Showing posts with label interview. Show all posts
Showing posts with label interview. Show all posts

Monday, January 23, 2012

Inter-view

Kekawan selalu tanya aku "Aj, apsal ko senang sangat dapat kerja but then senang sangat ko berhenti kerja?". Gosh aku wish sangat-sangat aku boleh jawab ngan angkuh dan berlagak "Dude, ko sendiri dah jawab soalan tu apa. Sebab aku senang dapat kerja ar aku ngan senang gak berhenti kerja. Plus sebab kalau aku susah sangat nak dapat kerja then bila dah dapat satu kerja so ever after ar aku terperangkap kat kerja tu. Wakaka" But disebabkan aku sorang yang sangat down to earth (lah sangat) so jawab "Dah bukan rezeki aku..." Hmmmm..


Salah satu fakta pelik tentang aku ialah aku sangat suka interview tapi aku tak seberapa sangat suka pada kerja. Weirdo rite? Then membuatkan aku rasa a bit pelik pada orang yang tak suka gi interview or mati-mati nervous before interview. Wei, korang just berbual-bual sesama manusia je ar dan bukannya ngan malaikat kubor ke. Hmmm

BTW salah satu sebab aku suka interview ialah sebab aku akan jumpa kawan-kawan baru. Cam biasa before giliran kita ditemuduga then akan ada barisan interviewee lain dan masa tu lah aku tak tahu apsal aku akan bertambah mesra ngan mereka. Sehingga as usualnya orang akan tanya "Korang sama sekolah ker?" or "Korang dah kenal lama ke?" Naaa, realitinya kurang 15 minit jer tapi mesra macam kembar pulak.

Dan entah apsal bila dah terlebih mesra ngan mereka-mereka di luar tu membuatkan bila dah dipanggil masuk then kemesraan tu terbawak sekali sehingga rasa gugup or nervous tu tak ada lagi. Hmmm..





































Minggu ni ada 1 interview dan aku harap-harap aku akan dapat kerja tu. I need a job even tho not so desperately but kerja yang aku akan interview ni kerja yang aku nak sangat-sangat. Satu kerja yang aku yakin it will be more than 3 month aku akan bertahan. So doakan kejayaan aku eh. Hmmm..

Friday, July 15, 2011

Fakta ke-6

Korang pernah tak buat perkara ridiculous hanya sebab ia bunyi cam sangat best contoh korang berhenti kerja ke-5 korang semata-mata nak dapatkan pekerjaan ke-6 pada usia 26 tahun yang bunyi sangat cool je? Wait, kalau korang fikir aku berhenti previous job atas alasan tu then korang salah. Ia alasan yang terlalu ridiculous. Hmmmm.. Pasti..


Next few day maka aku akan melakukan pekerjaan ke-6 aku pada usia 26 tahun. Bila kenang-kenang balik aku dah bekerja dalam sektor kerajaan, semi govern, dan swasta dalam bidang yang tersendiri dan pengalaman yang berbeza. Termasok pekerjaan ke enam ni. Ia banyak cipta rekod baru alam pekerjaan aku ar. Contohnya ia adalah kerja pertama aku yang paling jauh dari rumah yang perlu naik flight ke tempat kerja.

Ia juga adalah rekod pekerjaan yang paling singkat yang pernah aku buat iaitu selama 5 hari jer. Or lebih tepat 9 jam sehari jer, belum masok waktu rehat minum pagi, rehat tengahari, dan rehat minum petang menjadikan aku hanya kerja sekitar 5 jam sehari dalam tempoh 5 hari.

Ia juga adalah kerja gaji hari yang paling besar yang pernah aku terima. Just imagine untuk 5 hari bekerja yang setiap harinya sekadar cakap-cakap, discuss dan buat kesimpulan dalam masa 5 jam dibayar dengan gaji equal sebulan. Hmmmm...










Masalahnya tamat 5 hari tu aku akan kembali kedunia pengangguran aku balik...















Tadi dapat SMS bagitahu interview aku pagi tadi berjaya. Akan ada second interview on next Monday aka hari pertama aku bertugas. Aku request tukar tarikh dan harap berjaya. Kalau berjaya pekerjaan ke-7 ni jugak satu pekerjaan yang cukup cool yang pernah wujud dalam list pekerjaan aku: charity work.. 




























hmmmm...

Ekspresi Muka

Ada beberapa orang kawan aku ni kata yang  sangat senang nak detect kalau aku tak suka sesuatu or seseorang hanya melalui ekspresi muka aku jer. Kadang-kadang dalam aku bercakap ngan seseorang or buat cam biasa jer then bila orang tu pergi terus je kawan aku kuar statement mereka 'Kau tak suka dia aae?' Bagi aku certain emotion tak perlu nak sembunyi-sembunyi. Biar senang orang nak teka. Sebab kalau aku tak suka or moody then selamanya ar aku moody. Wakaka..


