Friday, April 27, 2012

The Avengers: Not So Avenge

Habis solat Jumaat tadi aku terus gi The Spring naik motorsikal. Sampai kat parking, terkejut gak sebab parking motorsikal penuh even hari ni hari kerja. Sedangkan kalau hari yang sama minggu-minggu sebelum ni just sekadar 20 lebih je motosikal yang ada. Then naik ar gi cinema MBO so tau ar sebab apa parking penuh. Sebab kat MBO pun gila penuh gak ngan manusia yang sedang beratur. Sebab hari ni ialah hari pertama tayangan The Avengers di Malaysia. Wakaka.


Previous years bila kuar berita akan ada filem Avengers ngan idea memperkenalkan satu-satu watak penting dalam filem tersendiri then buat aku sangat tak sabar ar. The Hulk tak payah diperkenalkan lagi ar. Memang dah banyak sangat filem tentangnya. Iron Man kuar sekali memperkenalkan Black Widow. Captain America dan terakhir Thor. Dan dalam 3 filem tu jugak watak Nick Fury muncul memperkenalkan Avengers ni. Cuma Hawkeye jer yang tak ada filem sendiri sebab wataknya pun kureng famous sangat ar.

Kemudian bila cerita Avengers ni dah sah so time memperkenalkan pengarahnya pulak iaitu Joss Whedon buat aku yakin cerita ni pasti akan penuh ngan skrip gila-gila lawak ar. Sapa tak kenal Joss Whedon ngan cerita Buffy The Vampire Slayer, Angel dan Firefly tu kan? Aku sangat minat series Angel so aku tak sabar karya baru Joss Whedon versi filem pulak. So tahun demi tahun menunggu so filem ni kuar gak.

Setelah menonton filem ni then aku yakin semua akan setuju kata yang cerita ni best tapi macam ada something yang missing. Ia macam tak ada WOW factor untuk buat kita tergamam. Ia sekadar berjalan dari mula hingga tamat seperti yang dijangka. Tak ada part-part luar jangkaan or effect besar akan buat kita kata 'gila dasyat' etc.

Nick Fury pulak sepatutnya suppose to be white guys yang berambut dan beruban atas telinga dan lakonan Samuel L. Jackson tak memberi effect or perbezaan besar ngan watak-watak yang dia bawak pada filem-filem lain lakonannya.

Penjahat dalam filem ni pun rasanya tak bawak effect besar sangat pun walaupun kononnya ia nak menguasai dunia tapi Manhattan pun tak berjaya rasanya. Penjahatnya seems tak jahat or licik sangat. Semua plan jahat dia cam terang-terang dah kita tahu apa. Dan ulat besar terbang tu seems cam tengok transformers lagi ar. Hmmm..

Dan rasanya cukup susah untuk bagi watak-watak superhero besar punya peranan sama penting. Nak tak nak mesti gak ada sorang yang akan jadi lebih tumpuan, masa yang lebih panjang, peranan dia lebih penting, skrip dia lebih panjang bla bla bla. Dan dalam filem ni kornag pasti setuju watak tu diberikan kepada Iron Man. Hmmm..












Keseluruhannya filem ni tak lah fail tapi ia sekadar best tahap biasa-biasa jer. Tak ada special scene yang akan buat korang teringat-ingat sangat. Seems like lepas setengah jam keluar panggung korang dah lupa cerita ni. May be sebab too much lawak kot sehingga bab seriousnya cam hilang. Hmmm..











So heharapnya lepas ni DC akan buat filem Legion of Superheroes pulak.. huhuhu

4 comments:

Julian Jack Isyraq said...

aku suka review ni... jujur sama macam pendapat aku... aku tunggu gak2 wow factor api xde... sampai satu tahap aku terpikir, bila cerita ni nak habis... nasib baik ada scarlett sedap mata sikit.. heheh

Aj Abdullah said...

Kan? Duh, kecewa plak. Penantian lama yang tak berakhir dengan kepuasan. scarlett lawa tapi 'feel' nya cam kosong. Mungkin dia patut pakai baju getah, ketat dan berkilat kot baru berjaya.. wakaka

phat_lee said...

yang aku ingat sampai la ni pun masa The Hulk belasah Loki...

Aj Abdullah said...

yap, tetiba jer thor terpelanting dek hayunan hulk.. apakah... wakaka