Monday, April 23, 2012

Dia Menanggis Lagi

Aku teringat waktu tu. Sehari selepas aku dapat tahu dia break-up, dia macam tak ada apa-apa kecuali bawah matanya kembang. Dia masih tersenyum dan masih lagi bercakap banyak seperti hari-hari sebelumnya. Kecuali pada senyumannya. Mungkin bagi mereka yang lain, itu cukup biasa tapi senyumannya hari tu dan pada hari-hari kemudiannya cukup berbeza bagi aku.


Sehingga malam tu, dia menanggis. Membuktikan bahawa segala senyuman dan kegembiraannya beberapa hari lalu sememangnya palsu. Dia mahu buktikan dunia bahawa dia kuat dan dia mampu mengharungi perpisahan itu sendiri. Tapi dia salah.














Terasa seperti semalam, perkara 3 tahun tu berlaku. Dan sekarang kau menanggis lagi. Atas sebab cinta sekali lagi. Dan aku pasti kau pasti akan cuba untuk pura-pura tersenyum dan pura-pura gembira. Sama juga seperti dulu.













Kenapa kita masih mahu mencintai seseorang yang kita tahu bahawa dia pasti akan melukai kita. Atau kenapa masih mahu bercinta sedangkan kita tahu penghujungnya tak semestinya gembira?

No comments: