Walaupun aku tak tahu makna retorik tapi sebab ia bunyi cam hebat jer so aku guna dan aku bagi soalan bonus:
Apakah ciri-ciri yang menjadikan sebuah cerita leh dilabelkan as cerita Islamik?
a) Bila heroinnya pakai tudung dan si lelaki plak pakai kopiah or serban ngan jangut sejemput?
b) Bila lokasi pengambaran dilakukan di Mekah, Madinah or other wordsnya negara pak Arab?
c) Bila pelakon-pelakonnya selalu guna hadis, terjemahan surah al-Quran or sunah-sunah as dialog?
d) Bila ia ditayangkan pada malam Jumaat pada slot yang dikhaskan untok rancangan islamik?
Bila episodes Nur Kasih menjadi kegilaan ramai rakyat Malaysia then tak lama pass tu keluar plak gambar-gambar Tiz Zakiah ngan aksi model Carlsberg beliau then makin ramai ar yang melatah tak tentu pasal mempersoalkan kewajaran pelakon tu. Ada yang kutuk, ada yang maki siap ada yang suruh Tiz Zakiah pakai tudung balik cam dalam series tu pulak pun ada jugak. Pelik.
Reaksi aku sangat hairan mempersoalkan either kita sekarang ni berada pada era 30-an dulu lagi ke bila Siput Sarawak bawak watak jahat then bila dia keluar pasti akan kena ludah oleh orang ramai sebab rasa dia adalah perempuan yang betul-betul mother fucker jahat. LOL. Realitinya masyarakat kita terlampau terbawak-bawak ngan keberkesanan lakonan mereka jadi mereka nak pelakon tu betul-betul sama cam lakonan mereka. Sedangkan ramai kita nak pelakon-pelakon jadi profesional tapi kita sendiri tak leh jadi profesional dalam bab-bab cam nih. Kita kena accept realiti bahawa lakonan itu ialah kerjaya mereka. So kalu kita minat kat pelakon tu it refer kita respect kerjaya dia dan kehidupan luar lakonan tu hak milik pelakon tu sendiri secara pribadi ar.
Okey, aku dah start melencong.
Sejujurnya series Nur Kasih memang cerita yang best sebab pengarahan dia berjaya, pelakon dia berjaya, penghayatan watak berjaya, skrip dia cantik, cinematography dia cantik so gabungan tu semua menjadikan ia cerita yang berjaya.
Cuma aku tak leh terima beberapa perkara lagi ar cam after tamat jer cerita tu then berbaris-baris ar cerita yang bertemakan Islamik ni timbul. Aliff Firdaus ar, Ustaz Amirul ar dan banyak lagi ar. Pendek kata ada jer watak ustaz dalam mana-mana drama after that. Apa matlamat cerita ni semuanya? Nak memperkembangkan drama Islamik or nak mengikuti kejayaan series Nur Kasih? Plus Nur Kasih ni cerita Islamik ke? Hmmm...
Second tentang cerita Islamik mesti ada perempuan bertudung je ke? Sama cam bila Yuna muncul dalam industri muzik negara dulu ramai yang tak leh nak terima penampilan dia ngan tudung dia tu sebab previous singer bertudung cam Waheeda and Bienda (hmmmm) bawak tema Islamik ngan muzik unta padang paseeer. Bila artis dah bertudung then kena tukar jadi pengacara rancangan Islamik ar lagi sehingga ada sorang kawan aku yang non Muslim ni pasti akan tukar channel each time tengok girl bertudung sebab dalam mind set dia dan most of Malaysian kata: bertudung=Islamik.
Realitinya tudung bukan makna baiknya seseorang tu. Tapi thanks to Shiela Rusdy ngan kreativiti dia ngan suami yang buat drama yang menjadikan orang bertudung as sama je cam orang biasa. Ia leh jadi ibu mertua yang kejam, minah kuat mengumpat etc.
So apa cerita Islamik ni? Aku pun tak tahu sejujurnya. Tapi bagi aku cerita Islamik yang baik akan membawa penonton melihat dunia dari perspektifnya yang tersendiri. Sebab bagi aku dah tiba masa untuk kita sedar bahawa musuh sebenar bukan apa yang ada di luar tapi sebaliknya kelemahan yang ada dari dalam.
Sama cam jatuhnya kerajaan Melaka dulu bukan disebabkan kuatnya serangan pihak Portugal tapi disebabkan pepecahan yang berlaku dalam kerajaan Melaka itu sendiri. Kalau korang tak faham moral values ni then percayalah yang aku sendiri pun tak tahu apa yang jari aku sedang taipkan sekarang ni. Hmmm..
No comments:
Post a Comment