Aku biasanya bawak beg tak kira beg sandang, beg silang or box bag ke mana-mana aku pergi sebab mostly aku malas nak memenuhkan poket seluar or nak menyusahkan tangan untuk bawak banyak barang. Dan di dalam beg tu plak barang wajib yang akan akan ada ialah kamera-kamera aku (include condom) dan jugak sebijik novel. Hmmm.
1.
Setiap kali aku beli buku aku biasanya akan tak akan beli 1 buku sahaja. Sekurang-kurangnya aku akan beli 2 bijik buku dalam 1 masa. I dont know why. Dan selepas tamat baca buku pertama aku biasanya ada cooling period untuk menghadamkan kepuasan baca buku tu. Sebab kalau aku terus sambong buku kedua then kebiasaanya aku x akan habis baca buku tu. Hmmm..
2.
Aku x suka tulis nama or tarikh or what ever thing dalam novel yang aku beli. Bagi aku tindakan tu sangat cam menconteng keindahan buku tu. So mostly semua novel yang ada dalam bijik aku seem cam baru tanpa sebarang contengan or kerosakan kulit luar.
3.
Aku guna kaedah penanda buku untuk mark bahagian terakhir aku berhenti. Aku x suka certain orang yang suka melipat hujung kertas sebab ia merosakan buku tu jer. Dan dalam berpuluh-puluh buku dalam bilik aku tu accidentally korang akan terjumpa beberapa buku yang masih ada penanda buku pada muka surat tertentu that either mean buku tu membosankan or sangat membosankan. Yap, ada certain buku tu aku just berhenti di 10 muka surat terawal jer.
4.
Aku x suka pinjam novel orang. Kalau aku suka satu-satu novel tu then aku akan beli sendiri. Sebab bagi aku kepuasan novel ni bukan just pada membacanya jer tapi own it. Sebab kalau buku tu kita pinjam then kita terpaksa pulangkan bila dah habis baca. So kita x leh nak baca semula lagi next timenya tapi aku x ada habit baca buku 2nd time laa... Aku just baca buku tu sekali tu jer..
5.
Bagi aku menjadikan novel as a hadiah ialah satu tindakan yang sangat berani. Berani dalam ertikata: orang tu sangat gembira sebab novel tu ialah dari author yang dia minat or buku tu buku yang dia minat dan x ada di pasaran tempatan atau hadiah tu x dapat nak dihayati sebab dia dah ada koleksi buku tu or dia x suka genre buku tu or etc. Sebab aku pernah dapat buku as a hadiah. 1 buku tu novel Bahasa Melayu yang jalan ceritanya rapuh dan bahasanya lemah and 2nd buku motivasi. But still aku hargai buku tu.
6.
Aku x beli dan aku x baca buku motivasi. Sedangkan kem motivasi aku x percaya inikan plak motivasi datang dari buku. So bila aku dapat buku motivasi sebagai hadiah so it takes months aku peramkan buku tu before aku terdetik nak buka sehingga aku perasan rerupanya kat bahagian belakang tu ada ucapan yang ditulis leh si kawan ni untuk aku.
7.
Still novel terbaek bagi aku ialah The Ignored by Bentley little.
8.
Aku dah lama x beli novel Bahasa Melayu. Bertahun-tahun rasanya. Tapi kalau buku Indonesia yang diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu tu lain ar.
9.
Aku x suka idea voucher RM200 diberikan kepada pelajar kolej/universiti. Walaupun matlamat asal adalah sangat mulia tapi aku x pernah lagi terserempak ngan mana-mana student kat kedai buku guna voucher tu untok beli bahan bacaan ilmiah. Sebaliknya mereka just beli novel, komik, majalah etc. Kan lebih baik kalau peruntukan digunakan untok memperbanyakan cetakan buku or mengurangkan harga buku sedia ada or mengalakan penghasilan buku-buku tempatan. But still kalau aku student dan diberikan voucher tu aku akan beli benda yang sama gak. Hmmm..
10.
Aku rasa minat baca buku ni aku ambik dari bapak aku kot. Sebab bapak aku punya koleksi bukunya sendiri cam Bulan dan Juga Angin, Tengelamnya Kapal Van Der Wijck etc. Dan emak aku kurang gemar aku habiskan duit membeli buku.
Hmmm..
2 comments:
me suka beli buku,sebagai hadiah.
sebab itu tanda terbaik,bagaimana me kenal seseorang itu.Jika me tahu dan faham,apakah minat dan bidang kesukaan dia.Maka jika terima buku dari me.Maknanya orang itu,mmg dapat perhatian dari me..hohohooh
buku motivasi ?
err...apa itu ?
that y ar aku pernah nak bagi novel pada sorang girl ni tapi disebabkan x tau novel apa yang dia dah ada or dia nak so x jadi. Sebab bagi novel pada peminat novel ni cam bagi diamond ring pada girl.
btw aku ada tulis motivasi eh? typo kot
wakaka
Post a Comment