Jujor aku katakan bahawa malam tadi tanpa aku sedar air mata lelaki aku mengalir. Ianya kerana aku melihat satu ciptaan tuhan yang cukup cantik iaitu bulan. Ianya cukup besar dan warnanya cukup kuning. Aku tak pernah melihat bulan sebesar tu or sekuning tu sebelum ni. Ianya cukup cantik dan memakuku untuk kekal berdiri sepanjang malam. Seolahnya aku ialah seorang pemuja bulan.
Entah apsal ia terus membuatkan aku teringat akan kau. Teringat akan cerita dan janji kosong kau tentang aku, kau dan malam. Ia benar-benar membuaikan aku ketika itu. Dan ia telah berjaya membuatkan aku hanyut. Sehingga tanpa aku sedar, kau juga telah menguasai alam mimpiku malam tadi.
Kau memujaku sepertinya aku ialah bulan. Bagimu kecantikkanku hanya datang ketika malam.
No comments:
Post a Comment