Friday, May 25, 2012

Epic Ending

Apa penamat yang korang refer kalau korang tengok movie, drama or baca novel? Adakah korang lebih suka pada happy ending di mana orang jahat menyesal or akan mendapat balasan setimpal, pasangan kekasih yang terhalang akhirnya bersatu dalam perkahwinan, segala masalah akan selesai bla bla bla atau korang lebih suka penamat yang berakhir dengan tragic atau ending yang tergantung.


 
Korang pasti tahu cerita Romeo & Juliet kan? Atau paling tidak kisah Qaisy dan Laila (or orang selalu guna Laila Majnun sedangkan majnun tu maknanya gila)? Apa pendapat korang tentang ending cerita tu? Adakah selayaknya kisah cinta agung tu berakhir dengan tragic di mana Romeo dan Juliet masing-masing mati manakala Qaisy mati dan Laila menjadi gila or in simple wordsnya: tak ada sesiapa yang dapat cinta sebenar pada sebuah kisah cinta yang dianggap suci tu.

Jika korang diberikan peluang untuk rewrite atau buat satu remake movie or play about it then adakah korang akan mengekalkan endingnya atau korang akan tukarkan ia kepada happy ending di mana perbezaan darjat antara si lelaki dan perempuan tu berakhir dengan perkahwinan dalam taman, penuh gelak ketawa, penjahat dihukum dengan hukuman setimpal dan paling penting both pasangan live happily ever after sama cam karya fairy tale yang lain?

Tapi jujor aku katakan yang kalau either cerita Romeo & Juliet atau Qaisy dan Laila berakhir dengan happy ending then ia tak akan diingati sebegini hebat seperti yang sepatutnya. Malah mungkin ia akan berakhir sebagai salah sebuah watak cartoon animasi dalam koleksi princesses Disney’s yang paling koman anak korang akan beli sebuah beg berwarna pink ngan muka watak tu kat depannya. Itu jer. Tapi disebabkan ia berakhir dengan tragic so ia diingati dengan lebih jelas dan lebih dekat kepada setiap sanubari manusia yang tahu kisah tu.


Menjadikan siapa boleh lupa pada saat Romeo datang kepada Juliet dan melihat kekasihnya terbaring kaku yang disangkakannya mati sehingga dia sendiri sanggup menelan racun dan mati bersama atau ketika Laila yang terlalu mencintai Qaisy dan apabila dapat berita kekasihnya mati dibunuh sehingga menjadikannya gila. Ia akan buat kita terdiam dan berfikir panjang about cinta







Cerita bersiri Korea Fashion Kings dah pun tamat dan ia berakhir dengan tragedy. Walaupun aku sesangat berharap mamat kaya yang spoil tu akan lose everything tapi the end sebaliknya berlaku. Orang kaya yang jahat bertambah kaya manakala orang miskin kekal miskin. Lebih dramatik bila hero mati sesorang kena tembak leh mamat kaya tu. So logicnya sebab tak ada sesiapa tahu hero ada kat sana so x akan ada sesapa yang akan tahu bahawa hero dah mati termasuk heroin. Dan mamat kaya spoil tu mungkin akan kahwen ngan heroin tu but still ia hanya akan dapat fizikal girl tu dan bukan perasaan dia sampai bila-bila. Ceeewah, ayat.








Mungkin it sound cam tak adil tapi aku rasa itu ialah ending yang terbaek untuk cerita tu. Hmmm..

No comments: