengelamkan heroin ke dalam air yang ada jerung then miracle datang cam suddenly polis datang etc. Buat kita menyumpah seranah kata "Tu ar buduh sangat, tak nak tembak awal-awal tapi refer nak cakap panjang lebar plak. Kan dah melepas..!!" 

I dont know why walau dalam cerita yang penjahat tu sangat bijak sekalipun but still bila part cam tu dia refer untuk berceramah tak tentu pasal daripada terus tempak hero tu. Sedangkan kalau watak tu tak penting tak pulak terfikir nak banyak cakap tapi terus mati oin few second jer. 

Or apsal penjahat sangat liat nak mati? Walau kena tembak, kena langgar kereta, terjun bangunan 50 tingkat still leh hidup lagi. Memang tak mati-mati lebih-lebih lagi kalau cerita tamil. Hmmm..











...bersambung...