Contoh cam masa interview pagi tadi. Aku sangat-sangat tak nak datang sebenarnya. Sebab ia panggil aku last-last minit (masa aku tengah layan Harry Potter), syarikat tu plak nama je antarabangsa tapi laman web cam haram tak ada maklumat dan langsung tak lawa membuatkan aku tak tahu apa modus operadi sebenar syarikat ni. Tapi last-last aku pergi gak sebab terpaksa. Buat first time aku buat tak layan interviewee lain. Kedian masa tengah interview tu aku senyum tapi jawab simple-simple jer. 

Ada satu soalan tu dia tanya "Do you have any experience in selling things?" dan jawapan aku paling panjang "Nop.." Dan dia kekal tengok aku menunggu sambungan jawapan sedangkan aku just tersengih jer. So dia suruh je aku keluar awal...






















Tapi sebaliknya kawan mostly cukup susah nak detect kalau aku suka pada seseorang. Aku sedaya upaya elak rasa nervous bila dekat ngan dia, tak toleh dia langsong, cakap cam biasa etc. Wakaka

Tuesday, June 28, 2011

Motivator Gonna Be?

Aku ialah seorang lelaki yang tak percaya pendapat yang menyatakan: motivasi akan diperolehi melalui program motivasi. Aku tak percaya. Sangat-sangat tak percaya. Aku percaya yang motivasi ni datang dari dalam diri melalui pengalaman apa yang kita lihat, dengar dan rasa. Sekurang-kurangnya ia memotivasikan aku yang tak bermotivasi ni. Hmmmm...


Sewaktu form 6 dulu bukan main susah lagi cikgu kelas aku: Encik Hazani ni nak paksa aku pergi mana-mana program motivasi ni. First form 6 ada kem motivasi tahunan untuk 6 atas tapi aku keras-keras kata aku tak nak pergi. Cikgu Pengajian Am ugut kalu tak pergi aku tak akan masuk kelas dia sepanjang tahun tu. Still aku tak nak gak. Cikgu-cikgu form 6 siap panggil bapak aku gi sekolah, bapak aku setuju tapi aku still tak nak. Last-last Encik Hazani personal talk ngan aku. Last-last dia gave up. Pada minggu terakhir before kem tu start dia tanya aku lagi "Awak betul-betul x nak pergi, Nazir?" Yap aku tak nak..

Kedian ada plak kursus motivasi dianjurkan oleh sekolah untuk bbudak yang bakal hadapi PMR,SPM dan fokus lebih pada STPM oleh sorang pakar motivasi yang cukup terkenal satu Malaysia ni. Bayaran dia murah jer pasal sekolah kira bagi subsidi ar untuk student tapi once again aku satu-satunya budak form 6 yang tak nak pergi. Encik Hazani naik hangin gak pada aku. Dia almost hukum aku berdiri sepanjang masa kelas dia hari tu. Aku kata pada dia "Saya tak kisah bayar banyak mana sekalipun tapi saya tak akan datang kursus tu..!!"



Last last dia ugut aku mesti datang gak. Kalu dia tak nampak muka aku hari tu then naya ar aku a day after that.



Cuba teka apa yang aku buat?
Aku pergi pagi tu. Aku dudok paling belakang dalam dewan besar tu. Dia tengok aku ada then dia senyum. Kira aku ni dah mengaku kalah ar. Tapi tak lama lepas tu aku blah.




Esok pagi masa sekolah ramai kekawan jumpa aku kata semalam Encik Hazani cari mana aku. Wakaka.. Tapi bila masa kelas dia, aku jadi cuak. Dia tak mention aku or hal semalam. Rasanya dia marah kot. Hmmmm...









Aku sendiri tak tahu entah apsal zaman form 6 aku suka sangat memberontak tak tentu pasal. Realitinya aku bukan budak nakal pun. Cuma itulah, aku kuat sangat memberontak masa tu. Mungkin sebab aku tak ada motivasi waktu tu kot. Aku masok form 6 pun sebab aku tak nak kerja dan tak nak duduk rumah je. Bila kat sekolah plak aku bukan belajar sangat pun. Aku tak tahu pun sebab kenapa aku berada di form 6. Then bila time exam buat cincai-cincai but still dapat markah okey, nombor okey dalam kelas (mode masok bakul angkat sendiri). 
.
.
.
Form 6 ialah kesilapan paling besar yang pernah aku buat selama ni tapi kalau aku x masok form 6 then aku x mungkin akan ada di sini. Ada satu motivasi penting dalam form 6 yang bagi sangat effect besar dalam hidup aku sehingga hari ni. Bukan pada kem-kem or kursus-kursus motivasi yang WTF tu tapi motivator sebenar pada aku ialah Encik Hazani itu sendiri.





