Monday, May 14, 2012

Tanah Kubor lah Sangat

Korang tengok tak rancangan Tanah Kubor kat ASTRO OASIS? Pernah tak korang mempersoalkan 'Apsal orang kat kampung tu semuanya bermasalah masa nak kena kuborkan? Diaorang tu tak pernah tengok dan belajar ker dari pengalaman masa kat kubor tu? Ni x, asyik-asyik bila nak kubor then ada jer problem pok cik lakonan Naser Bilal Khan ngan anak dia nak handle...' Hmmmm..


Parents aku sangat suka tengok drama tu. Aku selalu dengar dari dalam bilik aku, suara mereka akan kata 'Haa, patutlah kena balasan cam tu' or 'Baru padan muka, buat lagi benda tu masa hidup, kan dah kena...' etc. Sedangkan kalau aku tengok sendiri drama tu ia akan buat aku ketawa sesorang sebab rasa cam tengok series Indonesia Mak Lampir jer.. Lawak

Teringat masa sekolah menengah dulu-dulu era majalah Mastika bukan main laris lagi dikalangan pelajar. Tau-tau je lah yang Mastika ni bahan ceritanya bukan main mistik tahap gaban lagi ar. Bukan jer pokok berhantu, jelmaan itu ini malah sampai cerita UFO lagi ar. So satu hari ni lepas solat Jumaat ada ar sorang orang kampung ni ninggal so ramai gak gi sana. Dan kebanyakkanya budak sekolah yang dudok asrama ar. 

Tanah kampung kami jenis pasir dan berpaya so kalau gali kubor then memang berair lah tapi bebudak asrama tu akibat terlalu banyak sangat membaca Mastika leh ngan senang berbisik sesama mereka kata 'Entah apa amalan orang meninggal ni sampai kubornya penuh air'. Haaa.. itulah akibat suka sangat baca buku Mastika. Buku ilmu cam Geography tak nak baca.. Kan dah dapat sijil TOLOL secara percuma..















Aku rasa most of orang yang tengok cerita Tanah Kubor tu mostlynya cuma nak tahu apa balasan orang tu masa kena kubor jer daripada belajar untuk jadi someone yang lebih baik sebelum menonton episode tu. 










Teringat satu malam aku layan drama tu ngan anak buah aku so aku kata: lepas ni pasti mamat tu mati dan kemudian memang mamat tu tergelincir depan rumah dan mati so anak buah umor 6 tahun tu pun tanya "Cam ne Usu leh tahu...?" Duh. Setiap episode jalan ceritanya sama jer. Cam cerita ultraman: lawan-lampu merah-charge power-lawan balik- ultramen menang. Yang peliknya apsal setiap episode bandar Tokyo cepat jer membangun balik..?

No comments: