Sunday, June 19, 2011

hAnjing

Sorang budak Cina yang quite tak suka agama aku masa zaman universiti dulu pernah tanya "Kenapa tuhan kamu cipta anjing kalau dah tahu anjing itu dosa besar?" Aku tak ingat jawapan aku secara detail masa tu. As always aku selalu balas jawapan penuh tenang dan diakhiri ngan senyuman each and every time dia berbahas hal agama ngan aku. Dan cukup pasti aku tak pernah lontar batu pada dia.. Hmmmm...


Aku sangat yakin most of bebudak Melayu yang membesar dalam persekitaran typical Melayu akan dibuai-buaikan since dari kecik lagi ngan mind set: Anjing ialah haiwan yang kotor yang mesti dibenci. Aku pernah tengok group of budak kecik lempar batu pada sorang anjing yang aku yakin tak buat apa-apa salah pun pada mereka. Or sama gak keadaan bila kuar ngan group orang dewasa bila ada anjing 5 meter kat depan dah cuak nak guna jalan lain sebab fikir anjing tu dosa besar dan ia akan serang mereka. Hmmm..

Aku pernah dibesarkan dalam persekitaran Melayu ialah kumpulan minoriti. Jiran tetangga ialah bumiputra dan kawan-kawan sekolah ialah bebudak Cina. Sekolah pun sekolah naungan gereka. Nak tengok anjing dalam sekolah tu sangat mudah. Kira cam as mudah as kita dapat tengok kucing kat restoran mamak jer. Kadang-kadang tu memang akan tergesel ngan kita ar. Plus dulu darjah 1-3 pakai seluar pendek plak. Wakaka

Kat bandarnya plak memang macam-macam jenis anjing ar pernah nampak. Anjing paling comel pernah jumpa ialah jenis Old English Sheepdog. Alaa jenis yang badan besar bulu panjang seluruh badan yang sampai leh sapu jalan raya tuh. Comel wei

Then darjah 5 pindah ke kampung rumah aku sekarang ni. Kat kampung Melayu biasa ar: Anjing ia a paranoia... Wakaka..





...





Aku pernah lepak malam ngan kkawan ni. All of us setuju bila kata kucing ni perwatakannya sama cam perempuan (tak semua girls ar). Ia manja, sentiasa mahu dibelai, banyak cakap, mahu orang dengar je cakap dia, nakal dan bijak aka alim-alim kucing ar. Meanwhile anjing plak cam lelaki (tak semua lelaki ar). Ia bodoh-bodoh sikit, setia, nampak tough, pendengar yang baik etc. May be that why orang kata dog ia men best friend kan?













Kalu aku tak tinggal kat persekitran sekarang ni or kalu parents aku tak ada then pasti dah lama aku pelihara anjing. Either Old English Sheepdog or German Shepherd. Tak nak ar jenis yang kecik-kecik. Tak best bawak tidur atas katil. Tak leh nak peluk-peluk.. Hmmmm... 

1 comment:

MORIBAYU said...

me membesar di kuaters syarikat swasta.rumah ada satu jerk,kat atas bukit tu.
disebabkan utk menjaga kawasan ladang yg luas,majikan abah me..adalah membela 6-7 ekor anjing.
pelik,kerana me membesar tanpa takut pun dengan anjing.Malah kadang-kadang,kami adik beradik elok jerk bermain-main dengan anjing di sekeliling.

ada 3 kes,yang buat me ingat sampai skunk.

first-me kene kejar ngan seko anjing.sampai tergolek dan luka lutut.dan datang seorang pekerja india..rawat luka dan suruh me henti menangis.

second-bos company,undur kereta.tak perasan ada seekor anjing di belakang.sian...remuk anjing tu kene gelek.Me rasa emo sangat masatu.Sebab anjing2 tu lah yg jaga keluarga kami selama ini.

third-me nak kutip batu.tiba2 terkutip taik anjing yg dah keras jadi warna putih tu.terus jerk..my brother ajar macammana nak samak.dengan mengunakan air lumpur.

itu saja.tiada rasa benci,prejudis pun di hati me..sampai la nieh.Jika orang tanya,"me kenapa u tak bela anjing ".Me jawap mudah " kenapa kau tak bela ular anaconda ??? ".