Tadi layan berita then ada part sorang menteri ni buat ulasan tentang satu projek ar. Perhati tepi bibir dia each time bercakap then pasti akan ada buih-buih putih. Ini tak ada kaitan ngan spekulasi nak jatuhkan individu or mana-mana parti politik ar cuma ia suddenly mengingatkan aku balik pada sorang cikgu aku masa sekolah rendah dulu jer. Hmmm..
Waktu tu aku darjah tiga lagi. Sekolah pulak kat Sekolah Rendah Bantuan St Anne Sarikei. Dia cikgu BM dan kebetulan cikgu kelas kami sekali. Dan aku ni pulak jenis yang sangat mudah terganggu perhatian bila ada 'benda luar biasa' depan mata. So dipendekkan cerita each and everytime dia ada aku tak pernah dapat fokus pelajaran. Otak aku hanya set berapa lama lepas dia cakap then tepi bibir dia akan ada buih-buih putih dan makin lama dia cakap makin besar ar buih tu.
Dan aku rasa bukan aku sorang jer yang distracted by bubbles dia sehingga dia makin banyak cakap setiap kali masok kelas kami orang sebab mungkin semua orang tengok dia penuh tekun aka tengok bubbles dia jer.
Akibatnya sebelum tu aku selalu dapat nombor berbelas jer then tahun tu aku asyik-asyik dapat nombo-nombor terakhir je (alasan je r tu) sehingga tahun kemudiannya aku dipindahkan dari kelas terbaik ke kelas ketiga aka kedua teruk.. Hmmmm....
Sewaktu kat sekolah menengah plak ada accident yang kira seangkatan gak ar. Dia tu cikgu pelatih perempuan. Dan satu hari tu entah apsal dia pakai blaose yang tak ada lengan tapi covered ngan knitted cardigan yang berongga ar. Dan hari tu kami distracted once again bila perasan ada rambut-rambut yang sedikit panjang keluar knitted cardigan pada bahagian armpit dia plak.
Dan selepas hari kami classmate lebih fokus memasang niat untuk memastikan dia angkat tangan jer each time mengajar dan ketawa bila dia dah keluar dari kelas... Wakaka..
Bila teringat balik peristiwa cam tu jadi ketawa plak. Masa tu pun masih kecil dan otak pun masih kureng lagi. Tapi bila dah dewasa ni kita mulai sedar banyak perkara. Ada orang yang memang memperjuangkan perkara pelik-pelik cam tu dan pelik ialah perkara yang biasa. Sekaligus yang tak pelik tu pulak yang jadi luar biasa.
Plus semua orang berbeza dan tersendiri apa. Kita kena lah terima semuanya seadanya. Kan?
No comments:
Post a Comment