Wednesday, April 18, 2012

Paint & Brush

Korang pernah guna aplikasi Paint tak? Tak tahu? Kira cam nenek moyang photoshop ar. Or korang suka guna brush kat photoshop? Just in few click dah leh hasilkan design yang sangat cantik. Tapi realitinya orang yang menghasilkan 2 benda ni sangat tak berpijak di bumi yang nyata. Korang pernah cat rumah guna berus tak? Ia sangat annoying dan tak cantik langsung..!!!! Aaaarghh....!!!!


Aku mendefinisikan mengecat rumah sebagai satu perbuatan menghasilkan satu mural yang sangat besar tapi hanya menggunakan satu warna dan tak ada corak langsung yang terhasil. Plus ia tak ada perkaitan sedikitpun dengan aktiviti seni walaupun ia melibatkan berus dan warna. Sebaliknya ia sangat annoying and irritating bila cat tu terkena kulit then ia akan melekat dan susah nak ditanggalkan.

















Btw semalam bapak aku kata dia beli cat oren tapi lastly bila bukak rerupanya ia kuning but still terang. Ia warna kuning cam warna kuning BERSIH 2.0 cam tu. Mungkin disebalik hobi bapak aku menjadikan Utusan Malaysia sebagai bahan bacaan tetap dan TV1 sebagai bahan rujukan politik utamanya still jauh dalam hati dia cuba memperjuangkan BERSIH. Wakaka

5 comments:

MORIBAYU said...

masa me kecil dulu.
time raya,my mom selalu suruh me mengecat rumah.
bila me tanya pasal apa ? asyik me sahaja yg kena.

dia jawab ~ 'sebab kamu pandai melukis'.


lol

Aj Abdullah said...

Then buat dengan penuh kesenian yang abstrak sehingga mereka marah dan mempersoalkan.. dan waktu tu jawab ar "sapa suruh orang seni mengecat? kan dah jadi karya agung...!!"


wakaka

MORIBAYU said...

tak berani.
kan kene katok kepala dengan senduk.
( my mom mmg garang tahap jeneral jipun ).

tapi masa sekolah,me pernah cat dinding makmal sekolah.lepas itu,ada satu space kecil yg cikgu kata 'kat situ kamu boleh lukis apa yg kamu nak '.( kira macam tinggalkan tanda ingatan lah ).

terus me bantai lukis ;egyptian book of dead' kat situ..hahahaha

Aj Abdullah said...

Bestnya cikgu tu siap leh tinggalkan space khas untuk lukis lagi.. Egyptian Book Of Dead? Ganasnya..

MORIBAYU said...

aj~dan dilukis dalam makmal.
ahhhh tempat di mana filosofi keagamaan bertembung dengan teori sains.

cool kan !!