Wednesday, April 18, 2012

PTPTN & Galaxy Note

Sepanjang menonton cerita Rooftop Prince aku realize yang masyarakat Korea Selatan (merujuk kepada cerita) dari sekaya-kaya manusia sehingga ke mak cik yang jual ikan kat pasar basah menggunakan Samsung Galaxy Notes. Ia seolah-olah memberi satu tamparan yang maha dasyat kepada rakyat Malaysia terutama untok aku yang masih lagi menggunakan telefon kurang pintar yang kalau dicampak dari banggunan 38 tingkat still tak membawa apa-apa kerosakkan kepada handphone tu tapi memberi effect kerosakkan tenat kepada orang yang terkena balingan tu.


Bapak aku sangat tak suka pada issue memberi pendidikan tertier percuma kepada masyarakat. Yang aku heran apsal pulak dia tak menentang idea pendidikan percuma kepada sekolah rendah dan menenggah sekali? Adakah bapak aku menentang disebabkan oleh issue ini dibawa oleh pembangkang or disebabkan oleh statement Perdana Menteri menyatakan bahawa penghapusan PTPTN boleh menjadikan negara muflis?

Realitinya aku yakin bahawa bapak aku cukup bijak untuk tahu bahawa negara tak akan muflis disebabkan semata-mata oleh penghapusan PTPTN sahaja. Malah bapak aku x mungkin akan marah kepada idea untuk memberi pendidikan percuma kepada seluruh rakyat. Even aku terlebih yakin yang bapak aku akan lebih-lebih setuju kalau idea yang bulat-bulat sama dikeluarkan oleh kerajaan dan bukannya oleh pembangkang.


Dan aku sejujurnya setuju akan idea pendidikan percuma. Cuma idea penghapusan PTPTN mungkin bukan idea terbaek ar. Lebih baik jika PTPTN 'dibersihkan' dengan lebih sihat. Sebab aku pon orang yang berhutang gak. Aku berhutang RM19+++ tapi bila dah habis then perlu bayar RM22+++. Dan beberapa ribu tambahan tu ceritanya adalah kos pengurusan etc. Dan pelajar perlu start bayar 6 bulan selepas tamat pengajian (kalu tak silap). 

Masalahnya dengan banyak kelahiran universiti baru menghasilkan lambakan lepasan universiti, kolej universiti, kolej-kolej etc + pasaran kerja tak stabil + gaji siswazah yang tak seberapa tapi kos hidup pulak sentiasa meningkat then it quite hard laa. Even kalau korang menabung dari tadika pun rasanya jangan katakan cincin, hutang PTPTN pun tak mampu nak lepas.


Then korang pun kata "Ala, ko ada hutang PTPTN then sebab tu ar ko bersungguh sangat suroh PTPTN dihapuskan. So bila pembangkang menang then tak perlu ar ko nak bayar...!!!"


Then jawapan aku: Gosh, statement..!! Realitinya aku dah nak habis bayar pon. Tinggal around RM3+++ jer lagi. Kalau aku tak resign kerja lepas may be dah habis bayar pun sekarang..










...





Entah apsal aku sangat maniac pada Samsung Galaxy Notes. Mungkin sebab selalu sangat layan cerita Korea or pengaruh tengok orang terror melukis guna aplikasi kat Notes tu seems sangat best. Cuma masalahnya aku ni jenis pengguna gadget tahap extream plus pemalas. Aku punya handphone 2-3 hari beli selalunya dah mencium tar jalan sedangkan handphone pintar tu pulak skrinnya mudah pecah. Nak ganti kira cam beli baru jer. Batterinya pulak 2-3 jam dah perlu charge balik. Leceh.. Tapi aku nak jugak benda alah tu..

Realitinya aku boleh jer beli Notes tu. Gaji kerja terakhir aku leh guna untuk beli benda tu. Even aku ada gaji kerja sebelum tu lagi yang  leh beli gadjet serupa gak. Cuma masalahnya aku punya disiplin pengurusan kewangan yang teratur. Dalam masa sama aku sorang yang kuat berbelanja so aku letakkan amount tertentu untuk shopping dan satu tahap lagi as kritikal. So bila aku dah almost sampai tahap kritikal so that mean aku akan stop shopping. Sebab kalau aku teruskan then aku akan labelkan diri aku as muflis. Dan in next few week aku akan mungkin mencapai tahap tu.






So aku perlukan kerja. First untuk menyelesaikan PTPTN aku dan second untuk Galaxy Notes aku. Or kalau korang punya kewangan yang lebih dan korang nak try something baru or korang kenal orang cam tu then contact-contact laa aku yea. Just bagitau mereka yang Iam a bit cute, look young with Justin Bieber's hair.















Aku terlebih baca buku FIXI KELABU kot.. But I ll do anything for Galaxy Notes..

No comments: