Kalau korang nak tahu aku ni ialah seorang lelaki yang anti pada cupcake. Cupcake bagi aku ialah cam South Korean punya pop idol yang just cantik pada luaran ngan bling-bling dan warna terang-terang tapi realiti dalaman just biasa-biasa jer. So cupcake ni realitinya just sekadar satu makanan yang biasa-biasa tapi dipercantikan lebih-lebih pada topping dia jer.
Berbanding muffin plak rupanya tak lah cantik mana pun. Merekah. Hanggus. Color tak sekata. But once ia masuk dalam tekak korang then korang nak lagi dan lagi. Rasa kulit yang ranggup ngan isi kasar tapi lembut. Aku ingat lagi first time aku makan muffin yang sedap ialah masa universiti dulu: sewaktu aku attend kelas baking. Blueberry Muffins yang sedap tak terkata. So hari ni tadi tetiba nak bake muffin plak. Muffin resipi sendiri: Cadbury Muffins.
MUFFINS CABDURY
Bahan-bahannya:
1. Bahan kering:
140 gram gula kastor (or guna mana-mana gula pun tak kisah)
250 gram tepung naik sendiri
1 sudu teh soda bikarbonat
2. Bahan basah:
85 gram butter (panas-cair-sejukkan)
2 biji telur (ayak)
200 ml susu (or tengok adunan cam mana ar)
1 sudu teh vanila extract
garam untuk lemak
3. Perasa
Aku guna coklat cadbury. Potong saiz sederhana ar. Jangan besar sangat. Jangan kecil sangat. Sedang-sedang then ia akan mencair masa korang gigit. Huhuhu
Cara nak buat:
1. Cambur bahan kering sekali.
2. Meanwhile dalam bekas lain bahan basah dicampur sehingga sebati
3. Cambur bahan basah ngan bahan kering sehingga sebati. As aku kata tadi sesuaikan susu dengan kepekatan doh.
4. Masokkan ke dalam muffin tray. Kalau korang tak guna tray muffin then ia akan nama lain ar. Aku guna tray yang ada 6 lobang tu dan adunan aku hanya cukup untuk 4 lubang jer.
5. Baked dengan suhu yang tak tinggi sangat sehingga warnanya coklat dan merekah. Then makan panas-panas. Sedap wei..
Semoga berjaya
No comments:
Post a Comment