Kalau 10 tahun lalu kalau ada orang bertanya siapa idola korang then korang jawab Datuk Seri Dr. Mahathit Mohammad then pasti orang tu akan mengangguk setuju sambil mengakui bahawa idola korang sememangnya ialah negarawan yang hebat but kalau sekarang soalan yang sama ditanya dan kau masih lagi dengan jawapan yang sama then orang tu pasti akan tanya penuh keliru cam tak caya sambil kata "Seriously...?" Hmmmm..
Habis solat Jumaat hari ni tadi gi kedai buku kat Kuching but still lebih 3 minggu buku sequel The Hunger Game : Catching Fire masih tak sampai-sampai lagi. So tengok-tengok buku lain then ternampak buku atas ni: No More Bullshit by Kee Thuan Chye. Belek-belek cam best pulak so beli jer dan kemudian lepak kat Mc D sambil baca buku ni. Yap, memang tak menyesal beli.
Aku tak leh nak buat review lagi sebab aku baru baca separuh jer tapi disebabkan buku ni best so aku nak gak war-warkan pada semua. Walaupun buku ni secara zahirnya seperti buku politik dan mostly ia bercerita tentang politik, pilihanraya, parti itu ini tapi kalau korang baca betul-betul ia lebih dekat kepada buku cerita Malaysia untuk rakyat Malaysia yang korang so sure tak akan dapat dari Utusan Malaysia or berita mainstream kat TV.
Gaya bahasanya pun gaya bahasa yang mudah dengan tema yang santai. It seems like kita tengah dengar kawan kita membebel panjang dalam broken Malaysian Englishnya. Tapi isi yang dia nak share sangat besar dan akan meninggalkan kesan mendalam pada kita sebab situasinya memang berlaku disekitar kita sendiri.
Contoh cam issue The Star. Kalau korang pembaca newspaper The Star then mungkin korang perasan yang The Star tahun 2008 dan The Star sekarang adalah berbeza sangat. Bukan sahaja helaiannya semakin berkurang malah kandungannya sekali. Dulu aku suka baca kolum yang ditulis columnist/journalist bebas sebab issue yang ditulis sangat great and fair. Tapi sekarang baca The Star rasanya cam baca Utusan Malaysia versi BI pulak.. Hmmm..
Plus kalau korang terus membaca buku ni then akan wujud pola yang hadir dalam otak or mulut korang secara tak sengaja iaitu: what? really? laa no wonder.. Mungkin sebab gaya penulisan Kee Thuan Chye lebih kepada kejutan-fakta-jawapan. Tapi memang best ar. Aku banyak ketawa sesorang baca buku nih.
I do believe that it a great things kalau kita tak berterusan disuap dan dipaksa makan dengan satu fakta jer selama ni. Kita seharusnya diberi pilihan dengan fakta dari pihak lain juga. Sebab kita bukan manusia yang bodoh untuk menilai fakta mana adalah betul dan terbaik untuk kita. Sama macam kalau kita ada 2 orang kawan bergaduh so kita x leh nak dengar cerita dari 1 pihak jer. Sebab dengan dengar cerita 2-2 pihak then kita akan tahu di pihak mana kita perlu berdiri kelak.
Nampaknya buku ni ialah buku terakhir yang aku akan beli at least sehingga aku dapat kerja baru nanti. Disebabkan aku telah terambang mata dan membeli satu jersi bola yang sangat adorable so aku dah muflis sekarang.. Huhuhu
No comments:
Post a Comment