Aku baca buku. Aku tengok wayang. Aku melihat manusia berjalan.
Ketika dunia sedang bergerak laju, kau hanya berdiri statik di tengah-tengah kesibukkan manusia yang ramai tanpa ada sesiapa yang mahu peduli akan kewujudan kau. Sekuat mana kau cuba menjerit, suara kau hanya angin yang berlalu dingin di telinga mereka. Sepertinya kau bukan sebahagian dari alam semestar ini..
Kekadang aku ingin sendiri. Berbaring di atas padang rumput luas. Membiarkan masa berlalu tanpa aku perlu peduli sedikitpun tentang kewujudannya. Berbaring berlangitkan bintang malam.
Sendiri dan hilang itu berbeza. Sendiri itu apabila kau memilih untuk berehat dari kesibukkan dunia dan kembali bila kau dah bersedia. Hilang itu apabila kau dan dunia adalah 2 entiti yang berbeza.
Dah berminggu rasanya aku hilang. Tak siapa yang sedar dan tak siapa yang ambik peduli.
3 comments:
'keseorangan' datang ke rumah kamu.
menjadi teman..kala kamu rasa seorang.
cari balik diri yg hilang tu...
noob
Sunyi itu ialah tetamu yang datang tanpa pernah diundang dan tak akan pergi walau sehebat mana ia dihalau. Kerna ia ada dalam diri setiap manusia. Sama seperti 'keseorangan' yang hanya muncul kala kita rasa keseorangan..
thanks noob, akan dicari kehilangan itu
Post a Comment