Pensyarah kelas Falsafah aku dulu suka berfalsafah dalam bentuk cerita. Salah satu ceritanya ialah tentang cermin mata pelangi. Dia kata bayangkan kalau satu dunia ni, setiap bayi yang lahir akan terus dipasangkan dengan cermin mata yang kantanya berwarna pelangi. Dan tak ada sesiapa pun yang pernah menanggalkan cermin mata tu since dari lahir sehingga mereka mati.
Jadi setiap manusia di dunia tu melihat semuanya dengan pandangan warna pelangi. Merah, jingga, kuning, hijau, biru, indigo, unggu. Mereka bahagia dan aman dengan apa yang mereka lihat.
Sehinggalah suatu hari secara tak sengaja, cermin mata kau patah dan baru sedar bahawa dunia ni sebenarnya tak berwarna pelangi seperti yang kau lihat sejak dari kecil lagi. Jadi macam mana kau nak bagitahu masyarakat dunia bahawa mereka perlu buka cermin mata tu untuk lihat dunia dari pandangan yang sebenar. Sedangkan mereka merasakan bahawa mereka dah cukup bahagia dengan kepalsuan tu. Dan semakin kau cuba bagitahu semua orang supaya buka cermin mata tu then semakin ramai yang kata kau dah gila, bodoh or idea kau mampu menganggu keselamatan dunia.
...
Aku kuarkan statement terbuka yang kata aku support BERSIH 3.0 so ada sorang kawan mempersoalkan kewajaran aku berbuat sedemikian. Dia kata lagi orang kerajaan dah kata yang pembangkang ni suka janji kosong, buat demonstrasi ni tak berfaedah dan menjadikan kita dipandang rendah, susah payah parents suroh belajar then tak kan nak jadi bodoh sampai tua (ikut kata pembangkang) bla bla bla
Buat aku berfikir: hei, bukan ke apa yang dia kata tu sama ngan apa yang TV kata, apa yang Utusan Malaysia kata, apa yang sebahagian dari masyarakat kita kata. Cam mana semuanya leh sama..? Mungkin apabila ramai orang kata benda yang sama jadi ia adalah benda yang benar or disebabkan mindset kita dah ditanamkan dengan perkara tu since dari nenek moyang kita dulu lagi. Lebih 50 tahun kita dah diajar sedemikian. Atok kita dah diajar benda tu, bapak kita dah diajar benda tu so kita pun akan mewarisi benda yang sama.
Dan apabila ada seorang bagi pandangan berbeza maka pandangan dia dianggap salah kerana ia tak sama dengan apa yang diajar kepada kita selama ni. Tapi bagaimana jika pandangannya betul? Mahukah kita keluar dari zon keselesaan kita? Hmmmm
No comments:
Post a Comment