Thursday, July 7, 2011

M for Murtad

What if kalu aku kata aku ada sorang kawan yang murtad? Yap, aku maksudkan murtad dan bukan murtabak. So adakah korang akan suroh aku jangan kawan ngan dia, stoning dia dengan batu-bata, suroh satu kampong pulaukan dia, bakar rumah dia, ikat dia kat tiang bendera tengah-tengah panas sampai dia masok Islam balik, or just salahkan Ambiga? Hmmmm..


Korang suka tak tengok orang yang hanya Islam pada nama dan IC saja tapi badan penuh tatoo, jadikan arak as minuman harian, last time sembahyang waktu kelas agama kat sekolah dulu jer, ikut syariat Islam masa kahwin dan cerai (include poligami) jer, al-Quran hanya barang hantaran kahwin, pergi Mekah semata-mata nak dapat title Haji or Hajjah jer etc tapi bila keluar issue hotdog guna usus babi then terus mengamuk buat demonstrasi jalanan bakar poster itu ini then paling penting jerit Allahu Akhbar banyak kali tanpa tahupun apa makna sebenar apa yang dia sebutkan. Hmmm..

Yap, aku ada seorang kawan yang murtad. Reasonnya? Dia memeluk Islam sebab kahwin dengan perempuan Melayu. Faham kan kronologinya? Kalau nak kahwin dengan orang Melayu di Malaysia ni seseorang perlu convert masuk Islam. Alaa, bukannya susah mana pun, sebut je kat mulot kalimah tu then pergi pendaftaran tukar nama. So anda ialah seorang Islam. Selebihnya? Kekal dalam hidup lama pun tak akan ada sesiapa yang nak ambil tahu. Then bila bercerai, balik agama asal tanpa sedikit rugi pun. Dia bukannya ada belajar apa-apa tentang Islam pun, dia sekadar kahwin dengan orang Islam jer.. Kan?

Even kalau kita tengok kat dunia amnya, dah banyak sangat Muslim yang berpindah ke agama lain or jadi kumpulan yang tak percaya agama langsong. Korang google je apa-apa topik berkaitan then jumpa banyak persatuan ex-Muslim yang ada di dunia. Ada yang sembunyi-sembunyi identiti or tak terkecuali yang jadi pejuang terang-terangan mengutuk Islam balik. Bab tu paling aku tak suka, kira cam dulu korang parti KEADILAN then bila join BN then terus je kutok mati-mati parti lama korang (masok politik plak). Tak kira korang ex-Muslim ke or korang ex-Christian ke kalu korang kutok agama lama korang that mean there must be something wrong dengan agama baru korang tu..








Seorang muallaf antarabangsa ni pernah share pendapat dia tentang kes kumpulan ex-Muslim yang kipas susah mati kutuk Islam as agama yang suka perang, penindas wanita, kejam etc. Jawapan dia senang jer: Dulu dia bersekolah dari kecik di Catholic school tapi itu tak menjadikan dia seorang Christian kan? Dia pergi Church setiap ahad tapi dia tak baca pun keseluruhan Bible waktu tu. Tengok situasi kita plak: berapa ramai yang belajar di sekolah agama or betapa penuhnya masjid pada hari Jumaat or hari raya tapi berapa ramai yang dah baca habis al-Quran dan faham sepenuhnya isinya? So Islam ke kita or sekadar pada nama jer?













Aku bukan penyokong Islam Liberal or Pluralisme agama. Islam ialah agama aku sekarang dan aku berharap pada tuhan agar ia dikekalkan sebagai agama aku sampai bila-bila..














Katakanlah: Wahai orang-orang kafir, aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah. Dan kamu juga bukan penyembah Tuhan yang aku sembah. Dan aku tidak pernah menjadi penyembah apa yang kamu sembah. Dan kamu juga tidak pernah pula menyembah Tuhan yang aku sembah. Untukmulah agamamu dan untukku ialah agamaku.




al-Kafirun 109:1-6

4 comments:

MORIBAYU said...

Kita mampu menghina agama.
Membakar kitab dan surah..
Memeluk sayang cinta,pada iblis.


tapi....Tuhan ttp akn wujud,tanpa tercalar.

Kita boleh kata kata "Tuhan itu tak wujud".Tapi dalam masa yang sama "Kita mengakui kewujudan-Nya,dalam penafian. "

Jika tuhan tak wujud.
dari mana kita jumpa perkataan "Tuhan itu ??".

Dan itu batasan,yang selalu dilupakan.

1106287 said...

I think just b nice to your friend..ada hikmah Allah nk beri, mayb a reminder pd kita. Xperlu support or memulau dia. Kita xtau mungkin pd ms dpn Allah bg dia hidayah & dia bertaubat. Kita pulak tertanya2 nanti, doakn utk dia. Nya Maha Mendengar, Maha Mengetahui. Ada perkara kita suke..xbaik utk kita & sebaliknya.

Aj Abdullah said...

Me, as golongan atheism kata dunia dan makhluk dalamnya hanya satu kitaran: yang akan lahir, hidup, tua dan mati. so mereka yg tak jumpa istilah tuhan tu kot.. hmmmm

1106287, betol3. siapalah kita nak ambil alih kuasa tuhan untuk mengadili. Mungkin tuhan ada perancangan untoknya. Ada yg perlu dia lalui. sama seperti kita gak.. ada laluan yg berbeza untuk semua

remotrsj said...

sy sedih kalau ada orang Islam yang murtad time umur dia sudah menjangkau 20 lebih ke atas . sia-sia je ape yang dia belajar kat sekolah harian/ agama tentang Islam . yang lebih parah , kalau dulu , dari kecil , dia dah terbiase dengan didikan agama oleh ibu & ayah mereka :'(