Friday, March 2, 2012

Reason Sembahyang Jumaat

Aku ada 1 soalan yang berbunyi: Apakah sebab sebenar seseorang pergi ke masjid pada hari Jumaat?


a) Untuk merehatkan mata aka tidur
b) Untuk melihat seni reka dan struktur bangunan masjid
c) Untuk bertemu rakan sebaya di samping berkongsi maklumat terkini
d) Untuk mengenalpasti warna dan rekaan baju Melayu yang sesuai untuk raya nanti
e) Untuk mengisi masa lapang sebab masa rehat pada hari Jumaat sangat panjang












or aku rasa sebab utama orang pergi ke masjid pada hari Jumaat ialah sebab datok dia dulu pernah dan selalu pergi  masjid pada Hari Jumaat dan bapak dia pulak selalu suroh pergi masjid hari Jumaat masa kecik-kecik so dia pun perlu pergi masjid gak pada Hari Jumaat supaya dia boleh suroh anak cucu dia jugak untuk pergi ke masjid pada hari Jumaat sebagai satu rutin tipikal generasi lelaki Melayu dalam keluarga tu. Hmmm..


Sebab bagi aku most of orang yang pergi ke masjid hari Jumaat sebenarnya tak tahu kenapa dia perlu berbuat begitu.It seem ia dah ada dalam otak diaorang bahawa setiap kali Jumaat perlu pergi masjid sama cam dalam otak bebudak kecik dah set bahawa setiap hari Sabtu mesti tengok NTV7 start dari jam 7 malam sebab ada Shin Chan dan kemudian Doraemon.

Dibuktikan bila setiap minggu ada je jenis manusia yang datang then terus gi kat dinding or tiang-tiang dan tidur dan bila start sembahyang-mereka sembahyang dan balik or ada yang datang imam baca khutbah mereka tertoleh kiri kanan atas bawah tengok masjid, tengok orang lalu lalang jer or ada gak yang datang untuk berbual-bual luar masjid cam nothing happens inside masjid tu dan hanya masok bila dah nak sembahyang. Dan tak terkecuali mereka-mereka yang datang pada masa dah nak start sembahyang dan masa imam bagi salam then mereka terus blah. Pendek kata mereka ni jenis paling akhir datang dan paling awal balik. 

Jadi apa matlamat sembahyang Jumaat ni sebenarnya? Sekadar nak buang masa dan habiskan minyak kereta jer ker? Sama cam orang-orang yang berpuasa pada bulan Ramadhan tapi tak tahu sebab sebenar mereka perlu berpuasa. So as 1 bulan berakhir apa yang mereka dapat hanya lapar dan dahaga (dan kalau bernasib baik then berat badan bertambah) sahaja.. Rugi kan?













So apa jawapan korang? Please kata korang pilih D as jawapan.

No comments: