Thursday, June 2, 2011

Drama-tik

Soalan math tambahan:
Apa filem yang korang rasa sangat leh rasa 'feel' cam: hey, that my life.. Drama atau filem sepatutnya ialah gambaran realiti kehidupan masyarakat sekitarnya. So ada sorang kawan aku zaman universiti dulu kata filem 'Tentang Bulan' ialah filem yang mengambarkan zaman kanak-kanak dia. Aku tak tengok filem tu kat wayang so bila ia kuar ASTRO, aku leh pergi dapur, masak, tengok tv sekejap, baca buku, tengok tv, gi kelas bilik, tengok tv then habis. Cerita tu langsong x ada feel sikit pun pada aku. Tapi bagi aku filem yang always can relate ngan hidup aku mestilah karya Allayarham Yasmin Ahmad: Mukhsin. Hmmm..


Most people critics filem Yasmin Ahmad as mendatar. Bagi aku: life memang mendatar apa. Most part kita tak ada buat apa-apa: just duduk or berdiri tanpa ada apa-apa pun berlaku sekitar kita untuk satu tempoh masa yang panjang, tak ada bunyik kat sekitar pun as sountrack. Dan bila ada orang datang, kita just cakap 1-2 ayat tanpa emosi yang tinggi pun. Muka nak tak nak jer cakap. Realiti r kan?


...



Bagi aku hidup adalah episode-episode drama. Kita jumpa orang yang berbeza. Persekitaran berbeza. Dan kita adalah pelakon utama dalam setiap drama tersebut tak kira as protoganis or antoganis. Dan kita jugak berkuasa nak pilih what type of cerita hidup ni akan jadi. Nak jadi cerita jenaka, cerita sadis, cerita poyo, cerita cam Nur Kasih or Nora Elena (hmmm) itu hak milik kita. 









Yap, life is dramatic tapi jangan jadikan diri kita terlalu dramatik aka jangan sampai dapat anugerah pelakon lelaki/wanita terbaik sudah.
























Recently aku terfikir: kalau hidup ni ialah satu drama, pasti sekarang ni kita sedang bercinta. Aku seorang lelaki dan kau seorang perempuan. Kita dah lama berkawan. Aku tak boleh tengok kau menanggis. Dan setiap kali ko menanggis ko akan datang kepada aku. Aku tak suka tengok hati kau disakiti. Dan kau cukup mudah berada bersama orang yang akan menyakitkan hati ko..





Tapi hidup ini ialah realiti. Maka kita akan terus kekal sebagai kawan. 










Selamanya.. Hmmm

3 comments:

MORIBAYU said...

"bright star" by Jane Campion.
"in the city of sylvia",by José Luis Guerín. dan 'Amélie'...adalah filem2 yg berjaya buat me rasa.Apakah itu 'hidup',yang sebenarnya.

Aj Abdullah said...

sebab Me yg kata cam tu so kena search cerita tu pas nih.. hmmmm

MORIBAYU said...

cari jangan tak carik.
pergi tgk trailer dulu kat you tube.

satu lagi,yang me baru nonton ialah.

"the stoning of soraya m".

baju me lenjun,sebab menangis waktu menonton..huuhuhuhuh