Thursday, May 31, 2012

Snow White vs Bella Swan

Kalau korang belum tengok Snow White & The Huntsman then aku nak bagi spoil tapi kalau korang dah tengok then aku nak korag fikir balik apa yang aku nak share dalam post ni. Cerita Twilight saga ada persamaan ngan Snow White & The Huntsman. Tak pasti sama ada ia kebetulan or ia dah dirancang tapi aku yakin sangat-sangat. Hmmmm..


Aku bukanlah penyokong or peminat setia Twilight saga sebab bagi aku pelakon dia tak kira si vampire or girl tu sangat berlakon cam kayu or lame or omputeh kata. Dah ar tu si werewolf tu pulak sekadar nak tayang body hot tu jer. Rasanya bab selebihnya nothing pun. But still aku tengok film pertama disebabkan die hard fan nya kata cerita tu best tapi kedian aku nyesal beli dvd pirate tu, second movie sebab aku terpaksa tengok kat wayang, dan last sekali sebab aku kerja kat wayang. 

So that how bila aku tengok cerita Snow White ni, aku terus dapat relate ngan Twilight. Berikut ialah scene-scene yang korang x caya then korang bandingkan ar:

1) Scene Snow White lari dari istana Evil Queen melalui kawasan kumbahan najis istana. Korang bandingkan ngan scene Bella Swan nak terjun dari tebing yang berhadapankan laut tu. Then korang akan terus automatic kata: hei, sama ar.

2) Scene Snow White lepas makan epal beracun tu dan terus mati dan bila dia dapat true kiss tu dia bangun balik. Masa tu mulot aku yang lepas ni terus je keluar word 'Vampire..' sebab otak aku teringat babak Bella Swan mati dan bangkit semula. Scene ni memang jelas ar.

3) Last but not least bab lakonan Kristen Stewart tak kira dalam Twilight or dalam Snow White both sangat lame dan tak ada emosi. Korang tak akan tahu sama ada dia sedih, happy, marah or what ever sebab mukanya all the time hanya mengeluarkan emosi yang sama jer. 































Buat aku yakin it either Bella Swan ialah kelahiran semula Snow White ataupun Snow White ialah nenek moyang kepada Bella Swan. Hmmmm..

4 comments:

sohoque said...

yang no 3 tu aku setuju. yg no 1 and no 2 kebetulan jer kot.. dan aku sungguh frust ngan si bella swan ni..

Aj Abdullah said...

Bab ketiga tu gak yang x leh blah ar kan? memang kristen stewart ni manusia yang x ada emosi ar.. wakaka

Muhammad said...

baru pi tgk.
aduhai...suku filem bermula,me dah keluar dah.Pi main lari-lari kat hallway.

lakonan snow white itu..lagi lurus dari kayu pembaris.

mmg filem terburuk untuk tahun ini.

Aj Abdullah said...

Cerita terburuk tahun ni? Then filem razak mohidin atau ahmad idham dan beberapa filem lain tu cam mana pulak? Hmmmmm....





wakaka