Tuesday, April 17, 2012

Cikgu Lisa

Setiap kali aku tengok gambar ex-students aku kat FACEBOOK akan buat aku terkata sesorang "Gosh, they are so big..!!" Big dalam erti kata badan diaorang dah besar ar, tak baek fikir kotor pada bebudak. Sebab masa aku mengajar dulu tu mereka masih form 2 dan sekarang mereka dah form 5. Hmmmm..


Sebab aku tak mengajar sekolah biasa so students aku pun bukanlah students biasa-biasa. Mostlynya anak businessman, anak orang kaya or cucu menteri-menteri. Mostly orang biasa akan kata: Alaa, anak orang miskin ke, anak orang kaya ke sama jer. Semuanya bebudak. Even aku pun pernah fikir benda yang sama gak tapi once masuk kelas form 2 tu cam rasa masuk kelas form 4 or 5 sebab mostly mereka physically and mentally matured.

Mungkin sebab mereka dah terdedah dengan banyak perkara yang bebudak biasa tak lalui, gadget-gadget mahal yang budak biasa tak mampu milikki and even aku yakin some of them dah melawat ke seluruh dunia sedangkan aku just baru pernah gi Singapore dan Indonesia (itupun sempadan jer). Aku masih ingat one day ada sorang students aku bercuti sewaktu sesi sekolah so kawan dia kata dia ngan bapak dia gi memancing kat Hong Kong dan pengerusi (sekolah tu guna pengerusi) leh jer luluskan sebab parents students la yang bayar gaji kami. Hmmm.. 

Antara saat-saat yang aku tak akan lupa ialah before aku berhenti. Sebab sekolah tu rumor bergerak sangat pantas. Aku bagitau aku resign pada pengerusi then less than 30 minutes dah heboh satu sekolah tentang cerita tu. So bila aku masuk kelas so sesi dramatis berlaku ar. Ada yang janji x nak nakal, ada yang janji akan belajar lebih rajin bla bla bla. Plus diaorang pun tahu blog aku so berpuluh ar mesej dari students aku dapat. Paling terharu bila student yang paling disenaraihitam oleh cikgu dan other students pun mintak aku jangan berhenti gak.

Aku tegaskan berulang-ulang kali: aku berhenti bukan sebab perangai beberapa orang cikgu sana yang suka mengkondemkan aku or sebab khabar-khabar angin yang membuatkan aku kerap berjumpa ngan pengerusi or what ever. Aku resign sebab aku fail sebagai seorang cikgu. Yap, aku tak cukup mulia untuk pegang jawatan semulia tu. Hmmmm..






















Tetiba terfikir, bestnya kalau Lisa Surihani jadi cikgu aku.. Hmmmm..

3 comments:

Ali said...

tumpang tanye. mengajar kat skola mane ?

Aj Abdullah said...

Adalah sebuah sekolah swasta di Kuching, Sarawak.. huhuhu.. berminat ker?

Ali said...

Memang jauh betul tul kut.