Wednesday, April 11, 2012

Zombijaya: A Book Review

Bila kali terakhir korang beli buku Bahasa Melayu? Manga dan URTV (masih wujud lagi ke majalah ni?) tak termasuk ek. Kalau tak termasuk buku Indonesia diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu then buku Bahasa Melayu yang terakhir aku beli rasanya 3 tahun lepas masa DBP buat jualan gudang. Kalau tolak tu lagi rasanya zaman aku form 6 dulu kot iaitu 6 tahun lepas. Hmmm..


Novel Bahasa Melayu komersial yang sedia ada bagi aku mostlynya berkisarkan tentang satu issue je all the time: Cinta. Cinta. Cinta. Sama cam drama TV Melayu gak. Cinta. Cinta. Hantu. Cinta balik. Walaupun ada yang kata terdapat penulis yang berbeza cam Ramlie Awang Murshid tapi ceritanya agak 'terkawal' dan tak mampu mengalakkan otak aku untuk membentuk imaginasi apabila membaca.

Sejujornya aku nak membaca dan menyokong industri novel Bahasa Melayu kita. Im not a racist tapi Bahasa Melayu tu bahasa aku. Masalahnya novel Bahasa Melayu sedia ada agak konventional dan ia membosankan aku. Aku nak Malaysia ada Bentley Little, Neil Gaiman, Suzzane Collins etc dengan buku cam The Ignored, Neverwhere, The Hunger Game etc yang tak berkisarkan cinta. Tamat.


...


I still remember hari tu aku gi Kinokuniya KLCC few days after aku resign kerja kat Kuantan. Aku nak cari dan borong buku Bentley Little sebab bukunya tak ada kat Kuching so dengan harapan kat KL that book does exist. Unfortunately kat Kinokuniya pun cuma ada 3 naskah je lagi tinggal dan aku beli ketiga-tiganya. Kedian aku gi usha-usha kat bahagian novel Bahasa Melayu yang literallynya cuma ada beberapa puluh jer berbanding beratus or beribu buku-buku lain. Pelik kan kenapa kat mana-mana kedai buku besar, buku Bahasa Melayu mempunyai bilangan nak tak nak jer berbanding buku lain?

Dan aku terjumpa satu buku bertitle Zombijaya. Wow, Malaysia dah ada cerita Zombie sekarang. It either mereka salah letak buku omputeh kat rak buku Bahasa Melayu or sememangnya ia buku Bahasa Melayu sebab 'jaya' tak wujud in English word kot. Buku tu dibalut plastik so aku tak dapat baca dalamnya dan buat aku tak yakin duit yang aku guna untuk bayar beli buku tu berbaloi dengan nilainya. Waktu tu bulan 12 dan sekarang bulan 4 dan 3 hari lepas aku beli buku tu (disebabkan buku kedua The Hunger Gamen kat kedai buku tu dah habis).

Surprisingly Zombijaya tak mengecewakan aku. Walaupun it takes 3 day untuk menghabiskan buku tu tapi aku sangat happy baca Zombijaya. Jujornya 2 hari terawal aku just baca beberapa belas muka surat terawal jer sebab pengenalannya agak membosankan, mendatar dan tak ada isi penting sangat kot. Cuma lepas first zombie arise and zombie attack Klang Valley then it just take beberapa jam untuk aku baca sehingga ending tanpa boleh berhenti dari terus membaca sebab kita nak tahu will they survive or who will survive in the end.

Walaupun penulis: ADIB ZAINI cuba untuk menggunakan gaya bahasa rojak local yang rasanya akan buat pembaca lebih dekat dengan background Malaysia tapi dirosakkan bila most of the time bahasanya masih  lagi terkawal. Tapi still ia tak menganggu plot dan jalan cerita untuk terus menarik ar.

Dan aku tak suka bila ada gambar diletakkan dalam novel ni sebab rasanya ia akan memusnahkan imaginasi pembaca kot. Dan penulis rasanya tak berjaya menyindir Malaysian in certain wordsnya kot sebab some sindiriannya seems just diletak bulat-bulat cam tu jer. Sepatutnya untuk menghasilkan satu sindiran yang tajam, word harus bawak erti double meaning ar tapi susah gak sebab Modern Malaysian rasanya x kan faham kot.



Kenapa aku suka Zombijaya? It talks about sex walaupun tak secara detail dan terperinci. Ia tak berperikemanusiaan. Ia agak mendebarkan. Ia jenaka. Ia lucah. Ia mengajar kita tips untuk survive jika Malaysia benar-benar diserang oleh virus zombie dan lebih penting ia tak ada unsur cinta sekaligus tak ada happy ending. Hmmmm..
















Then korang tanya: kenapa tajuknya Zombiejaya? Sebab Malaysians tak pernah benar-benar bersatu sehingga zombie menyerang dan menjadikan tak kira bangsa, agama, pankat or usia manusia menjadi zombie dan bersatu menyerang manusia lain. Malaysian hanya akan bersatu bila mereka semua menjadi zombie.. wakaka




















So after this nak beli buku FIXI yang lain dan tak lupaThe Hunger Game punya second book. Hmmmm

No comments: