Saturday, July 30, 2011

How I Met Your Mother

Aku sekarang ni tengah ambik upah buat 2 tessis master dalam satu masa, literallynya ar. So hari ni petangnya aku jumpa sorang owner salah satu tessis bincang itu ini. The end kami lepak kat kafe bawah library tu borak-borak sikit. Kemudian dia keluarkan satu soalan curious: cam mana parents aku berjumpa sebab bapak aku dari Sarawak dan emak aku plak asal Johor. Aku ketawa..


Waktu tu aku form 5 kalu x silap. Aku dan parents balik Johor. So ada satu hari tu kami dari Skudai nak ke JB then suddenly berhenti kat hentian bus kat area jejantas before Plaza Angsana. Orang dudok area dekat-dekat  sana mesti tau punya. Waktu tu masih ada kedai-kedai papan kat area tu tapi sekarang tak tahu ar cam mana. Kami jalan kaki dari sana, melalui ruang-ruang kedai kayu tu menuju ke Angsana. At first I dont really get the real motive kenapa kami jalan sana.

Kemudian bapak bukak mulot: "Kat area sini ar bapak first jumpa emak dulu". Then emak dan bapak start bukak cerita masing-masing. Dulu kat area sana ada tempat belajar menjahit. Dan emak belajar jahit kat sana. Dan kebetulan satu hari emak ada kat bus stand sana dan bapak ada kursus kat Johor. Dan mereka jumpa kat bus stand sana masa tengah hari hujan. Wow. Dramatic rite.

Masa kami jalan kat area sana masa tu masih lagi terpacak satu panggung wayang lama yang dah almost nak dirobohkan ar. Then bapak kata dia pernah bawak emak ke situ dulu. Hmmmm...












Jujor aku pernah terfikir, cam mana sorang gadis pada era tv masih hitam putih tu boleh percaya cinta dari seorang lelaki yang berada jauh nun di Sarawak sana or cam mana arwah Pak Cik Ramlee dan Abah Haji (abang-abang emak) leh benarkan seorang lelaki bawak adik bongsu mereka pergi jauh meninggalkan tanah yang berpuluh-puluh tahun dengan keluarga dan harta dan pergi just like that. Satu jawapan. Cinta.




















Aku memang sedaya upaya untuk menjauhkan perasaan cinta dalam diri aku, tak nak berkahwin, tak nak ada anak etc. Tapi jauh dalam diri aku percaya yang cinta sejati itu memang ada. Mungkin semua perasaan yang aku cuba bawak lari akan datang pada aku.














So suatu ketika kelak aku akan bagitahu seorang budak kecil: that how I met your mother.

2 comments:

Muhammad said...

'Ishq',tak mempunyai kuasa sekuat itu.Ishq,tak akan mampu mengubah apa-apa pun.

tapi jika Kismet ya.

jika ishq itu,umpama kisah cinta.
Kismet itulah,penglipur lara..yang mengalun kisah itu.

Aj: Makhluk Tuhan Paling Seksi said...

hmmmmmmm

adakah ishq dan kismet tu cerita hindustan? Hmmmm