Tuesday, June 21, 2011

Bersih

Soalan bonus:
Sejauh mana korang yakin ketulusan pilihanraya yang diadakan di Malaysia?
a) 100%. Bila kerajaan kata pilihanraya kita jujur then aku percaya sepenuhnya tahap as-siddiq.
b) 70%. Tak mungkin apa yang kita pangkah ditukar tapi mereka tahu siapa undi siapa.
c) 40%. Kertas undi kita dah jadi habuk before ia sempat sampai untuk pengiraan.
d) 0%. There are no such thing as pilihanraya, demokrasi, jujur.


Sewaktu perarakan BERSIH yang pertama dulu aku secara tak sengaja telah berada di tempat kejadian. Beberapa hentian STAR LRT, PUTRA LRT tak dapat digunakan. So waktu tu aku terpaksa turun jauh then jalan kaki menuju ke destinasi. Sepanjang perjalanan tu gila ramai polis dan badan-badan keselamatan lain bertugas. Dan warna kuning ialah warna rasmi that day.

Aku tahu yang BERSIH akan buat perarakan tapi aku ingatkan ia a day after that. Tempat aku berada tu sempoi jer. Tak macam yang kuar dalam TV masa tu. Even orang shopping kiri kanan tak peduli apa yang berlaku pun. Dan aku sempat layan Burger King lagi masa tu. Kira cam leh tengok life show gak ar.

Bersih memperjuangkan beberapa issu waktu tu. Walaupun ia tak dilayan tapi effectnya besar pada kerajaan yang ada hari ni. Ia memperjuangkan tentang pilihanraya yang tak terjamin ketulusannya. Dan bila ada parti politik pembangkang then ia digembar-gemburkan dalam media-media kerajaan ngan gambaran yang extra buruk. Sama cam apa berlaku kat Pahang last few week bila rakyat menentang pembinaan kilang yang boleh bawak kesan mutasi teruk dan bila ada ahli parti pembangkang masuk then ia jadi issue politik.

Perarakan kali ni oleh BERSIH akan membawa 2 lagi issue baru yang salah satunya aku sangat sokong: penyalahgunaan institusi kerajaan dalam pilihan raya sehingga rakyat tidak dapat menilai antara parti politik dan kerajaan. Betapa rakyat seharusnya dapat membezakan antara parti politik dan kerajaan dalam pilihan raya ataupun hal-hal lain.






















Bila fikir-fikir balik selamat aku tak pakai baju warna kuning hari tu. Btw aku mana pernah ada baju warna kuning. Hmmmm.

2 comments:

MORIBAYU said...

kenapa tiada orang,berarak mengutuk zionis israel lagi ??.

kenapa tiada orang berarak,bagi menjamin kualiti alam yg lebih baik ??.

kenapa tiada orang berarak,menuntut sistem pendidikan yg lebih baik ??.

kenapa tiada orang berarak,demi kebaikan semua pihak ??.

...................

orang hanya mahu berarak,utk kepentingan diri sendiri.
dan itu sungguh memalukan.

keliling kita,orang sibuk majukan negara.tapi kita ??,masih dengan isu-isu remeh yg boleh disetelkan di meja rundingan.

me selalu cemburu melihat negara asian yg lain.lagi2 macam korea selatan dan taiwan.Unity mereka sungguh jauh,meninggalkan kita.

Selepas 54tahun...hanya membuatkan kita,jadi orang tua yg kuat merengus.

Aj Abdullah said...

Rakyat Malaysia ni ada musimnya. sama cam dulu minat Bollywood then semuanya Bolly, then movie Indon then semua berpaling pada Indonesia, turn Korea cam tu gak..

Sama gak cam musim buang anak so semua nak buang anak. Dlm berita semua cerita buang anak. Musim tanah runtuh semua tanah nak runtuh. Kedian senyap. Lupa sehingga ia datang lagi.



So kena tunggu musim palestine lagi r baru leh jumpa demonstrasi anti zionis nih