Aku dah habis baca buku Mockingjay aka Trilogi terakhir The Hunger Game last two day. Aku malas nak buat review once aku tamat membaca sebab bagi aku buku ketiga ni agak mengecewakan sikit ar. Biasa ar bila satu benda yang terlalu banyak sequel cam series Smallville, Lost, Heroes, Gilmore Girl yang semakin ada season tambahan then ia akan jadi mengarut tak tentu pasal. Hmmmm..
Mengecewakan bagi aku sebab bila ia masuk bab peleraian ia jadi cam sangat berebut. Just imagine ia ada 3 buah buku so kira analoginya buku satu ialah pengenalan, buku dua pula as klimaks utama so buku ketiga seharusnya peleraian tapi yang berlakunya pula pada buku ketiga berlaku pengenalan baru, klimaks baru dan peleraian or penutup keseluruhan 3 buku jadi just beberapa muka surat jer.
Aku rasa cam saat Rebellion serang Panem, Prim terbunuh, President Snow kena tangkap cam berlaku sangat pantas. Sememangnya ia diterangkan dalam kurang 10 muka surat jer. Buat aku fikir: gosh, what happen sebab tetiba jer Katniss dah berada balik kat District 12 dan cerita tamat. Sedangkan kalau keseluruhan buku ketiga lebih difokuskan tentang part tu pasti lebih best. Lebih banyak emosi yang leh di share kepada pembaca.
Tapi still ada beberapa part yang berlaku dalam Mockingjay yang bagi aku sangat leh bring big effect ar cam bila part Peeta tak ingat perasaan cinta dan sangat-sangat yakin bahawa Katniss adalah orang jahat buat aku tersentap few minit gak ar. Terus buat aku imagine muka Jennifer Lawrence nanggis tengok muka Josh Hutcherson yang kurus menderita diseksa kat tahanan Panem.
Second masa scene Panem dah ditawan so President Coin tanya group of victor yang tertinggal sama ada mereka setuju untuk diadakan The Hunger Game yang melibatkan kanak-kanak Panem untuk balas dendam terhadapa kanak-kanak District yang jadi mangsa sepanjang 75 tahun lepas. Dan paling mengejutkan bila jawapan Katniss ialah dia setuju. Part ni sangat-sangat buat aku terkesima dan menyumpah seranah sebab ia dah masuk beberapa helai terakhir jer. Ia sepatutnya panjang lagi ar.
Dan part terakhir ialah perengan kedua terakhir sebelum epilog di mana Peeta tanya satu soalan romantis pada Katniss. Hohoho
Cerita ni menjadikan aku tak sabar nak menunggu pilihanraya Malaysia yangjust around the corner sekarang ni. Aku nak tengok apa yang first akan berlaku setelah parti yang selama ni kalah dan sering ditindas then menang dan menguasai kerajaan yang sedia ada. Adakah apa yang berlaku pada Katniss dalam Mockingjay juga akan berlaku pada politik Malaysia? No body know.
Tapi sememangnya buku ni cukup provokatif ar. Wajib baca.
No comments:
Post a Comment