Monday, April 30, 2012

2 Kawan gaduh

2 orang kawan korang sedang bergaduh. So kawan pertama datang mengadu kat ko. Dari apa yang dia ceritakan it seems cam punca pergaduhan tu ialah dari kawan kedua. So kekawan lain yang sokong kawan pertama pun start ungkit balik setiap satu keburukan kawan kedua dari dulu lagi. Dan jika tindakan pertama korang waktu tu ialah turut sama menghentam kawan kedua tu so korang sangat-sangat Bahgal.


So it better kalau korang pergi jumpa kawan kedua. Korang mungkin akan dengar cerita yang lebih kurang sama or totally jauh berbeza. At least bila dengar penjelasan kawan kedua korang leh buat rumusan korang sendiri punca sebenar pergaduhan tu. 

Tapi walau korang dah dengar kedua-dua cerita, jangan sesekali jadi hakim nak mengadili itu ini. 

Dan pesanan untuk diri aku sendiri: jangan cuba nak perbetulkan keadaan nak kembalikan dua kawan tu agar berdamai. Dari niat korang baik nanti pergaduhan tu bertambah lebih teruk pulak kang. Hmmm..







...







Perkara paling buat telinga SUCK sekarang ni aka masa pasca BERSIH 3.0 ialah bila ada orang kuar statement cam Melayu dah nak jadi kapir sebab sorang Ambiga yang mahukan kebebasan agama dan seksual, pelajar universiti sekarang dah bodoh sebab orang suruh belajar tapi nak merusuh jer, hantar je perusuh yang melompat atas kereta polis, perusuh tumbuk wartawan (sedangkan wartawan tu sendiri ngaku kata polis yang buat), perusuh merugikan perniagaan bla bla bla.

Membuatkan kita nak tanya "Cam mana kau tau detail-detail ni semua? Ko kat sana tengok sendiri eh...?"

Dan dia menjawab "Tak ar. Aku tengok TV1, TV2, TV3 even Utusan Malaysia pun kata benda sama gak. PM masa kat Jelajah Program Janji ditepati pun kata benda sama gak. Malah PM kata pembangkang ni janji bukan main banyak before pilihanraya tapi tak dituruti pun, suka seks songsang, cakap merapu etc..."

Sambil dalam hati korang faham apa sebenarnya berlaku.












...









Imagine kalau korang gaduh ngan sorang ni. Dan semua kawan, family member dan orang-orang sekitar cuma dengar penjelasan dari orang tu dan kemudian mengadili ko as orang yang bersalah tanpa sedikitpun nak dengar penjelasan dari mulot korang sendiri? Hmmmm

No comments: