Setiap kali aku berada di dalam masjid, aku pasti akan teringat akan dia. Aku tak tahu entah apsal ingatan pada dia pasti akan muncul setiap kali aku berada di situ. It seem tuhan mahu bagitahu aku sesuatu. Sesuatu yang aku pasti tapi aku tak berani untuk nyatakannya..
Kalau dia di tempat aku then pasti aku akan kata dengan penuh pasti bahawa aku sanggup berkongsi setiap penderitaan dia. Aku sanggup membawa sepenuhnya bebanan kesakitan dia. Aku akan sentiasa menjadi bahu setiap kali dia menanggis. Aku akan kekal hidup bahagia bersama ketidaksempurnaan dia. Dan aku akan terus bersama dia mengharungi semuanya selagi dia masih mahu bersama aku dan selagi tuhan mahu kami terus bersama.
Tapi kerana aku ialah aku lalu aku tak benarkan dia untuk berkongsi sedikitpun penderitaan aku, menanggung sebahagian kecilpun kesakitan aku, atau mengalirkan air mata walau setitikpun kerana aku. Apakan lagi hidup bersama ketidaksempurnaan aku.
Siapa yang tak mahu mencintai atau rasa dicintai? Siapa yang tak mahu memiliki or rasa dimiliki? Siapa yang mahu hidup mati tua menyendiri?
Apabila aku kata aku tak percaya pada cinta, aku cuba maksudkan yang cinta dia bukan untuk aku.
Mungkin cinta aku hanya untuk Dia yang Maha kekal abadi dan tak akan mati sahaja..Hmmm..
No comments:
Post a Comment