Teringat aku masa universiti dulu ada sorang pensyarah tanya soalan: adakah institusi sekolah berjaya bagi pandangan kamu as bekas pelajar. Then ada sorang girl ni tulis satu esei kata sekolah ialah tempat yang paling istimewa yang menjadikannya insan berjaya as that day.Buat aku terfikir 'Adakah dia hidup dalam fantasi sepenuhnya or it just me the only one yang bernasib malang berada dalam beberapa buah sekolah yang menjadikan aku seorang yang fail untuk tahu siapa aku sebenarnya..'
Penghujung utama sebuah institusi persekolahan ialah SPM. It seems apa yang kita belajar start dari darjah 1 dulu akhirnya akan menjurus sedikit demi sedikit kepada penghujungnya: SPM. So for most student SPM is everything yang harus diberi 100%. Kalau fail then it mean life pun dah tak guna. Tapi kalau lulus cemerlang then they will realise rerupanya ada lagi ujian demi ujian yang perlu mereka lalui. Hmmm..
..
Sejujornya aku dah tak ada mood nak belajar sangat start dari form 4. It seem aku dah bagi yang terbaek untuk PMR then aku realise duh ada lagi exam besar lepas ni and it suck. Waktu form 4 gak dah ada geng gila-gila yang buat math aku dari A terus jatuh ke C. Aku masih ingat lagi word dari cikgu BM aku kata yang aku quaranty akan fail paper dia aka in other wordsnya kalau fail BM SPM so x ada makna ar ambik SPM keseluruhan. Tu belom masuk kes ramai cikgu merajuk tak nak mengajar kelas kami. Duh...
But even tho aku tak belajar sungguh-sungguh still aku dapat keputusan yang better than orang yang belajar mati-mati dalam kelas dan terima hadiah demi hadiah the end of the year.
Sehinggalah pada pertengahan form 5 aku involve dalam 2 accident besar dan aku tak ke sekolah untuk lebih 2 bulan. Then kembali ke sekolah kurang 2 minggu before seat for first paper SPM. Dan aku realise yang aku perlu bangun semula dan kembali belajar. Tapi ia dah terlambat gak ar. But even tho tangan kanan aku retak dan semen (hmmm) hanya dibukak 4 hari before exam still aku dapat result kedua terbaek sekolah. Wakaka.. Ketawa orang belagak..
...
Sekolah ialah sebuah institusi yang menghasilkan dunia fatamorgana aka dunia palsu dengan kebahagiaan, keseronokan, kawan-kawan, cinta dan jika kalah dengan godaan tu then soryy to say ia akan buat kita terus hanyut. Dan buat mereka yang menjadikan sekolah hanya as tempat mendapat keputusan terbaek setiap tahun then sorry to say gak yang dunia luar tak ada dalam buku teks, sayang.
So for those yang dah ambik result SPM dan ia suck tahap gaban then trust me yang SPM is nothing. Ia hanya nasib baek kepada orang-orang yang belajar dan soalan yang keluar sama ngan apa yang mereka ingat jer. Nothing more than that. Sebab untuk lelaki yang berusia 27 tahun ni dah lihat betapa ramai yang terkandas dalam SPM sekarang dah jauh lebih berjaya dari aku yang belajar tinggi-tinggi ni.
Btw SPM yang aku maksudkan ni bukan program Selamat Pagi Malaysia ar.. Hmmm
2 comments:
I've been making a list of the things they don't teach you at school. They don't teach you how to love somebody. They don't teach you how to be famous. They don't teach you how to be rich or how to be poor. They don't teach you how to walk away from someone you don't love any longer. They don't teach you how to know what's going on in someone else's mind. They don't teach you what to say to someone who's dying. They don't teach you anything worth knowing.”
― Neil Gaiman, The Sandman, Vol. 9: The Kindly Ones
aku rasa kegagalan utama sekolah ialah ia tak berjaya membuatkan pelajar kenal siapa diri mereka sebenar.. btw pas ni nak cari buku neil gaiman tu plak.. wakaka
Post a Comment