Sewaktu aku lahir ke dunia, seorang datok dan both nenek aku dah kembali kembali kepada Penciptanya. Before aku sempat tadika, satu-satunya atok aku yang tinggal pula pergi. Menjadikan aku satu-satunya dalam adik beradik aku yang tak pernah berkesempatan menerima kasih sayang datok dan nenek. Hmmm..
Semasa sembahyang Jumaat tadi terserempak beberapa orang lelaki tua bawak budak kecik. Tak mungkin ar itu anak dia ar kan? So aku assume itu pasti cucu dia. Dia dah bersara dari kerja govern dan menghabiskan usia tua dengan isteri di kampung bersama cucu-cucu mereka. So pada petang-petang hari si cucu akan duduk-duduk ngan opah or atok dia kat pangkin bawah pokok rendang kat depan rumah tu. Kekadang si opah akan melurut daun kelapa untuk dibuat penyapu or si atok just sekadar rehat-rehat dan bercerita kepada si cucu tentang pengalaman zaman mudanya dulu.
Because that how aku imagine watak seorang atok or opah yang sepatutnya dan kalau opah dan atok aku masih ada then ia akan berlaku cam tu. Sebab kalau tengok anak-anak buah aku yang sangat bertuah sebab punya emak dan bapak aku as datok dan nenek mereka. Yang menjadi tempat bermanja dikala emak mereka marah or bising.
Aku terfikir: kan best kalau benda yang sama boleh berlaku pada waktu aku masih kecil dulu. Setiap kali parents aku marah or waktu aku tengah sedih or marah or down then aku akan berlari ke rumah atok dan opah, peluk mereka, menanggis dan tidur kat pangkuan mereka ketika mereka sedang sibuk memujuk aku.
Ada masanya imaginasi sememangnya harus kekal menjadi imaginasi. Dan setiap apa yang berlaku punya sebab untuk ia berlaku.
Al Fatihah untuk ke-empat-empat atok dan opah yang aku x pernah sempat untuk kenal. Hmmmm..
No comments:
Post a Comment