Saturday, May 26, 2012

Apa Punya Nama Daa..

Orang Melayu zaman dulu-dulu bagi nama based on benda yang mereka lihat pada persekitaran mereka. Contohya cam Mawar, Melur, Bulan etc yang memperlihatkan kecantikkan alam ditukar kepada nama milik manusia. Cuma kekadang aku heran gak sebab bukan semua benda cantik yang mereka namakan kepada anak mereka cam Lesung, Kemenyan (cam dalam cerita Musang Berjanggut), Siput, Bawang Merah etc yang rasionalnya boleh dipersoalkan. Dah x ada nama lain lagi ke nak bagi..?


Terfikir mungkin si emak or bapak tu dulu suka makan bawang merah so bila anak lahir terus kasi nama tu or mungkin tengah tak tahu nama apa nak bagi then tengok ada sekor siput then terus bagi nama anak Siput. Or may be zaman dulu pun ada sistem cam e-mail zaman sekarang yang tak benarkan ada 2 nama yang sama or duplicate nama so terpaksa susah payah nak carik nama lain lagi. Tapi si anak x malu ke bila orang panggil di Siput or Bawang masa kecik? Duh lupa sebab yang lain pun nama pasti x jauh beza gak.

Kedian bila pengaruh Islam datang then rasanya ramai yang convert dan tukar nama ikut nama Arab pulak cam Aisyah, Hussain, Muhammad etc yang rasanya mulai sedar bahawa nama tu bukan sekadar nama tapi sebaliknya ia juga membawa makna tersendiri di sebaliknya..

Next bila pengaruh barat mulai datang so reramai gak ar orang Melayu yang try nak masukkan nama anak yang ada bunyik mat salleh sikit cam Aaron, Danny, Suzanne, Julia (nama jiran depan rumah aku) etc. Mungkin bagi tipikal Melayu then ia agak an big issue ar bagi aku it not such a big deal pun.







...







Semalam aku terbaca satu surat jemputan bapak aku ni. Kawan aku satu kampung akan buat majlis kesyukuran atas baby sulung dia. Kat surat tu tertulis nama baby dia. Reaksi aku: First: aku tak tahu ia adalah nama manusia. Second: aku tak tahu ia dalam bahasa apa? Sebab ia totally bukan Melayu, Arab or English name. Ia lebih cam Ibrani or Germany yang susah nak disebut dan susah nak tahu maknanya.

Kedian lama-lama aku perhatikan nama emak, bapak dan grandparents dia then aku yakin bahawa ia adalah gabungan nama mereka semua tu. Pelik tapi itulah manusia.

4 comments:

Ain Zulaikha said...

nama saya Beriani Gamelan. boleh jadi nama?

Aj Abdullah said...

Woooow.. mesti parents suka makan beriani sambil dengar muzik gamelan kan? kreatif gile ar.. huhuhu

haryzkhairuddin said...

ada 2 org kawan aku, sorang nama dia gabungan nama mak bapak dia.. kira ok lagi. lagi sorang tu gabungan mak + makcik dia + nama bulan. malangnya beliau sorang lelaki. try to imagine.. haha. ;p

Aj Abdullah said...

Oooh itu telah menimbulkan rasa ingin tahu yang mampu membunuh seekor kucing. Bagitau nama tu please. x dapat nak imagine ni dah wei...