Thursday, May 3, 2012

Mimpi Membunuh Orang

Pernah tak masa korang tengah tidur suddenly ada sms datang dan tangan ko dengan spontannya terus grab handphone tu, baca dan balas. Then kau sambung balik tidur. Setelah beberapa jam bangun dan kau jalani kehidupan seperti biasa sehingga kau terima call dari kawan kau tanya apsal kau masih tak datang lagi. So kau tanya datang mana? So kawan kau kata ar yang kau dah janji nak lepak sekali semalam. Kau langsung tak faham. So ko semak inbox sms tak ada pulak apa-apa mesej dari kawan tu tapi bila check report memang ada mesej yang kau hantar. Dan kau mati-mati tak ingat bila ia berlaku.


Or before kau tidur kau yakin beberapa kerja kau dah siapkan dengan sempurna tapi bila kau dah bangun kau realize yang kerja tu jangan kata dah siap tapi tak tersentuh sikit pun lagi. Buat kau sangat hairan cam ada orang yang dah sabotaj ko je.







Or bila kau bangun dari tidur kau perasan yang tangan kau berlumuran darah dan kau menoleh di sebelah kau ada sekujur tubuh yang dah kaku tak bernafas lagi. Buat kau mempersoalkan: apa minda separa sedar kau dah buat semasa kau tidur tadi? Wokey, imaginasi ni dah terlebih sangat.

























Aku bangun dari tidur petang tadi ngan harapan aku leh tengok drama Korea yang semua linknya aku dah bukak before tidur tadi. Then bila aku tengok kat labtop aku, kosong. Aaaaaargh.. cam mana semua ni leh berlaku. Aku sangat-sangat yakin yang aku dah buka semua link tu. Tension ar bila imaginasi menguasai realiti.. Mamai..

2 comments:

Anonymous said...

AMBOII
jauhnye imaginasi yg atas2 tu
hehe :)
tp selalu yg msj tu selalu je jd
kikiki

Aj Abdullah said...

manalah tahu kot2 bermula ngan balas sms secara x sedar kemudian membunuh pulak.. wakaka



imaginasi liar sangat dah kan? wakaka