Showing posts with label Singapore. Show all posts
Showing posts with label Singapore. Show all posts

Wednesday, September 5, 2012

Aku Bukan Cina Ar Wei...

Gosh, aku sangat-sangat malas recently nak update blog. Last month aku cuma upload berbelas post jer sekaligus pageviews aku agak menjunam jatuh. Bukannya aku x ada idea nak tulis tapi sangat x da mood nak on labtop, nak klik mouse dan tekan punat-punat pada keyboard. Mungkin sebab puasa kot menjadikan aku agak malas sikit nak buat dosa mengata benda pelik-pelik kot. Wakaka.


Aku seorang yang x suka judge people (walaupun tanpa sedar kekadang aku pon terbuat gak) as much as aku tak suka orang judge aku sebab mostly orang selalu akan ter-misjudge aku. Lupakan benda yang besar-besar ar, even benda yang kecik-kecik tentang aku pon leh di-misjudge-kan cam umor aku, asal aku or yang paling selalu: bangsa aku.

1.
Aku x kata aku muda sebab bagi aku 27 tu lebih dekat kepada 30 berbanding 20 tapi orang selalu kata umur aku still awal 20-an yang masih belajar kat kolej or universiti. Mungkin sebab perwatakkan aku yang ceria dan happy go lucky jer mereka nampak kot yang menjadikan aku cam muda. Even kekadang tu junior aku sekolah dulu bila jumpa mereka nampak sangat tua dan ada yang kata aku pulak junior mereka. Memang ar good partnya kita nampak muda tapi not so good partnya orang treat kita cam budak hingusan yang no nothing jer. Hmmm..


2.
Kalau orang tanya aku asal mana then aku suroh teka, memang tak ada satu pon tekaan mereka yang tepat selama ni. Mostly akan bagi pilihan paling banyak as Indonesia atau Sabah. Next mereka akan kata aku ialah orang Kedah, Perak dan ada sorang pensyarah zaman belajar aku dulu kata aku orang Singapura. Even kalau orang Sarawak tu di luar Sarawak pon mereka tak akan dapat teka aku ialah seorang Sarawakian. Hmmm..


3.
Aku anak yang paling hitam dalam adik beradik. Uda dan Angah memang dari kecik lagi orang dah kata as anak Cina. Even sampai besar Angah pakai tudung pun orang leh kata yang Angah ialah Muallaf. Disebabkan muka aku dan kulit aku berbeza dari adik beradik lain so aku x mengalami perkara tu sehingga zaman aku belajar kat UKM. It started bila budak-budak Melayu (mostly Pantai Timur) create a gap, orang tanya soalan pelik-pelik cam aku mix ker, apsal roomate Melayu etc sehingga ar beberapa episode bbudak Cina cakap Mandarin ngan aku then baru aku tau yang mereka fikir aku Cina.

Aku tak ar sampai kata: Wei, aku bangga jadi Melayu or aku malu ar orang kata aku Cina ker. Aku lebih kepada: Oooh okey, it not such a real big deal pon. Aku kekadang cuci berak pakai tisu pon kalau tak ada air kan..? Walaupun situasi tu berulang-ulang kali berlalu, aku just handle it ngan jenaka cam: tak peduli muka Cina ke, India ke, Melayu ke: kita kan Malaysians.










Cuma kekadang tu part yang tak best tu bila ada certain people ni mewujudkan double standard layanan based on ciri-ciri luaran tu. Contoh cam week before Ramadhan tempohari aku gi tengok wayang. Cerita tu hallnya dah bertukar tapi tak ada yang pihak management yang bagitau so al kisahnya aku termasuklah ke hall yang salah tu. Tengok dalam cerita lain then aku kuar dan kebetulan ada pekerja cinema tu kat situ. Belum sempat aku nak tanya terus dia sound aku ngan nada tinggi "Wei, apek, lu tara baca notis bawah kaa? bla bla bla.." 
 
So aku just jawab ngan spontan dalam dialek Melayu Sarawak ar yang aku tak tahu.Apa reaksi dia? Dia mintak maaf sebab fikir aku Cina. Buat aku terfikir kalau dia terus tak tahu yang aku ni Melayu then dia akan terus layan aku ngan kurang beradab ar sebaliknya sebab aku sama bangsa ngan dia then dia mintak maaf? Apakah...?













Tadi aku ke bandaraya Kuching naik motosikal. Perjalanan balik tu hujan agak lebat so aku bawak labtop terpaksa ar berhenti kat mana-mana tempat yang leh berlindung. Tak lama lepas tu ada motorcyclist sebijik lagi park gak dan masuk kat tempat aku tu. Dan aku pulak memang ada habit suka tegur orang yang aku x kenal so aku tegur ar then reaksi dia just senyum jer. It takes a while gak ar baru dia bukak mulot balik tegur aku ngan word "Lu bla bla bla..." sehingga bila aku balas balik dan dia tanya "Bukan Cina ker...?" Hmmmm...














Leh tak kalau kita layan semuaorang sama rata tanpa pedulikan cam mana luaran mereka? Hmmmm

Tuesday, February 21, 2012

Rumah Tinggal

Aku sekarang ni (pada masa aku tengah type post ni) tengah layan cerita Haunted Changi, sebuah filem bertemakan paranormal yang dibikin around 2011 di Singapura. Yap, Changi tu terletak di Singapore okey. Ia mengisahkan a group of teenagers yang merakam perjalanan pengembaraan paranormal mereka di Hospital lama Changi yang cukup terkenal serata Asia as a haunted place ar. Hmmm..


Kalau orang yang kenal aku pasti tahu bahawa aku ialah seorang lelaki yang penakot nak mampos tapi dalam masa sama aku suka mencabar sisi penakut aku tu. Contoh cam aku takut pada ketinggian so aku selalu cabar diri aku untok naik bangunan tinggi guna laluan yang merbahaya or aku takut pada paranormal stuff but aku leh jer pergi 'tempat-tempat' yang orang tak berani nak pergi sebab ramai yang kata tempat tu ada 'something'..

I dont know why aku suka cabar diri aku pada perkara cam tu. It seems kalau kita berada kat satu tempat asing then kita perlu sesat dulu untuk tahu tempat tu secara keseluruhan then kalau kita tak berani nak sesat then selamanya kita akan stuck di situ jer.


...


Aku suka pada rumah lama yang ditinggalkan terutama jenis rumah zaman British dulu-dulu disebabkan rekaan seni bina dia sangat vintage yang cool. Ada 1 tempat di Kuching ni namanya Jalan Bukit Hantu (dude, nama tempat pun dah bagitahu apa yang ada kat situ rite?) di mana zaman dulunya ia menempatkan rumah-rumah pekerja kerajaan tapi as time goes by ia dah ditinggalkan.

Pemandangannya sangat cantik. Just imagine kawasan berbukit bukau most permukaanya hanya pokok-pokok besar dan rumput permaidani (tak ada kawasan semak samun or lalang sangat) yang selang beberapa meter ada rumah-rumah lama tu secara berasingan. 

Most of the time aku mempersoalkan gak dalam diri apsal rumah-rumah tu masih cukup terjaga ngan dinding still ngan cat putih bersih, tak ada sampah sarap dan kawasan sekitar rumah tu terpelihara sangat sedangkan tak mungkin pihak pembandaran ada masa nak bersihkan sebab kawasan tu hutan dan tak didiami sesiapa.



...



Setiap kali aku masuk rumah tinggal ni then otak aku pasti terfikir: rumah ni mesti ada cerita sendiri aka it seem cam cuba nak bagitahu kita sesuatu (or at least otak aku je cuba nak buat-buat cerita). Mana taknya kekadang kalau masok satu rumah tu it seems like apsal pemilik rumah ni cam berebut sangat nak pindah ngan banyak lagi barang-barang berguna ditinggalkan or apsal satu bilik ni cam terbakar ngan kesan hitam asap memenuhi ruang bilik dan kat center tu ada meja kecil dan di atasnya ada bible?

Ada satu hari ni aku dan sorang kawan ni gi satu tempat ni ar. Kat tempat tu ada beberapa blok hostel dan satu blok tu dikosongkan. Siap setiap pintu masok each dorm dipaku ngan kayu palang. Even dari luar blok tu dah tulis besar-besar dilarang masok. Ada urban legend kata pernah ada student bunuh diri dari tingkat atas blok tu. Dan bila kami masok dan rasa goosebumps memang ada. Bila kuar dari tempat tu kami share kata kalau kami tak dengar cerita pelik-pelik orang tentang blok tu then mesti kami tak akan fikir dan takut kan?





Or otak kotor aku pun selalu fikir gak what if kalau ada 'sesuatu' yang ikut sekali aku balik nanti? Wakaka




















Teringat aku Malaysia pernah kuarkan filem tajok Misteri Istana Lama yang guna pendekatan paranormal ngan video cam amature then ada ar beberapa rakyat Malaysia ni marah-marah bagi komen kat satu blog ni "Kata cerita realiti, dalam filem tu ada yang mati tapi apsal mamat tu leh kuar tv plak tadi? Dasar penipu filem Melayu nih..!!"

Buat aku terfikir either rakyat Malaysia tersebut sangat BODOH or dia sangat-sangat BODOH...!!

Sunday, October 25, 2009

Mimpi indah

Petang tadi aku tido r then aku termimpi something. Satu mimpi. Cukop pasti ia bukan mimpi basah pasal x ada kesan ‘that liquid’ pada boxer aku. Tp ia still perlu berada pada tahap 18 SG sebab ia x sesuai untok tontonan kanak2 bawah umor. Sebelom aku terlebih cakap so back to cerita asal: apa yg aku mimpi?

Aku mengistiharkan diri aku dan sorang kawan ni as a couple. Selama ni in reality status kami just as kawan je r. x mungkin akan bertukar status. Tp dlm mimpi bila declare jer teros semua jadi terindah (duh aku memang x tahu ayat yg leh beritahu apa yg sebenarnya aku nak cakap skarang ni yg leh share apa otak aku nak bagitahu)..

Btw, apa moral dari mimpi ni: pendek kata, x semua apa yang berlaku dalam mimpi-mimpi yang indah perlu direalisasikan..


Kalau kawan ni tahu pasti dia akan ketawa. Who is she? Hmmm…

Sunday, September 28, 2008

Dolphin dan F1 di Singapore

Malam bukak TV9 layan 3 Hari 2 Malam edisi yg dirakamkn di Kampong Santubong (kpg aku r 2 pok cik). Bapak aku bbrapa kali wat cameo. Walupon rancangannyer 3 hari n 2 malam tapi reality rakaman berlangsung almost seminggu gak r. Wakaka. Ada satu part ni diaorg bwat lawatan naek boat gi pusing2 area sungai sekitar kampong. Tujuan nak tengok dolphin aka ikan lumba2. Mcm x pcaya jer bila masih ada lagi dolphin kat kawasan ni. Ingat masa kecik2 dulu selalu tengok dolphin lompat2 kat depan rumah nenek. Cam x pcaya jer yg ia masih belom pupos lagi.

Then layan TV2 tengok F1 berlitarkan Singapore. Dier punyer scenery sangat2 cantek. Plus x lupa bbrapa series of unfortunates events. Wakaka. Lucu plak