Friday, April 27, 2012

Malaysians & Accident

Senario: Dua buah kereta mengalami kemalangan kecil di sebuah jalan raya di sebuah negeri di Malaysia. 
Soalan: Apakah yang akan berlaku selepas 30 minit kemalangan tersebut berlaku?
Jawapan: Kawasan tersebut akan menjadi seperti sebuah tapak pesta yang penuh dengan manusia dan kenderaan memasing. Hmmmm


Satu habit rakyat Malaysia yang aku cukup-cukup tak suka ialah each time berlaku kemalangan then waktu tu ar ramai yang bawak kereta slow-slow, ada yang sanggup parking jauh-jauh semata-mata nak tengok kemalangan tu or turun kereta just nak tahu apa yang berlaku waktu tu. Tengok kiri kanan dah macam inspektor polis try nak solve punca kemalangan tu dah.

Masalahnya bukan sorang dua yang buat macam tu. Tapi banyak. Kereta dah parking jauh-jauh. Kalau orang tak tahu then guaranty mereka akan syak ada pesta Jom Heboh tengah held kat situ. Mana tak nya. Manusia bukan main ramai lagi. Dari tua muda tanpa kira bangsa berkumpul sana. Sehingga rasanya dalam puluhan orang tu dah tak tahu siapa sebenarnya accidents masa tu or mereka sendiri tak tahu kenapa mereka berkumpul sana ramai-ramai sebab pasti ada yang just sekadar ikut-ikut. Kereta berhenti so mereka berhenti gak ar. Orang keluar berkumpul so diaorang pun berkumpul sekali tanpa tahu apa sebenarnya berlaku. Hmmm..

Aku sendiri pernah accidents disebabkan penonton-penonton kemalangan ni. Senang-senang je nak jadi polis traffic nak tahan-tahan orang so aku terus jer break emergency dan accident sekali. Hampeh..














So Malaysians tolong ar jangan jadi pemerhati or nak jadi inspektor penyiasat. Dan jangan ambik nombor ekor guna plat kereta mereka yang accident tu ek...

No comments: