Aku sangat-sangat tak suka gi Sarikin (kawasan almost sempadan Sarawak-Kalimantan). Sebab dah ar tempat tu jauh, jalannya bukan wokey sangat, panas, tak ada benda menarik untuk aku dan aku ialah pemandu utama sepanjang perjalanan 2 jam pergi dan 2 jam balik. Ari ni tadi bapak aku ajak gi so nak tak nak terpaksa gak. So habis je satu pusingan masa nak balik kereta then tengok sorang mamat ni. Muka cam familiar gak ar. Ceh, Naim.
Naim ni sama intake universiti aku dulu. Dia ambik linguistik BM dan aku plak general linguistik. Kami duduk satu kolej kediaman: Ungku Omar. Walaupun kami tak ar rapat mana pun tapi ada masa memang borak-borak ar especially satu issue ni. Memula jumpa dia kata cam tak percaya plak besar-besar Malaysia leh jumpa kat sempadan Indonesia plak. Dia kebetulan cuti 3 hari datang Sarawak. Esok kena balik Perak sebab dah start mengajar balik.
So bila dah 6 tahun tak jumpa then cakap-cakap ar beberapa issue. Then dia kuar satu soalan:
"Ko masih merajuk ngan Daus lagi ek?"
Aku ketawa besar. Biarkan soalan tu terus tergantung. Rupa-rupanya kami masih share issue yang sama lagi..
Then terfikir what if kalu aku terjumpa Daus dan dia tanya "Aj, ko masih merajuk ngan aku lagi ke?"
Then apa aku nak jawab? Hmmmm..
No comments:
Post a Comment