Monday, March 5, 2012

Duit & Kerajaan

Bapak aku kata bahawa gaji yang dia terima hari ni ialah dari duit Barisan Nasional. Sama gak ngan duit rakyat 1Malaysia sebanyak RM500 tu pun ialah duit Barisan Nasional. So bapak aku kata lagi yang pembangkang mana pernah bagi duit sesen pun pada dia selama ni. Hmmmm..


Buat aku terfikir rerupanya selama ni aku salah. Mati-mati aku fikir selama ni yang duit gaji pekerja kerajaan, duit rakyat 1 Malaysia, perbelanjaan sambutan merdeka dan lain-lain sambutan or even gaji-gaji menteri malah gaji perdana menteri pun adalah duit rakyat.












Sama gak cam pemikiran kata yang berhormat-yang berhormat ni berkuasa tapi sebenarnya kita aka rakyat lah yang jauh lebih berkuasa. Kalau mereka berkuasa sangat then x kan ar mereka nak merayu-rayu, mintak maaf, kempen sana sini suruh kita undi mereka.
















Mostly kita tak sedar bahawa kita sebenarnya punya kuasa. Hmmm

No comments: