Tuesday, May 15, 2012

Catching Fire: A Book Review

Semalam sepatutnya aku gi Mc D untuk melepaskan kerinduan pada foldover tapi disebabkan aku sampai 10:50 am so it still breakfast so aku gi bookstore kat shopping mall Tun Jugah belakang tu. Gi shelf demi shelf tengok-tengok buku dengan harapan tak akan jumpa buku best sebab budget dah lari sikit tapi entah apsal mata aku terjumpa satu buku yang dah lebih 2 bulan tak ada stock kat mana-mana kedai buku di Sarawak: Catching Fire aka sequel The Hunger Game. Itu pun bukunya hanya sebijik jer so aku beli ar.


Kalau The Hunger Game ialah sebuah buku yang wajib baca bagi aku then sama gak ngan sequelnya nih. Memang ar kalau dari segi effect paling besar ialah pada buku pertama disebabkan kekejaman permainan Hunger Game tu tapi buku kedua punya kelebihan sendiri. We know yang there nothing happens to Capitol dan Capitol cam ada plan jahat pada Katniss sebab memberontakan pada District-Disctict lain pada ending buku pertama. Then ia membuatkan kita nak tahu apa berlaku seterusnya.

So ia terjawab pada buku kedua. Buku kedua bagi aku ia lebih berbentuk politik to these world ngan President Snow, penduduk Panem, Quarter Quell etc. Sinopsis pendek buku ni yang aku leh bagitau ialah cam mana President Snow nak menghapuskan Katniss yang dianggap sebagai individu yang mampu membakar semangat pemberontakan 11 District untuk menentang kekejaman pemerintah Panem include Hunger Game tu sendiri.


Betapa bestnya cerita ni dapat aku gambarkan ngan: aku plan nak baca buku ni slow-slow sebab aku x ada duit nak beli buku terakhir tapi it just takes beberapa jam jer untuk aku tamatkan keseluruhan buku tu. Menjadikan aku nak beli buku terakhir tu esok.. Wakaka..


...


In other sidenya buku ni in real world memberi inspirasi untuk kita bangkit menentang kekejaman pemerintah. Buku ni diceritakan dalam bentuk metafora Katniss, Peeta, Hunger Game, President Snow, Panem, District yang sebenarnya mengambarkan kita as an individual, orang sekitar kita, politik, pemimpin, kerajaan dan institusi negara itu sendiri.

Selama ni kita dibesar dan dimomokkan dengan propaganda dan gambaran-gambaran oleh pemimpin melalui media massa tentang isu itu ini untuk mewujudkan culture of fear dalam masyarakat. Pemimpin hanya mahu kita berfikir ikut telunjuk mereka dengan idealogi cam semua demonstrasi itu tak membawa kebaikkan, berdebat budaya barat etc tanpa memberi kita peluang untuk berfikir sendiri either statement tu betul or sebaliknya.

Lebih suck bila kita tahu kita ditindas tapi kita rela tanpa nak bertindak apa-apa sebab propaganda tu semua.



Aku nak gambarkan kalau Hunger Game tu diadaptasi ke dunia sebenar then ia akan jadi cam Kuala Lumpur ialah Panem dan setiap negeri ialah District. Setiap tahun setiap negeri wajib menghantar 2 orang teens as a tribute untuk bermain permainan Hunger Game di mana dalam 24 orang wakil paksa rela tu akan berbunuhan sesama sendiri sehingga the end sorang akan jadi juara. Dan lebih suck bila Panem sebuah kerajaan yang kaya dan kuat menjadikannya satu event yang wajib diraikan dan ditontonkan secara live kepada seluruh District semata-mata untuk mewujudkan culture of fear tu. Dan tak ada sesiapa yang memberontak sebab mereka takut sehingga menjadikan mereka redha jer.





















Teringat pada buku sejarah zaman sekolah dulu cam mana zaman before merdeka, bahan yang menjadi pencetus rasa pemberontakan menentang penjajah ialah surat khabar yang dalamnya ada cerpen cinta dan puisi-puisi yang tak ada menulis word langsung tentang idea nasionalisma tapi still maknanya mampu difahami. Sama cam buku ni gak. Ia mewujudkan kesedaran secara tak langsung.

2 comments:

Syukri Mohtar said...

nice review..dah beli box set hunger games tapi tak bace lagi..murah kalau beli boxed set. =)

Aj Abdullah said...

Dulu tak terfikir pulak yang bukunya best so try satu dulu tapi kemudian ketagih pulak.. btw satu set tu berapa hargannya..?