Tuesday, April 17, 2012

Melayu Jati

Kalau kita ni hidup dalam world or witch and wizardry aka cerita Harry Potter then korang ialah Pure Blood meanwhile orang lain adalah Half Blood or Mud Blood or worst muggle or squib (Ooh, maniacnya aku pada Harry Potter). Dan korang sangat proud of your pure blood line tu sehingga korang tak anggap mereka yang lain dari korang mempunyai nilai manusia. What I am talking about today ialah tentang manusia yang sangat maniac dengan bangsa sendiri.


Aku tak tahu apakah perasaan yang patut ada dalam diri aku apabila dilahirkan sebagai seorang yang berbangsa Melayu di Malaysia? Adakah aku harus bermegah diri, bangga, riak, takbur, seems like nothing, mahu, terkutuk, hina apabila ada orang yang sebangsa aku dengan ringan mulutnya berkata kepada bangsa lain agar balik ke negara China or ke India dan tengok ar sejauh mana ko boleh hidup kat sana..

Aku yang baru beberapa kali dengar klausa tu secara live rasa sangat terkesima dan nak mengutuk bangsa diri aku sendiri. Apa kuasa khas yang ada pada bangsa kau yang sangat special sehingga kau boleh menghalau orang yang berbangsa tak sama dengan kau keluar dari tanah yang totally bukan milik kau jugak?

Mungkin korang ada persamaan kuadratif nak buat cam:

Orang Cina asal dari Tanah Besar China
Orang India asal dari India

So orang Melayu asalnya dari Tanah Melayu ar ...


Btw sejak bila Tanah Melayu ni milik orang Melayu. So kita lihat dari perspektif lebih besar. Kita semua tahu yang Amerika bukan dimiliki oleh mat salleh yang sedia sekarang ni. America belong to the real American iaitu natif asal mereka. Thanks to Christopher Columbus yang membuka Amerika untuk menerima semua orang tanpa mengenal bangsa, agama or kepercayaan membangunkan Amerika bersama-sama sehingga membentuk apa yang ada pada hari ni.

Jadi apa yang aku nak share sekadar: Melayu yang sedia ada hari ni sekadar pendatang. Sebab bangsa asal yang menduduki Tanah Melayu korang ni ialah orang asli yang korang perlekehkan warna kulit or style rambut berbeza diorang tu. Mereka dikhabarkan dalam sejarah as golongan yang aman dan tak suka berperang but gelombang kedatangan Melayu telah membuang kediaman asal mereka di pinggiran pantai jauh kepedalaman hutan. So apa hak kita nak menghalau orang lain pulak selepas kita halau penghuni asal tanah ni?



...



Kalau Ibrahim Ali kata benda tu berulang kali then it does not really matter laa sebab semua orang tahu yang dia memang seorang taksub pada bangsanya. Tapi masalahnya aku pernah dengar statement yang sama dikeluarkan masa khutbah Jumaat. What the F word is that? Islam tu milik Melayu je ke? What if kalau ada umat Islam yang berbangsa selain Melayu ada dalam masjid waktu tu? Kenapa institusi masjid leh jadi kotor cam tu sekali?




....




Apa yang aku nak share hari ni ialah jangan terlalu taksub dengan bangsa, agama, warna kulit, fahaman politik, gaya hidup korang. Even jangan terlalu taksub dengan nation Malaysia sangat sehingga bila ada artis dari negara jiran menang anugerah dari negara kita then terus kita nak laungkan rasa marah tak tentu pasal. 














Hmmmmm...

No comments: