Wednesday, May 9, 2012

Apsal Kau Asyik Nanggis Je Haa?

Korang pasti pernah tengok drama, drama bersiri or filem di mana watak utama perempuannya menanggis sama ada disebabkan kekejaman emak dan kakak tiri, dibuli penjahat, dirogol bapak tiri, ditipu oleh kawan baik, kekasih curang ngan perempuan lain, or paling koman jadi mangsa keadaan. Bila si heroin tu mengalirkan air matanya buat ko rasa cam rasa sedih tu berpindah pada kau sehingga tanpa sedar air mata ko pun mengalir gak bak Niagara Falls.


Kemudian babak demi babak berlalu then korang mulai perasan yang si heroin ni kerja dia asyik nak menanggis jer sepanjang masa. Dari benda besar sehingga ke benda yang remeh temeh pun leh buat dia nanggis. Tengok matahari terbenam, dia nanggis. Dapat birthday card, dia nanggis. Lelaki yang dia suka bagitahu perasaan pada dia pun dia nanggis. Cuci pinggan mangkuk pun dia nanggis. Membuatkan korang mempersoalkan either kelenjar air mata dia ada masalah ker? 

Memang ar kali pertama tengok rasa sedih, kesian, terharu tapi bila setiap scene pasti nak nanggis jer then ia dah membencikan. Minah ni tak pandai berlakon aksi lain selain menanggis ker? Bawah mata dia dah merah kembang dah sebab menanggis jer all the time. Kalau dia nanggis guna air mata Eye Mo then rasanya dah kaya raya dah syarikat Eye Mo tu.















Tak dapat imagine kalau orang cam tu betul-betul wujud kat dunia realiti then apalah yang akan terjadi pada dia ek? Either dah lama kena pelempang or mata dia dah buta cam Kassim Selamat dah.. Hmmmm..

2 comments:

cloud 9 said...

MENANGGIS??

menangis la. satu G aje.

Aj Abdullah said...

Ek? wakaka.. aku memang fail bab ejaan sedangkan namanya pelajar linguistik tapi haramm. wakaka. plus tq atas teguran tu..