Sunday, April 22, 2012

Kalau Tuhan Ada Anak

Korang ada layan Wrath Of The Titans tak? Kalau korang belum layan then aku nasihatkan agar jangan layan tapi kalau korang dah terlayan then takziah ar aku ucapkan. Ia adalah sebuah cerita yang mengarut dan mengecewakan. Sebab tak semua filem rasanya layak ada sequel. Ia akan jadi cam Smallville or Lost yang makin mengarut setiap season baru. Hmmm..

(aku curik gambar ni dari Fanikatun)

Masyarakat Greek mempunyai tuhan yang bersifat saling memerlukan dengan manusia. Manusia perlu memuja mereka untuk memberi kekuatan kepada tuhan dan tuhan akan merahmati kehidupan manusia balik. Tuhan Greek mempunyai bapak, ibu, adik beradik, anak, cucu dan seterusnya. Tuhan Greek juga mempunyai sifat seperti manusia iaitu marah, cemburu, sakit hati, sedih etc. Dan lebih hebat: tuhan Greek boleh mati. Sekaligus menjadikan institusi tuhan di Greek tak jauh beza ngan manusia itu sendiri.

Zeus adalah tuhan. Bapaknya: Cronus juga adalah bekas tuhan sebelum dipenjarakan oleh Zeus ke dalam Tattarus. Dan dalam Wrath Of The Titans memperlihatkan Zeus memperdayakan abangnya Hades menjadi penjaga underworld. So disebabkan tak puas hati Hades memberontak dan mahukan kuasa. Dan dalam filem ni gak Zeus akhirnya mati. Membuatkan aku tak puas hati, Hercules dah lahir ke belum waktu tu? Hmmm..



...



Post kali ni aku tak bertujuan nak buat provokasi or perbandingan agama lain ar. Ia sekadar nak memperingatkan diri aku sendiri gak ar. 

Kalau sorang tu boleh berfikir secara waras tentang keseluruhan hidup based on apa dalam filem tu membuktikan bahawa it either tuhan tu tak mungkin lebih dari satu or tuhan tu tak ada. Sebab secara logiknya kalau tuhan tu ada anak then ia akan ada bapak dan anaknya akan ada lebih dari satu dan berterusan. Dan jika tuhan itu bermula dari usia bayi dan membesar maka usia tuhan itu juga akan berterusan menjadi tua dan seterusnya mati. Plus jika tuhan lebih dari satu maka akan berlakulah percanggahan fikiran: tuhan A nak tempat tu hujan, tuhan B nak tempat tu panas, tuhan anak nak tempat tu sajli dan tuhan bapak nak tempat tu banjir etc sehingga manusia boleh pilih tuhan mana yang mereka lebih refer. Yang muda akan pilih tuhan anak sebab tuhan anak ni lebih cool berbanding tuhan bapak yang old minded etc.



As sorang pak cik Hindu yang atur paip kat rumah abang aku kata yang dia yakin tuhan cuma ada 1 jer sebab kalau tuhan ada banyak then kalau ada manusia mintak tolong so dalam ramai-ramai tuhan tu akan berebut kata yang manusia tu mintak tolong tuhan ni dan bukan tuhan tu. Hmmm..










Bagi aku menjadikan institusi tuhan yang mempunyai anak seolah-olah meletakkan status tuhan itu sama seperti manusia. Hmmmm

3 comments:

ali said...

greek tu yahudi kan ? yang kau cite tu. anak2 dia tu. 12 anak nabi ibrahim right ?
aku tak tau sangat. T_T

tolonglah vote aku dalam digi wwwow awards under 15. ^_^

http://goo.gl/fsdn9

Aj Abdullah said...

Sejak bila Greek tu Yahudi? Kalau Yunani tu betul ar. Greek kan di ROm. Plus apa kaitan ngan nabi Ibrahim pulak ni? wakaka

MORIBAYU said...

Kamu patut baca 'History Of God' hasil karya karen armstrong.