Tuesday, April 17, 2012

Warna Warni

Tadi siang aku pi temankan bapak aku shopping beli cat rumah. Masuk satu kedai ni dia terus mintak pandangan aku. Aku suruh jer dia pilih mana yang dia suka plus sebab pilihan aku dan bapak aku biasanya bertentangan jauh ar dan bapak aku jenis keras kepala (duh, disitulah tumpahnya kuah ke aku ni gak) so no matter apa pandangan orang then pandangan dia sendiri gak ar dia layan. So first warna aku pilih coklat tua, dia reject. Second aku pilih kelabu gelap, pun dia reject so aku just blah.


Emak pernah bising kat aku bila each time raya aku mesti akan pilih baju warna orang tua-tua. Warna orang tua-tua bagi dia ialah warna yang kelam, muram dan suram aka warna kegemaran aku. Bagi emak aku pemilihan warna tu tak sesuai atas dua sebab: first) sebab ia tak sesuai ngan usia aku dan second) sebab ia tak sesuai dengan makna raya sebagai hari bergembira. Sebaliknya aku cam sedang berkabung plak. Hmmm..

Realitinya mostly semua baju aku punya skema warna dari kumpulan yang sama jer. Kalau tak hitam, kelabu, colat, biru tua. Pulang balik itu jer colornya. Dari t-shirt, cardigan, flannel, jubah, baju melayu, hoddie, semuanya cam tu je colornya. Bila ada baju warna ceria yang aku pakai then automatically badan aku akan menukarkannya jadi suram pulak. Hmmmm..

Tengok jer lah bukti terdekat: blog aku nih. Warnanya sangat hitam, kelam, muram dan suram kan? Kalau tak hitam then hitam then hitam balik. Bukannya aku tak pernah cuba tukar warna ceria tapi it seems like aku sedang berpura-pura oe sedang menjadi clown aka benda yang sendiri takut.



...




Psikologi kata setiap manusia ada warna mereka sendiri. Warna dalam erti kata warna apa yang mereka lihat melambangkan diri mereka sendiri. Dan aku pilih hitam. Aku pilih hitam bukan sebab hitam itu gaya, mutu dan ketunggulan tapi hitam itu mengambarkan aku.











Aku sedang berada dalam bayang hitam sewaktu malam kelam tanpa bulan. Cukup hitam.


















Btw korang mesti tanya color apa bapak aku pilih lastlynya kan? Oren terang. Huhuhuhu

2 comments:

xila riston said...

oren sama la pkcik!!!

Aj Abdullah said...

ooooh.. kenapa harus oren..!!!! tidak..!!!!