Thursday, May 10, 2012

Budak Kampung. Budak Bandar

Korang pernah tengok animasi Budak Kampung/Kampung Boy oleh Dato Lat kat ASTRO? Gosh, ia totally mengecewakan kalau nak dibandingkan ngan versi novel grafiknya kan? Ia seolah-olah tak mengambarkan budak kampung yang sebenarnya. Plus sebab dulu bapak kami ada beli semua koleksi novel graphic nya cuma as time goes by, kami selalu berpindah then buku tu dah hilang entah ke mana but still aku dah tebus balik ngan beli untuk buat koleksi aku sendiri. 


Sewaktu kami sekeluarga baru pindah ke Kampung Santubong aka rumah aku sekarang ni sekitar tahun 1996 dulu, budak kat sekolah panggil aku as budak bandar antaranya sebab aku tak buat apa yang mereka buat dan perbendaharaan kata aku dalam Dialek Melayu Sarawak waktu tu adalah sangat terhad sehingga beberapa part they always make fun of me. 

Mana taknya aku ialah anak polis yang hidup secara nomad aka berpindah randah, bersekolah kat tempat yang majoriti bukan Melayu so kawan banyaknya Cina dan pribumi Sarawak, emak pulak orang Johor dan walaupun bapak orang Sarawak tapi as a marine police dia selalu outstation, kawan anak-anak polis kat Flat Polis mostly pribumi Sarawak cam Iban, Melanau, Bidayuh etc.

Jadi bila pindah ke sekolah dan kejiranan yang totally Melayu plus kampung then ia menjadi pengalaman baru. Bukannya ia bermakna aku tak pernah balik kampung before ni, memang pernah tapi jarang ar. Aku masih ingat waktu darjah 6 geng-geng sekelas ajar aku satu word ni dan aku selalu sebut sehingga depan arwah nenek saudara aku dan buat dia terkejut. Rerupanya word aku cakap tu ialah benda lucah. Cilanat punya kawan. Hmmm..



...



Tapi as time goes by aku belajar tempat lain then gelaran yang diberikan kepada aku bertukar. Aku dah tak jadi budak bandar lagi sebaliknya jadi budak kampung. Tapi sejujornya aku lebih refer digelar as a budak kampung daripada budak bandar sebab banyak benda yang budak bandar tak akan dapat belajar or lihat sendiri benda yang ada kat bandar refer than kampung. Boleh ke korang experience bila bukak tingkap rumah then benda pertama yang korang lihat ialah group of dolphin liar yang melompat-lompat atas permukaan air kat sungai belakang rumah or korang pernah makan berry liar yang tumboh kat belukar tepi rumah korang? 

















So bila ada orang bandar rujuk as sorang mamat kampung tu berfikiran so kampung then it okey laa kan sebab dah nama pun dudok kampung api kalau orang bandar berfikiran kampung laa sangat then ia agak simpati. Sama cam belajar tinggi-tinggi tapi berfikir sama cam budak sekolah rendah. Simpati kan?

4 comments:

farah hanim said...

tp kdg2 sonok gak orang gelar budak bandar.hahaa
selalu je kawan perli macam tu
pastu kalau cakap pasal benda kmpung skit,mula ternganga sebab tak penh involve dlm bnda2 cmtu

:D

Shafika Syuhada Rosli said...

awesome !!! ada dolphin.. :D

hey.. i'm budak kampung too . tp so sad, bukak tingkap nampak makcik depan rumah cuci longkang . no dolphin . hee~~

CCP: kembali noob~

Aj Abdullah said...

Farah Hanim kan? Mereka hanya rasa apa yang ditonton kat tv tu ialah life kampung tapi kalau sendiri alami then ia akan jadi pengalaman yang sangat berharga

Shafika, zaman kecik-kecik dulu laa sekarang dolfin dah tak muncul cam dulu lagi. even banyak lagi benda best kat kampung walaupun bukak tingkap cuma ada longkang tapi pengalaman tu x sama ngan budak bandar r kan?

hana szied said...

im agree ! budak kampung lagi oke dari bandar...

hehe cumenye, jgn jadi pemikiran orang kampung sudey.. hee :D

gudluck !