Tuesday, April 3, 2012

Aaron ker, Haron ker, whatever

Aku tak faham apsal orang kita ni jadikan ia satu jenaka besar bila ada satu gambar ID sah-sah photoshop kata nama Aaron Aziz sebenar ialah Mat Haron Mustapha bin Mat Aziz Mustapha. Adakah nama Haron itu berbunyi terlalu lawak sebab ia sound cam Harun Salim Bachik or ia sound terlalu kekampungan untuk seorang Singaporean? So Nabi Allah Harun a.s tu pak lawak or kampung ker? Ce jawab..


So kalau korang ada nama cam Ibrahim then tukar la jadi Abraham, Daud jadi David, Musa jadi Moses, Ishak jadi Isaac, Yusof jadi Joseph etc supaya korang tak sound so kampung dan masa korang nak order STARBUCK nanti masa barista tu nak tanya nama korang untuk ditulis kat plastic cup tu dia tak kan ketawa terbahak-bahak ngan geng barista lain di saat korang kata nama korang ialah Yaakub.

So barista tu pun kata "Saya cadangkan better encik tukar nama jadi Jacob je. Yaakub ni sound cam klasik nasional-lah sangat. Cam tak sesuai je nak minum kopi STARBUCK. Kalau minum kopi tepi jalan memang tak kisah nama Yaakub, encik. Tapi sini lain. Ada kelas sikit.."

Korang pun dengan yakin bahawa kalau hidup kat bandar besar cam KL perlu ada nama omputeh. Kalau perempuan tu nama Rokiah, Jamilah or Salbiah mesti tukar jadi Rocky, Jammy or Sally. Kalau still nak kekalkan nama then kebarangkalian perempuan tu untuk alami kemurungan yang teruk akibat gelak ketawa orang ramai amatlah tinggi sebab nama tu seem layak untuk mak cik cleaner pejabat jer. Even mak cik cleaner sekarang pun nama dah jauh lebih advance. 

Kat FACEBOOK dah tukar nama jadi Jacob Black walaupun badan tak berketak manapun. Masuk gym beberapa hari dah yakin terus ambik gambar shirtless depan cermin. Betapa kuasa nama ni mampu beri keyakinan diri pada seseorang yeaa? Hmmmm..












So pengajaran di sini ialah kalau korang dah ada anak nanti jangan bagi nama dia kampung sangat. Biar letak nama sophistikated terus. Biar ada bunyik omputeh-omputeh sikit. Takut-takut nanti bila dia dah besar kelak, dah join rancangan realiti tetiba keluar gambar IC dia tertulis nama Siti Jamilah Binti Ahmad Sazali tapi commercial name kat TV kata Jennifer Sazzy. Tak ke jadi mangsa gelak besar dia nanti? Korang gak yang malu..


















Btw nama aku Aj. Stand for Naziruddin Abdullah.. Dah lama x makan biskut Yaakub da biskut Maria. Wakaka

2 comments:

gem said...

Dia tak malu kat nama Haron tu.
Masalahnya orang akan cop dia malu, pasal tukar nama.

Asal jumpa aje..."Aaron konon, nama mat Haron guna je lah, Haron. Tu pun nak malu..."

Tu yg dia sentap.

macam kau la...kalau org fitnah kau nama Jerambut. Mungkin kau tak kisah n tak malu. Tapi berbulu bila org sound kau "Nazir konon, pakai je la Jerambut tu. Tu pun nak malu...tak hormat yg kasi nama kat kau..."
ps: jangan cakap aku minat dia pulak. Ni just common sense je..

Aj Abdullah said...

tu ar susahnya mulot orang ni. nak dengar, salah. tak dengarpun salah gak.. then bila kita bagi komen, diaorang kata itu ini tapi bila kita tak bagi komen then mereka kata itu ini lain pulak..




btw kenapa mesti jerambut...? huhuhuhu