Apa yang buat korang annoyed tentang FACEBOOK selain dari certain orang yang suka like status korang tanpa sebab musabab sebenar? Bagi aku selain tengok mamat ambik gambar sendiri shirtless depan cermin ialah status yang disertakan dengan sign in kat tempat-tempat tertentu: cam lepak ngan kekawan sambil menikmati aroma kopi sebenar at STARBUCKS buat aku yakin yang orang tu mesti baru first time masok STARBUCKS or dia masih fikir bahawa STARBUCKS ialah tempat yang akan buat dia ada kelas tersendiri. Hampeh...
Or sama gak ngan orang suka upload status yang cuba memperlihatkan amal ibadah dia cam: tengah mendengar khutbah Jumaat. Best pulak issue minggu ni buat aku sah-sah yakin yang dia sebenarnya tak fokus pada khutbah sebab waktu tengah khutbah leh upload status or status cam: lauk berbuka puasa sunat hari ni biasa-biasa jer buat aku yakin yang dia nak menunjuk-nunjuk kat semua orang bahawa dia hari ni berpuasa sunat.
Mungkin ar ko sikit pun tak berniat nak menunjuk-nunjuk tapi dah disebabkan habit kau upload status setiap 5 minit sekali tapi once again korang pernah dengar tak wisdom word kata orang yang beriman yang buat amal ibadah diumpamakan kalau tangan kanan dia bersedekah sehingga tangan kiri yang cukup rapat tu sendiri tak dapat nak kesan. Noktah.
...
Rejab ialah bulan yang aku cukup tunggu-tunggu dalam satu tahun selepas Ramadhan. (after Rejab it will be Syaaban dan kemudian January. Wakaka) Ramadhan aku gambarkan sebagai satu bulan anugerah dari Allah yang cukup-cukup tak terhingga untuk umat-Nya berbuat amal ibadah sebab sepanjang tempoh 1 bulan tu pahala cukup mudah didapati buat mereka yang nak mencari. Then Rejab dan Syaaban pula ada hadiah sampingan still untuk mereka yang mahu mencari pahala tambahan.
Since dari zaman akhir sekolah menengah dulu lagi aku dah start berpuasa almost sebulan dalam Rejab. Kekadang aku teruskan dalam Syaaban dan sambung masuk sekali Ramadhan. Then persoalan yang sering muncul di mulot-mulot orang yang kekadang dari non Muslim or kekadang dari orang Musli sendiri ialah: Kenapa nak menyeksa diri lapar-lapar sedangkan puasa wajib hanya start masa Ramadhan jer.
Then keluar ar spekulasi kata: Aj sebenarnya nak diet ar tu sebab sah-sah perut dah cam perempuan mengandung 5 bulan dah. Walaupun realitinya puasa bulan Rejab leh buat aku kurang almost 10 kg berbanding puasa Ramadhan yang akan buat aku naik 10 kg tapi itu bukan sebabnya. Or mereka akan kata: Aj ada masalah kewangan ar sebab tu dia berpuasa aka nak jimat duit. Yap, duit memang leh jimat kalau berpuasa bulan Rejab sebab godaan jualan murah x ada tapi still ia bukan alasannya.
So waktu bekerja nga kekawan yang non Muslim then jawapan aku guna kaedah Merit-Dimerit. (kat sekolah form 6 aku dulu guna kaedah Merit-Dimerit ni dan ada kalangan pelajar yang sengaja buat baik dan berebur nak jumpa cikgu nak dapat merit. Duh, bagi aku ia cam buat baik bersebab jer). Aku kata ar yang aku ni bukannya a great Muslim yang leh senang dapat merit besar-besar for the Judgement Day nanti so apa yang aku leh buat ialah kumpol merit yang kecik-kecik sikit-sikit. Mostly mereka tak akan faham tapi what to do kalau mereka bukan the believer ar kan?
Dan kekadang tu lebih suck bila dapat soalan dari kekawan Muslim yang siap leh pujuk rayu suroh aku pecah poosa plak. So untuk kekawan cam ni jawapan aku biasanya 'Kalau aku buat benda berdosa then tak ada yang nak halang tapi bila aku buat benda baek then semua start nak protes pulak...'
So untuk mereka yang menyambut kedatangan Rejab so aku pun nak cherish sesama korang. Plus lupa plak satu ciri yang buat aku annoyed tentang FACEBOOK ialah si kaki instagram ni. Hmmmm
2 comments:
Slamat bulan rejab~ puasa sik?? Hihihh..
mesti ar... kitak tek..?
Post a Comment