Dia satu-satunya cikgu and individu yang tak pernah gave up pada aku. Bila fikir-fikir balik betapa aku menyusahkan hidup dia, aku marah pada dia dan dia tu bukannya parents, sibling or family aku pon tapi the way he take care of his student cam itu ialah tanggungjawab dia yang dia tak akan lepaskan just like that jer. 








Dia yang memberi aku motivasi untuk masuk universiti, untuk ambik subjek Linguistik, mengajar subjek Bahasa Melayu (walaupun tempoh yang sekejap) dan motivasi paling penting: jangan give up.






















...









Aku fail interview pagi tadi. Aku dah jangka awal-awal lagi. Tapi tak lama lepas tu ada call untok satu job ni. Tak perlukan temuduga pun: jadi seorang motivator. 










Dah bersedia ke aku ni?

Thursday, January 6, 2011

A Monkey And An Interview

Better aku mukakan post ni ngan satu jeritan: AAAAAAHHHHHHHHHhhhhhhhhhhh...!!!!! Aku akan stuck di TM untuk tempoh yang lama... Hmmmm...


Hari ni tadi aku cuti sebab ada satu panggilan interview. AS usual before masuk interview aku jadi sangat mesra ngan kenalan-kenalan baru sehingga ada yang bertanya either kami dah kenal lama or tak. Then bila turn aku masuk bilik interview then everything started.

Sejujurnya ini ialah sesi interview yang paling syok yang aku pernah pergi. Sebab aku totally enjoyed being myself. Korangg yang kenal aku tahu lah kan cam mana aku: ngan cakap mencarut, mengarut memang tak boleh lepas. Aku just cakap everything dalam bahasa omputeh yang sekali sekala bercampur baur ngan Bahasa Melayu Sarawak. Even interviewers pun jenis sporting dan suka layan otak gila aku gak. These 3 of them: 2 men and 1 women.

Most of the time kami bercakap sangat open. Standard tipikal statement cam: muka aku ni sesuai jadi cikgu, muka aku ni kaki clubbing, degree aku ni sesuai kerja dalam office, banyak lagi r. Even rukun Islam pun ditanya gak. Plus issue aku merokok pun keluar issue gak sebab semua management lelaki kat office tu tak merokok r etc.

Ada satu bab ni (sebenarnya banyak bab gak yang kami argue) kami quite argue gak r bila dia tanya soalan: what if kalu anda tinggal bersama seekor monyet. Then aku jawab then saya akan tinggal bersama seekor monyetlah.  Saya akan biarkan monyet tu bebas menjadi seekor monyet dan saya bebas menjadi saya. So dia balas balik: sepatutnya awak ajar monyet awak setiap kali dia buat jahat supaya dia akan ikut peraturan. Then teringin jer aku jawab: Im not enjoying wathcing a monyey act like a man as same as I not enjoying wathing man act like monkey. Plus kenapa monyet perlu ikut disiplin manusia sedangkan dia monyet. Tempatnya di hutan dan dia perlu berada di hutan dan bukan di sisi manusia dan bukan juga dalam sangkar di dalam zoo.. Tapi aku tak jawab cam tu sebab dia interviewer...



















Cuma bab yang tak best tu ialah bila dia kata jawatan ni rrupanya hanya untuk orang yang ada spm sahaja. Tergamam aku. Then dia sambung lagi: gaji dia hanya RM500 jer sebulan. Lagi tergamam aku. Hmmm... kalu post ni memang untuk seangkatan aku or at least kalu gaji dia besar sikit then aku terima jer..












Tapi bab yang buat aku tersenyum sedikit ialah bila dia kata dia akan KIV aku dan akan hubungi balik dalam tempoh 3 bulan sebab mungkin akan masukan aku dalam post yang lebih sesuai ngan aku. hmmm... Cuma leh caya ker janji mulut ni?

Saturday, August 2, 2008

Interview & New Hair Cut

28hb lepas ada call utok gi interview so nak x nak terpaksalh aku korbankan ramboot yg panjang ni ngan harapan leh r berjaya interview tu (tp hampeh r) then balik gi lepak2 kat rumah ANJANG aku. then ALONG aku mintak aku botak n licinkan kepala dia. so aku apa lagi, bak kata pengakap muda : BUWAT SEHABIS BAYEK...!!
wei bukan ker blog ni sepatootnya cerita ttg ramboot baru aku? wat so ever laa..!!