Korang pernah tak buat perkara ridiculous hanya sebab ia bunyi cam sangat best contoh korang berhenti kerja ke-5 korang semata-mata nak dapatkan pekerjaan ke-6 pada usia 26 tahun yang bunyi sangat cool je? Wait, kalau korang fikir aku berhenti previous job atas alasan tu then korang salah. Ia alasan yang terlalu ridiculous. Hmmmm.. Pasti..
Next few day maka aku akan melakukan pekerjaan ke-6 aku pada usia 26 tahun. Bila kenang-kenang balik aku dah bekerja dalam sektor kerajaan, semi govern, dan swasta dalam bidang yang tersendiri dan pengalaman yang berbeza. Termasok pekerjaan ke enam ni. Ia banyak cipta rekod baru alam pekerjaan aku ar. Contohnya ia adalah kerja pertama aku yang paling jauh dari rumah yang perlu naik flight ke tempat kerja.
Ia juga adalah rekod pekerjaan yang paling singkat yang pernah aku buat iaitu selama 5 hari jer. Or lebih tepat 9 jam sehari jer, belum masok waktu rehat minum pagi, rehat tengahari, dan rehat minum petang menjadikan aku hanya kerja sekitar 5 jam sehari dalam tempoh 5 hari.
Ia juga adalah kerja gaji hari yang paling besar yang pernah aku terima. Just imagine untuk 5 hari bekerja yang setiap harinya sekadar cakap-cakap, discuss dan buat kesimpulan dalam masa 5 jam dibayar dengan gaji equal sebulan. Hmmmm...
Masalahnya tamat 5 hari tu aku akan kembali kedunia pengangguran aku balik...
Tadi dapat SMS bagitahu interview aku pagi tadi berjaya. Akan ada second interview on next Monday aka hari pertama aku bertugas. Aku request tukar tarikh dan harap berjaya. Kalau berjaya pekerjaan ke-7 ni jugak satu pekerjaan yang cukup cool yang pernah wujud dalam list pekerjaan aku: charity work..
hmmmm...
2 comments:
Ingat lagi my brother ada pesan.
carilah kerja,yang buat kita happy.
Sebab kita kerja..sampai mati.
jadi,happylah selama 30-40 tahun..tanpa bosan dan jemu.
betol3 as kawan aku pon ada kata kalu kita buat kerja yg kita happy with then ia akan buat kira rasa cam x bekerja langsung seumor hidup.
Tapi kedian dia resign kerja tu lalu mintak kerja cikgu kat DPLI.. hmmmm
Post a Comment