Tuesday, June 28, 2011

Motivator Gonna Be?

Aku ialah seorang lelaki yang tak percaya pendapat yang menyatakan: motivasi akan diperolehi melalui program motivasi. Aku tak percaya. Sangat-sangat tak percaya. Aku percaya yang motivasi ni datang dari dalam diri melalui pengalaman apa yang kita lihat, dengar dan rasa. Sekurang-kurangnya ia memotivasikan aku yang tak bermotivasi ni. Hmmmm...


Sewaktu form 6 dulu bukan main susah lagi cikgu kelas aku: Encik Hazani ni nak paksa aku pergi mana-mana program motivasi ni. First form 6 ada kem motivasi tahunan untuk 6 atas tapi aku keras-keras kata aku tak nak pergi. Cikgu Pengajian Am ugut kalu tak pergi aku tak akan masuk kelas dia sepanjang tahun tu. Still aku tak nak gak. Cikgu-cikgu form 6 siap panggil bapak aku gi sekolah, bapak aku setuju tapi aku still tak nak. Last-last Encik Hazani personal talk ngan aku. Last-last dia gave up. Pada minggu terakhir before kem tu start dia tanya aku lagi "Awak betul-betul x nak pergi, Nazir?" Yap aku tak nak..

Kedian ada plak kursus motivasi dianjurkan oleh sekolah untuk bbudak yang bakal hadapi PMR,SPM dan fokus lebih pada STPM oleh sorang pakar motivasi yang cukup terkenal satu Malaysia ni. Bayaran dia murah jer pasal sekolah kira bagi subsidi ar untuk student tapi once again aku satu-satunya budak form 6 yang tak nak pergi. Encik Hazani naik hangin gak pada aku. Dia almost hukum aku berdiri sepanjang masa kelas dia hari tu. Aku kata pada dia "Saya tak kisah bayar banyak mana sekalipun tapi saya tak akan datang kursus tu..!!"



Last last dia ugut aku mesti datang gak. Kalu dia tak nampak muka aku hari tu then naya ar aku a day after that.



Cuba teka apa yang aku buat?
Aku pergi pagi tu. Aku dudok paling belakang dalam dewan besar tu. Dia tengok aku ada then dia senyum. Kira aku ni dah mengaku kalah ar. Tapi tak lama lepas tu aku blah.




Esok pagi masa sekolah ramai kekawan jumpa aku kata semalam Encik Hazani cari mana aku. Wakaka.. Tapi bila masa kelas dia, aku jadi cuak. Dia tak mention aku or hal semalam. Rasanya dia marah kot. Hmmmm...









Aku sendiri tak tahu entah apsal zaman form 6 aku suka sangat memberontak tak tentu pasal. Realitinya aku bukan budak nakal pun. Cuma itulah, aku kuat sangat memberontak masa tu. Mungkin sebab aku tak ada motivasi waktu tu kot. Aku masok form 6 pun sebab aku tak nak kerja dan tak nak duduk rumah je. Bila kat sekolah plak aku bukan belajar sangat pun. Aku tak tahu pun sebab kenapa aku berada di form 6. Then bila time exam buat cincai-cincai but still dapat markah okey, nombor okey dalam kelas (mode masok bakul angkat sendiri). 
.
.
.
Form 6 ialah kesilapan paling besar yang pernah aku buat selama ni tapi kalau aku x masok form 6 then aku x mungkin akan ada di sini. Ada satu motivasi penting dalam form 6 yang bagi sangat effect besar dalam hidup aku sehingga hari ni. Bukan pada kem-kem or kursus-kursus motivasi yang WTF tu tapi motivator sebenar pada aku ialah Encik Hazani itu sendiri.





Dia satu-satunya cikgu and individu yang tak pernah gave up pada aku. Bila fikir-fikir balik betapa aku menyusahkan hidup dia, aku marah pada dia dan dia tu bukannya parents, sibling or family aku pon tapi the way he take care of his student cam itu ialah tanggungjawab dia yang dia tak akan lepaskan just like that jer. 








Dia yang memberi aku motivasi untuk masuk universiti, untuk ambik subjek Linguistik, mengajar subjek Bahasa Melayu (walaupun tempoh yang sekejap) dan motivasi paling penting: jangan give up.






















...









Aku fail interview pagi tadi. Aku dah jangka awal-awal lagi. Tapi tak lama lepas tu ada call untok satu job ni. Tak perlukan temuduga pun: jadi seorang motivator. 










Dah bersedia ke aku ni?

5 comments:

hitammaness@yahoo.com said...

nice..
=)

Aj Abdullah said...

tq

MORIBAYU said...

ada orang semangat macam air.
kita halang satu jalan..dia akan mengalir ke arah yg lain.

kita halang jalan arah yg lain.
dia..meresap ke tanah.
atau terwap ke udara.

jadi jangan henti..mencari ya.

:-)

haryzkhairuddin said...

ko memang kena pegi jumpa balik encik hazani tu. memang terbaik la kau dapat cikgu macam tu..susah nak cari cikgu macam tu sekarang ni...

setiap orang ada cara memotivasikan diri yg berbeza2. asalkan kena pada matlamat n x berputus asa, kiranya kau berjaya la cara tu. kan?

* jadi motivator??? hurm...*

Aj Abdullah said...

Me, betol3. air tu macam mana pun kita buat ia akan kekal jadi air. kita sejukkan ia beku, kita panaskan ia jadi wap tp still ia air kan? hmmm... leh guna as ayat motivasi tu.. wakaka

Haryz, pernah gak terfikir nak jumpa dia balik walupun rasa malu tu tebal sbb apa yg aku pernah buat pada dia dulu tu. cuma skrg masalahnya dia dh kembali bertugas di tanah tumpah darahnya: Kelantan so susah plak nak gi sana..


Jadi motivator? wakaka.. aku pun rasa pelik semacam jer.. huhuhu