Waktu aku sekolah rendah dulu ada sorang girl ni, setiap kali subjek lukisan then most of classmate past akan mengerumuni meja dia. Semua atas 2 reason: First sebab lukisan dia cantik dan second sebab alatan melukis dia sangat luar biasa aka standard alat lukis budak sekolah rendah just bawak pensil warna saiz sederhana, crayon saiz kecik dan kalau lebih sikit ada ar water color picit tu. Realitinya sebab that girl ialah anak orang berada dan dia attend kelas melukis. Hmmm..
Waktu kat sekolah menengah plak, aku tak suka subjek lukisan atas 3 sebab: first sebab aku tak suka melukis atas tajuk yang aku terpaksa untuk buat. Second sebab kekawan lain suka 'mintak tolong' aku melukis untuk diaorang dan lastly sebab ramai orang yang suka tanya soalan sama berulang kali "Aj, ko mesti nak kerja jadi pelukis nanti kan...?". Buat aku jawab: Naa. Melukis just hobi dan ia bukan cita-cita aku. Hmmm..
Aku tak tahu entah apsal aku tak pernah terfikir nak jadikan bakat seni aku sebagai satu pekerjaan. Buktinya dalam beberapa kerja yang aku dah buat beberapa tahun kebelakangan ni, sikitpun ia tak melibatkan bakat aku. Sedikitpun aku tak perlu memperlihatkan 'seni' dalam diri aku. Aku hanya perlu punch in-bekerja-punch out- hujung bulan terima gaji. Even diaorang tak mintak aku jadi kreatif sikitpun (or in other wordnya mereka kata guna kreativiti sendiri tapi mereka tak akan benarkan kita buat things out of their SOP). They just want you to work. That it..
Dan pernah ada beberapa orang kawan yang kerja kat syarikat animasi or grafik design ajak aku kerja sekali ngan diaorang tapi aku tolak mentah-mentah. Aku sendiri tak tahu kenapa. Mungkin sebab aku tak pernah attend mana-mana kelas seni visual yang formal kot. Aku tak tahu pon apa bahan yang sebenar-benarnya aku patut guna untuk menghasilkan sesuatu karya. Aku just sekadar ambik sebatang pencil dan membuat garisan demi garisan di atas kertas putih jer.
Or mungkin sebab aku tak ada sijil untuk mengesahkan bahawa aku ada bakat. Sama seperti setiap kali aku berjumpa kawan-kawan yang punya diploma dan ijazah dalam bidang seni dari badan-badan besar yang berjaya menghasilkan pengkarya seni bernama besar. Juga setiap kali aku mendengar mereka bercerita tentang karya-karya mereka yang tergantung di galeri dan dibida dengan harga tinggi. Menjadikan aku tak pernah yakin bahawa bakat seni itu memang ada dalam diri.
Tapi bila fikir-fikir balik: aku ada Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Linguistik but still aku tak nak kerja dalam bidang bahasa gak. Membuatkan aku rasa: Otak aku yang tak betul kot. Hmmmm

2 comments:
jika kamu dilahirkan berbakat.
kamu tak perlukan kelas atau sijil.
kamu cuma perlu 'berkarya'.
entahlah, keyakinan diri tu saja yang tak ada kot. hmmmm
Post a Comment